Friday, October 15, 2010

UTUSAN : PILIHANRAYA UMUM 2011

Salam Perjuangan

Bab Pilihanraya Umum 13 ni berat sikit... apapun penulis rasa kerajaan cukup bijak bagi memanfaatkan ruang yang ada disamping analisis trend sokongan pengundi sebelum memutuskan bagi mengadakan Pilihanraya umum. Apapun kerajajaan ada 2-3 tahun lagi untuk terus berkuasa dan tiada sebab yang mendesak bagi mengadakan Pilihanraya umum pada tahun hadapan... kalau Pilihanraya negeri mungkinlah he he he di sarawak.

Apapun penulis yakin isu ini akan di lolongkan dan diputar belit Pembangkang bagi menarik simpati serta mengalih tumpuan terhadap isu yang dihadapi keseluruhan organisasi Pakatan Rakyat... seperti KES Anwar Ibrahim liwat, pemilihan huru hara menggunakan hukum rimba dalam pemilihan PKR, kegagalan mentadbir dinegeri Pakatan Rakyat dan isu penipuan terhadap rakyat dari isu duit judi halal hinggalah projek ladang rakyat... semua ini merosakkan imej mereka dan mereka perlu mengalihkan perhatian rakyat dengan terus menerus menghentam kerajaan.
Percayalah... apa saja yang kerajaan lakukan walaupun usaha itu baik dan demi kebajikan rakyat akan terus di cop dan dikatakan "gulu-gula" atau "rasuah" pilihanraya... itulah ciri ciri munafik dan tidak ikhlas mereka... kalau mereka buat halal tapi kalau org lain macam-macam tuduhan dan fitnah dijaja mereka... Apapun bagi penulis tanya dulu mereka yang dekat dengan "ThinkTank" politik PM mana tau terbocor rahsia he he he... jagan ISA penulis ya he he...

Tapi apa yang pasti akan terdapat komen bangsat! daripada pemimpin pakatan rakayat. Berikut ramalan penulis dan rakan-rakan blogger he he he ... Komen-komen yang bernas adalah seperti dibawah:

1.Bajet nih tak ada apa yang baru.

2.Bajet ni untuk gula-gulakan rakyat terutamanya bg menghadapi PRK Galas dan Batu Sapi

3. PM Najib tak solat Asar dan kununnya tak kusyuk solat Jumaat sebelumnya.

4.Bajet nih lebih mementingkan golongan kaya dan meminggirkan orang miskin

5. Kalau penjawat awam Persekutuan tak der bonus atau bayaran insentif, kerajaan fuckatan di Penang,Selangor, Kelantan dan Kedah akan bagi bonus kepada kakitangan awam negeri bg menunjukkan mereka lebih baik dari kerajaan BN

6.kerajaan tipu fakta terutamanya indeks FDI, indeks persaingan global dan indeks jenayah

7.Kerajaan sengaja tak turun harga barang keperluan meskipun harga minyak turun dan RM makin kukuh. Sebaliknya menggunakan wang lebihan utk projek kroni dan PRU 13.

8. Projek besar-besar diumumkan ni sure untuk mark-up bagi peruntukan BN PRU 13 nanti...

KALAU ADA LAGI BUBOH DI RUANG KOMEN HE HE HE....


UTUSAN 15/10.2010 : Penangguhan GST gambaran pilihan raya tahun depan

KUALA LUMPUR 14 Okt. - Keputusan penangguhan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) seolah-olah mengesahkan kemungkinan kerajaan akan mengadakan Pilihan Raya Umum pada 2011.

OSK Research dalam nota penyelidikan meramalkan Pilihan Raya Umum akan diadakan pada separuh kedua 2011 selepas pilihan raya Negeri Sarawak pada awal tahun depan.

Selain isu GST, firma penyelidikan itu turut meramalkan pengurangan subsidi dan kenaikan tarif akan ditangguhkan sehingga pilihan raya berakhir.

''Keputusan tersebut mengambil kira sensitiviti politik berhubung pelaksanaan GST,'' katanya.

OSK Research berkata, ramalan berhubung pilihan raya itu dibuat selepas mengambil kira berita-berita positif yang berkaitan dengan pembangunan infrastruktur, sentimen pasaran yang dijangka meningkat pada separuh pertama 2011.

Sementara itu AmResearch tidak menolak kemungkinan kerajaan akan memperkenalkan GST pada tahun depan, setelah mendapat bantahan kuat daripada orang ramai.

''Tahun depan mungkin waktu terbaik kerana persekitaran ekonomi dijangka lebih stabil dan kondusif,'' katanya.

Menurut AmResearch, GST menerima banyak bantahan disebabkan kebanyakan orang masih belum mengetahui maklumat GST secukupnya.

Semalam, Kementerian Kewangan dalam kenyataan akhbarnya berkata, GST ditangguhkan bagi membolehkan kerajaan berinteraksi dengan semua lapisan rakyat mengenai pelaksanaannya.

Kerajaan akan mengambil kira kepentingan dan kebajikan rakyat bagi memastikan penguatkuasaan GST diterima dengan baik, kata kementerian itu.

Bagaimanapun, ia berkata, kerajaan menyedari akan kepentingan GST dalam memastikan kedudukan fiskal yang kukuh dan mapan bagi menyokong pertumbuhan ekonomi jangka panjang.

Kerajaan kali pertama mengumumkan cadangan pelaksanaan cukai GST sebanyak empat peratus pada bacaan kali pertama di Parlimen pada 16 Disember 2009.

Namun, Rang Undang-Undang GST yang dijadualkan dibentangkan buat kali kedua di Parlimen pada Mac 2010 untuk pelaksanaan cukai tersebut menjelang suku ketiga 2011 ditangguhkan.

Pelaksanaan GST dicadangkan bertujuan untuk mengurangkan defisit bajet daripada tujuh peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar pada 2009 kepada 5.4 peratus pada tahun depan.


MALAYSIA KINI - BN siap sedia hadapi p'raya mengejut, kata Anwar

Tindakan terbaru kerajaan menunda pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) adalah petanda “utama” bahawa pilihan raya umum ke-13 semakin hampir, kata ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.



"Ada kemungkinan kita akan saksikan pilihan raya umum yang mengejut dan saya jangkakan pembentangan bajet esok adalah bajet pilihan raya,” katanya pada sidang akhbar di lobi parlimen hari ini.

Anwar, yang pernah menjadi timbalan perdana menteri dan menteri kewangan berkata, rang undang-undang GST itu dirangka dengan lemah dan ia bukan hanya akan membebankan rakyat tetapi juga tidak mampu membantu menjana pertumbuhan ekonomi Malaysia.

Katanya, adalah jelas kerajaan BN tidak memikirkan kesannya ke atas rakyat apabila membentangkannya tahun lalu.

Menurut Anwar, kerajaan “takut” kerana tidak mampu menangani asakan oleh Pakatan Rakyat yang berpendapat cukai baru itu akan membebankan rakyat, khususnya mereka yang berpendapatan rendah.

"BN kini terdesak menjelang pilihan raya kecil di Galas dan Batu Sapi. GST bukan rang undang-undang yang dirangka dengan baik dan penangguhan kali ini adalah kerana pilihan raya kecil dan kemungkinan diadakan pilihan raya mengejut,” katanya,

Semalam, kementerian kewangan, mengeluarkan kenyataan mengesahkan bahawa kerajaan telah menangguhkan pelaksanaan GST.

Menurut kenyataan itu, GST ditangguhkan bagi membolehkan kerajaan berinteraksi dengan semua lapisan rakyat mengenai pelaksanaan cukai baru itu.

"Kerajaan akan mengambil kira kepentingan dan kebajikan rakyat bagi memastikan penguatkuasaan GST diterima dengan baik," petik kenyataan kementerian itu.

No comments:

Post a Comment