Sunday, November 14, 2010

KEBEBASAN MEDIA KONON - KERAJAAN DAP PULAU PINANG HARAMKAN UTUSAN

Sejak bila kerajaan negeri buat kerja KDN?


Utusan Malaysia dirujuk jawatankuasa DUN

PULAU PINANG 12 Nov. - Buat pertama kali dalam sejarah persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, sebuah akhbar dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) atas alasan menyiarkan laporan palsu.

Usul tersebut dibuat oleh Ng Wei Aik (DAP-Komtar) yang juga Setiausaha Politik Ketua Menteri, Lim Guan Eng di hadapan Speaker Datuk Abdul Halim Hussain pada sesi terakhir Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga DUN Pulau Pinang Yang Ke-12, malam tadi.

Ia kemudian disokong oleh Jagdip Singh Deo (DAP-Datuk Keramat) yang mendakwa laporan oleh Utusan Malaysia itu adalah agenda jahat untuk memburukkan nama Guan Eng.

Tindakan berkenaan diambil ekoran satu laporan dalam akhbar itu semalam yang menyebut kos pengubahsuaian banglo Guan Eng yang pada asalnya hanya sebuah banglo biasa ke sebuah banglo mewah dikatakan melebihi RM1.5 juta.

Laporan itu adalah berkaitan soalan bertulis yang ditanya Shabudin Yahaya (BN-Permatang Berangan) mengenai status kediaman rasmi Ketua Menteri di Seri Teratai yang masih belum didiami selepas lebih setahun dibaik pulih.

Abdul Halim kemudian membukanya untuk dibahaskan oleh semua ahli dewan yang sebulat suara bersetuju dengan usul dibacakan.

Kesemua wakil rakyat pembangkang tidak hadir pada sesi malam itu termasuk Ketuanya, Datuk Azhar Ibrahim (BN-Penaga) yang digantung dari sidang DUN selama enam bulan sejak 1 November lalu.

Menurut Abdul Halim, usul itu adalah di bawah peraturan 34 (8) bagi merujuk akhbar Utusan Malaysia ke jawatankuasa tersebut kerana satu laporan yang didakwa palsu.

Utusan Malaysia

Kerajaan negeri boleh nafi atau jelaskan kesalahan Utusan Malaysia dan pastinya diterbitkan tetapi mereka mahu menganiayakan Utusan.

Ini hanya tindak tanduk Komunis DAP yang anti kebebasan berakhbar.

Kenapa mereka tak buat apa-apa pada The Star? Hmmm ... pasal The Star kow tow pada mereka .... kan. The Star pun dikuasai Cina. Itu pasal pun.

PAP dulu pun benci pada Utusan Melayu.

No comments:

Post a Comment