Thursday, October 28, 2010

SYAITAN DAP GUNA POLITIK PERKAUMAN DAN RACIS DI GALAS



LIVE & PANAS … POLITIK PERKAUMAN DAP DI GALAS! PAS SEMAKIN TERDESAK!

PAS semakin terdesak dan semakin terhakis keyakinan untuk memenangi pilihanraya DUN Galas. Masa semakin suntuk untuk menyerang peribadi dan rekod perkhidmatan saudara Abdul Aziz Yusoff.

Anak jati Gua Musang yang hanya berkelayakan SPM dan celik IT, mempunyai rekod berkhidmat kepada rakyat selama 30 tahun ketika menjadi kakitangan KESEDAR.

Sukar bagi PAS untuk menyerang peribadi Abdul Aziz Yusoff memandangkan rakyat di Galas cukup mengenali beliau yang kali terakhir menyandang jawatan sebagai Pengurus Pejabat Operasi KESEDAR di RPT Sungai Terah pada tahun 1980.

PAS akhirnya terpaksa menggunakan kembali khidmat ’pakar racist DAP’ ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua dan ’ustaz belum Islam PKR’ ADUN Simpang Pulai, Chan Ming Kai.

Ceramah racist atau perkauman bermula malam tadi di Kampung Baru Galas disampaikan oleh Tony Pua. Pakar racist DAP ini mula mengapi apikan pengundi Cina di sini dengan mempertikai hak dan keistimewaan orang Melayu.

Tony Pua mempertikaikan mengapa perlu ada kuota untuk pembelian rumah kaum bumiputera. Beliau juga mempertikaikan kenapa perlu kaum bumiputera menikmati diskaun pembelian rumah sedangkan orang Cina tidak pernah diberi sebarang diskaun langsung.

Tony Pua juga memperlekeh Perlembagaan Persekutuan dengan menyebut tidak tercatit langsung di dalam perlembagaan ada tawaran diskaun kepada orang Melayu!

Secara jelas, beliau sebenarnya membangkitkan api perkauman kerana bimbang dengan menguncupnya sokongan orang Cina kepada parti PAS setelah pengumumuan Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin yang merasmikan projek PPR di Gua Musang.


Yang peliknya, ceramah di Kampung Kerinting Galas (majoriti pengundi Melayu) Tony Pua langsung tidak menyentuh perihal hak dan keistimewaan orang Melayu. Tidak ada sedikitpun disentuh!

Pakar racist ini begitu licik membuat dua kenyataan dan ceramah berbeza di Kampung Baru Cina dan di Kampung Kerinting.

Depan khalayak pengundi Cina, habis diperlekehkan hak dan keistimewaan orang Melayu. Perlembagaan Persekutuan turut terpalit. Depan khalayak orang Melayu, beliau menikus dan senyap tanpa menyebut langsung mengenai hak dan keistimewaan orang Melayu.


’Ustaz belum Islam PKR’ Chan Ming Kai tampil berbaju Melayu bersongkok dengan imej seolah olah sudah memeluk Islam, nyata mempersendakan orang Melayu. Modus operandi kafir harbi ini cukup mudah, di depan orang Melayu berbaju Melayu dan bersongkok. Di belakang orang Islam dan Melayu ... ?

Bila masakah kedua dua kafir harbi ini mempertahankan hak dan kedaulatan Islam dan orang Melayu seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan?

PAS sudah semakin teruk! Ceramah ’sahabat’ mereka di Kampung Baru Cina cukup jelas menghentam orang Melayu ditertawakan sahaja. Malah bertepuk sorak.

PAS sanggup bersekongkol secara terangan dengan parti racist ini demi bertuhankan undi! Tak tahulah pulak jika pemimpin PAS majoritinya bukan orang Melayu. Atau juak juak ini malu nak mengaku sebagai orang Melayu.

Mungkin juak juak PAS tidak bangga mempunyai darah keturunan orang Melayu seperti Mursidul Am mereka juga.

Orang orang Melayu di Galas … anda bagaimana? Masih perlu lagikah mempertaruhkan nasib anak dan cucu kepada parti Islam yang bertopengkan hawa nafsu …

No comments:

Post a Comment