Friday, November 12, 2010

MB TOLAK ELAUN RM 100,00 KONON : PEMBOHONG! RAKYAT SELANGOR DIPERBODOHKAN LAGI

Faekah cover penipuan Khalid, Elaun sebat juga


Pada 4.September.2010, Sinar Harian menyiarkan kenyataan Faekah yang mengatakan Khalid Ibrahim terkejut dan menolak insentif yang patut diterimanya sebanyak RM 100,000.00.

Faekah berkata, Khalid meminta ianya dipulangkan kembali kepada rakyat dan katanya lagi kerajaan negeri akan membiasakan yang betul dan membetulkan perkara yang menjadi kebiasaan.

Selangor Daily juga pernah menulis perkara berkenaan di sini. Apabila melihat kenyataan Faekah, kami yakin rakyat Selangor akan teruja sambil berkata “bagusnya mb kita, mb seperti inilah yang kita mahu”.

Tetapi seluruh rakyat Selangor ditipu oleh Faekah. Kenyataan yang dibuat oleh Faekah adalah satu pembohongan dan untuk membodek Khalid agar kertas-kertas kerja yang dibawa olehnya diluluskan oleh bosnya untuk kepentingan dia dan kroni-kroninya.

Laporan Ketua Audit Negara 2009, menyatakan Khalid Ibrahim menerima elaun RM 5,000.00 sekali mesyuarat selaku Pengerusi PNSB. Kami ulang sekali lagi, RM5,000.00 SEKALI mesyuarat.

Mengikut Laporan Ketua Audit Negara 2009, pada tahun lalu Lembaga Pengarah PNSB mengadakan tujuh kali mesyuarat dan Pengerusi PNSB (Khalid Ibrahim) menerima elaun mesyuarat keseluruhan sebanyak RM25,000. 00. Mungkin dia tidak hadir dua kali mesyuarat berkenaan. Lihat di sini

Selain daripada elaun mesyuarat RM 25,000, Khalid juga diberi pakej percutian yang berjumlah RM 60,000.00. Kesudahannya pada tahun 2009 Khalid menerima sebanyak RM85,000.00 daripada PNSB.

Adakah Faekah berani mengatakan Khalid tidak terima semua itu ?

Pada zaman pemerintahan BN, MB ketika itu juga adalah Pengerusi PNSB dan elaun mesyuarat yang diterima adalah sebanyak RM1,000.00 untuk sekali mesyuarat. Empat kali ganda lebih rendah daripada yang dibayar kepada Khalid Ibrahim.

Adakah berani Faekah mengatakan itu satu pembohongan ?

Faekah kata nak membetulkan perkara yang menjadi kebiasaan, tetapi ianya lebih teruk dari yang biasa. Ini kerana kebiasaannya (zaman BN) Pengerusi PNSB menerima elaun mesyuarat RM 1000.00 sekali mesyuarat,tetapi di zaman Khalid ianya naik empat kali ganda.Apa yang nak dibetulkan?

Faekah perlu meletak jawatan dengan segera, kerana dia telah menipu seluruh rakyat Selangor. Pembohongan yang dilakukan oleh Faekah bukannya kecil, kerana ianya telah menjadi tajuk utama di muka depan sebuah akhbar.

Selangordaily

No comments:

Post a Comment