Tuesday, November 2, 2010

PILIHANRAYA KECIL DUN GALAS : NIK AZIZ SUDAH KELUARKAN FATWA CELAKO!


SUMBER ARTIKEL : Galas:Nik Aziz Kafirkan Calon BN

Pengundi Dun Galas di perantauan digesa pulang mengundi pada 4 November ini sekalipun terpaksa merangkak, kata Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Menurut beliau yang juga Menteri Besar Kelantan, adalah menjadi satu kewajipan untuk menunaikan tanggungjawab memilih pemimpin sama ada di peringkat negara, negeri mahupun Dun, di kalangan orang yang beragama.

"Saya mintak tuan-tuan balik, kalau tak dapat balik dengan kapal terbang, balik dengan kereta, kalau tak boleh dengan kereta, balik berjalan kaki, meranggakak sekali pun kena balik.

"Dosa besar kita biar orang kafir, orang munafik 'ghanya' (merosakkan) ekonomi kita, akidah kita," katanya yang juga Mursyidul Am PAS.

Beliau berkata demikian ketika berucap kepada lebih 100 anak-anak Dun Galas di perantaun pada Majlis Minum Teh bersama Menteri Besar Kelantan di sebuah hotel di ibu negara.

NOTA :

Siapa yang NIcKy AZIZ maksudkan dengan "Dosa besar kita biar orang kafir, orang munafik 'ghanya' (merosakkan) ekonomi kita, akidah kita,"???

Siapalagi kalau tidan UMNO dan Barisan Nasional... biasalah "Fatwa Politik" sudah keluar! senjata pemusnah terakhir telah dikeluarkan dengan menggunakan Islam dan fatwa sesat melabel orang lain "KAFIR" dan "MUNAFIK"... harap rakyat matang menilai sewajar

PAS buka berjuang demi Islam... PAS hanya menggunakan Islam demi raih sokongan hingga sanggup kompromi dan lacurkan Islam demi mendapat kuasa... Golongan seagama dan sebangsa di"kafirkan" hingga menolak perpaduan Islam dan Melayu... tapi golongan Kafir Harbi yang terang terangan memusuhi Islam pula di"dewakan", di"bela" dan dijadikan teman seperjuangan... malah diangkat lebih "memahami "ISLAM" berbanding orang islam lain...

Bilalah Nik Aziz Nak Bertaubat???

No comments:

Post a Comment