Tuesday, November 23, 2010

TAHNIAH! PEMENANG PEMILIHAN PKR 2010 - SAH ANDA PENJILAT TEGAR ANWAR IBRAHIM


Di sana sini, orang bercakap mengenai pemilihan PKR. Mana tidak jadi bualan, kalau dah sampai bersungguh-sungguhan. Buat malu saja.

Dah nampak jelas sangatkah lorong ke Putrajaya hingga jawatan dah jadi rebutan?

Penipuan, bayaran dan apa saja sanggup dilakukan.

Jawatan datang dengan peluang.

Peluang bertading di PRU. Peluang jadi Menteri bila ambilalih Putrajaya. Perkara kecil yang dilakukan di Selangor boleh dilakukan secara besar-besaran.

Artikel Malaysia Kini -
Nurul, Tian, Fuziah, Mansor naib presiden baru PKR

Keputusan akhir pemilihan PKR tidak mengejutkan apabila Azmin Ali memenangi kerusi timbalan presiden parti itu dengan majoriti besar.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi yang diperoleh Malaysiakini, Azmin mendapat 19,212 undi berbanding pencabarnya Mustaffa Kamil Ayub yang cuma mendapat 4,567 undi.

azlanKeputusan itu berdasarkan 214 daripada 222 cabang PKR yang berjaya mengadakan pemilihan untuk memilih pemimpin Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti itu.

Begitu juga dalam persaingan kerusi nombor tiga apabila dimenangi oleh ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar.

Anak sulung Datuk Seri Anwar Ibrahim itu diekori oleh ahli parlimen Batu Tian Chua, ahli parlimen Kuantan Fuziah Salleh dan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Mansor Othman.

Berbanding keputusan minggu sudah, exco Selangor berjaya memintas ahli parlimen Padang Serai N Gobalakrishnan di tempat kelima.

Malangnya, hanya empat kerusi sahaja diperuntukkan untuk pemilihan naib presiden.

Berikut jumlah bagi tujuh calon teratas:

  • Nurul Izzah - 13,170
  • Tian Chua - 11,460
  • Fuziah - 8,891
  • Mansor - 8,477
  • Xavier - 6,984
  • Gobalakrishnan - 6,721
  • Yahya Sahri - 6,436

Sebanyak 17 calon bertanding merebut jawatan itu.

azlanKeputusan rasmi akan diumumkan dalam kongres PKR di Petaling Jaya minggu depan.

Keputusan ini bermakna, kecuali Tian Chua, semua naib presiden yang terpilih merupakan muka baru.

Buat pertama kali juga, terdapat penyertaan wanita mengisi kerusi nombor tiga itu, bahkan bukan satu, tetapi dua wakil.

Bagaimanapun, tiada kaum India terpilih mengisi jawatan itu walaupun mereka dikatakan mewakili 35 peratus daripada keseluruhan anggota PKR.

Satu-satunya penyandang yang mempertahankan jawatan itu R Sivarasa yang juga anggota parlimen Subang tewas kali ini.

Bagaimanapun, masih terdapat dua kuota lantikan untuk kerusi itu.

Bagi pemilihan sayap Pemuda dan Wanita, difahahamkan dua penyandangnya Shamsul Iskandar Md Akin dan Zuraida Kamaruddin berjaya mempertahankan masing-masing.


HEBAT ... TERPILIH … MENJADI PENCACAI ANWAR IBRAHIM !


Tahniah kepada pemimpin pemimpin PKR yang secara tidak rasmi semakin terpilih untuk menerajui PKR. Jangan salah anggap, ucapan tahniah kerana mereka dengan cemerlang menjadi pencacai Anwar Ibrahim … itu sahaja.

kerusi terbang he he he

Rasanya tiada apa yang perlu mereka banggakan melainkan mendapat maki hamun dan sumpah seranah dari ahli ahli PKR sendiri. Jangan bicara mengenai beratus surat bantahan, kerana semuanya telah berada di dalam tong sampah ... sekadar hiasan kononnya PKR parti yang terbuka sifatnya.



’Satu Ahli Satu Undi’ sudah menjadi retorik baru Anwar Ibrahim untuk mengelak kemelut parti yang kononnya mempunyai ahli 400,000 orang. Yang mengundi hanya 1,870 ahli yang mengundi, tidak sampai pun 0.47% dari jumlah ahli.


Ada kata sebab itulah terlebih order Terlebih kerusi untuk dewan... he he he

Itu belum dicampur dengan pemilihan yang telah dibatalkan kononnya akan timbul kekecohan. Lebih teruk lagi dengan rentangan ’banner’


ANTARA SEPANDUK OLEH AHLI PKR...

”Urus 400,000 ahli dahulu sebelum urus 26 juta rakyat Malaysia”

”Selesaikan dahulu kes liwat sebelum bicara ketelusan pemilihan parti”

”Ketelusan yang tidak adil”

”Anwar dan Azmin pemimpin yang paling kotor, cakap tak serupa bikin, pilihan parti paling kotor, penipu, pembohong dan pengkhinat” ...

Mengambil kesempatan turut mengucapkan takziah kepada ahli PKR yang masih belum matang dalam menilai politik sempit Anwar Ibrahim dan kroni kroninya.

Allah melaknati orang yang mumbazirin.

Apa hal pun, begini pengakhirnya pemilihan PKR 2010. Siap begini sekali ...


Hehehe ... inilah Reformasi! Reformasi! Reformasi! Dah pun basi.

No comments:

Post a Comment