Salam Perjuangan,
Kecewa dan rasa di khianati! mungkin itulah kesimpulan mudah yang kita dapat fikirkan... Itulah sesuatu yang baru tidak semestinya lebih baik dengan apa yang kita ada... Fikirkan...
APAKAH PAKATAN RAKYAT LEBIH BAIK DARI UMNO???
Zaid Ibrahim sudah tahu dan mengalaminya... beliau sedar hakikat PKR dan Pakatan jauh lebih buruk dari BN dan rela meninggalkan Pakatan Rakyat... Anda bila lagi???
Tepuk dada tanya iman!
Sumber : Malaysia Kini -Zaid undur timbalan, letak semua jawatan PKR
Calon timbalan presiden PKR, Datuk Zaid Ibrahim membuat pengumuman mengejut untuk menarik diri daripada bertanding jawatan berkenaan.
Selain itu, Zaid yang juga pengerusi perhubungan PKR Wilayah Persekutuan juga mengumumkan beliau meletakkan semua jawatannya dalam PKR.
“Saya tawar diri menyertai parti ini atas kepercayaan saya boleh mengembangkan politik bebas dan progresif serta memupuk nilai dan budaya politik berprinsip yang saya anggap dapat membangunkan demokrasi dan tadbir urus yang baik di negara ini. Saya sebenarnya silap,” katanya dalam satu kenyataan di blognya.
Menurut Zaid, sepanjang pemilihan PKR, membuktikan bahawa kepimpinan parti itu secara aktif membiarkan salah laku dan penipuan berleluasa dengan tujuan mencapai objektif tertentu.
“Saya yakin mana-mana parti politik dengan sikap hipokrit dan nilai-nilai palsu tidak akan mampu menawarkan sebarang pembaharuan yang bermakna kepada rakyat di negara ini.
pkr headquarters nominations zaid ibrahim"Saya mengambil keputusan ini kerana tidak ada usaha oleh kepimpinan parti untuk menangani manipulasi dan amalan tidak adil serta penyelewengan dalam pemilihan itu meskipun ia telah berulang-kali ditimbulkan,” katanya.
Keputusan yang diambil itu, menurutnya adalah kekecewaan sepenuhnya bahawa beliau tidak boleh meneruskan proses pemilihan yang cacat.
Sehubungan itu, Zaid yang sebelum ini pernah menjawat jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, sebelum meletakkan jawatan dan meninggalkan Umno berkata beliau akan tetap komited terhadap perjuangan pembangkang.
Katanya, beliau akan terus bercakap berhubung isu yang membabitkan rakyat jelata dan terus berjuang bagi memastikan rakyta mendapat kerajaan yang lebih baik.
“Akhir sekali, saya berharap peminat Anwar Ibrahim tidak lagi menganggap saya sebagai 'spoiler'yang akan menghalang perarakan mereka ke Putrajaya. Saya ucapkan maju jaya kepada mereka,” katanya.
acceptance of nomination pkr headquarters azmin ali bannerPerebutan jawatan timbalan presiden PKR menyaksikan pertandingan tiga penjuru membabitkan Zaid, dua naib presiden PKR - Azmin Ali dan Mustaffa Kamil Ayub.
Selepas lebih satu pertiga daripada kira-kira 200 cabang PKR melangsungkan pemilihannya, Azmin kini terus mengungguli jawatan nombor dua dalam parti itu.
Berdasarkan keputusan tidak rasmi daripada 87 cabang yang telah mengadakan pemilihannya, Azmin - di depan dengan majoriti 2,620 undi.
Beliau secara keseluruhan mendapat 6,525 undi, Zaid mendapat 3,905 manakala Mustaffa pula mendapat 1,215 undi.
Sudahlah Zaid... bercinta pada yang sayang! nih kau tergila-gila dengan PKR buat apa..hidung tak mancung pipi tersorong2! Mereka terima awak dlm PKR pun hanya kerana mereka jangka awak boleh menang masa jadi calon lwn BN! Mcm PAS beri kerusi kepada Ibrahim Ali..tujuan supaya menang dgn BN! bila kalah atau keluar parti..mcm cerita tak baik timbul!
ReplyDeleteSebenarnya apa yang berlaku pengajaran untuk Zaid! tak payah rasa kita hebat..banyak lagi orang hebat! Masuk PKR lagilah teruk..jahat dan teruk! PKR tu beri kepada Nuar dengan Azmin jer... biar dia mati dengan PKR tuh! Kalau dapat Putra Jaya tak tahulah apa jadinya...Dunia nuar penuh dengan angan2!!!
Tak sangka pulak ramai bijak pandai kat Malaysia, sebenarnya bodoh, tolol,bangang,bengong.........
ReplyDeletePangkat dan kedudukan jer la yang tinggi melangit tapi pada hakikatnya sama taraf dengan lubang najis.
kALAU DENGAR GURUH DILANGIT JANGAN AIR TEMPAYAN DICURAHKAN NAH SEKARANG KAU KENA ZAID ITU LAH SIKAP ANUAR ADA ORG YG CUBA HALANG ORG KUAT DIA MAKA ORG ITU AKAN HABIS LUMAT DIBUAT NYA KEPADA YG LAIN SUDAH NAMPAK TERANG TERANG MEREKA SEMUA MENIPU DALAM PEMILIHAN PARTI PUN MAHU MENIPU MACAM MANA NAK BELA RAKYAT LAGI SENANG LAH MEREKA TIPU MANA YG TERINGIN NAK IKUT JEJAK ZAID LEBEH BAIK ANDA SEMUA KELUAR SENDIRI JANGAN DI MAIN MAIN OLIH KETUA ANDA LAGI SAMPAI BILA PUN PKR TIDAK AKAN BERUBAH SELAGI MASIH ADA YG ANUAR SAYANG DAN YG TAK BERGUNA AKAN DITENDANG MACAM BOLA.
ReplyDeletezahid saja tu... anwar upah buat isu... pas ni zaid masuk umno... pastu anwar ada senjata kata zaid tali barut UMNO... so terbukti kekacauan dalam PKR adalah berpunca agen UMNO seperti dilakukan Zaid Ibrahim...
ReplyDeleteAnwar memang bijak... tak percaya tengoklah... anwar ada sebelah aku ni he he he...
p/s : jgn bg tau CIA aku pecah lobang... bahaya!