Monday, November 29, 2010

WAN AZIZAH : TINGGALKAN KETUANAN MELAYU

Salam Perjuangan

Benarkah dengan meninggalkan ketuanan melayu... melayu akan lebih maju dan berjaya...

Masalah sosial, pendidikan, ekonomi dan budaya kehidupan yang membimbangkan serta kuota 30 peratus penguasaan ekuiti Melayu-Bumiputera akan dapat diatasi seperti ucapan Azizah...

Rasanya kalau tidak ada ketuanan melayu yang ditafsirkan menerusi perlembagaan melalui hak dan keistimewaan melayu... sudah lama melayu Malaysia menjadi Melayu Singapura... hilang segala-galanya bukan sahaja ekonomi dikuasai cina & kaum lain malahan kuasa nak takbir negeri serta berpolitik turut didominasi kaum lain... kalau kuasa pun dah tak ada jgn harap kita nak bantu bangsa sendiri bagi meningkatkan sosial, pendidikan, ekonomi dan budaya kehidupan seperti dicanang Wan Azizah...

kepada rakan semua jangan terperangkap dengan retorik politik lucah Wan Azizah... "UNDI MELAYU MAHU... TAPI HAK MELAYU NAK DIHAPUSKAN"... kepada yang rasa dirinya melayu... baik jangan undi dan sokong PKR... mereka nak hapuskan ketuanan melayu dan hapuskan hak kesitimewaan melayu... merelakan kaum lain pegang kuasa yang akhrinya akan menganiaya dan menjahanamkan masa depan keturunan kita pada masa depan...

MELAYU BERHENTI UNDI PKR DAN PAKATAN RAKYAT !






PETALING JAYA 27 Nov 2010 - Konsep Ketuanan Melayu wajib ditinggalkan kerana ia hanya slogan sekumpulan kecil elit Melayu yang berkuasa untuk perdaya orang Melayu secara keseluruhan demi kepentingan diri.

Beliau yakin tidak akan ada satu kaum yang akan menjadi agung dan dihormati hanya dengan menggelar diri sebagai tuan. Katanya, walau dengan adanya Ketuanan Melayu sejak negara capai kemerdekaan 53 tahun lalu, nasib kaum ini terus terabai.

“Mereka dilanda masalah sosial, pendidikan, ekonomi dan budaya kehidupan yang membimbangkan serta kuota 30 peratus penguasaan ekuiti Melayu-Bumiputera gagal dicapai.

katanya dalam Ucapan Dasar Presiden di Kongres PKR 2010 di Dewan Sivik, Majlis Bandaraya Petaling Jaya, semalam.

No comments:

Post a Comment