Tuesday, October 19, 2010

NAZRI DAN KERAJAAN JANGAN JADI PETUALANG RACIS : PENGETUA NAK DIHUKUM NAMEWEE LEPAS?

Pengetua 'Rasis' Dalam Proses Nak Ambik Tindakan, Namewee Bangsat..??


KUALA LUMPUR 18 Okt. - Kerajaan kini dalam proses akhir untuk mengambil tindakan terhadap dua guru, masing-masing di Johor dan Kedah yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman Ogos lepas.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, siasatan menyeluruh sedang dilakukan dengan menimbang semua keterangan daripada saksi terlibat agar keputusan yang diambil kelak merupakan satu keputusan yang adil kepada semua pihak.
"Semua pihak harus faham ini adalah kali pertama seorang pegawai kerajaan mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman. Jadi makan masa sedikit (untuk siasat dan ambil tindakan)," katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) yang ingin tahu mengapa kerajaan lambat mengambil tindakan terhadap guru-guru terlibat.Nazri berkata, situasi ketika kejadian juga perlu diambil kira sebelum sesuatu hukuman dijatuhkan, sama ada guru berkenaan benar-benar mempunyai niat menghasut atau berada dalam keadaan marah.

Sementara itu, menjawab soalan Datuk Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan) tentang adakah kerajaan turut bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Namewee yang mengulangi perbuatan bersifat perkauman,

Nazri berkata :"Kita tetap akan ambil tindakan terhadap Namewee tapi mesti berdasar kepada fakta-fakta yang menyabitkannya. Dia bukan pegawai kerajaan jadi kita tak boleh ambil tindakan terhadapnya sebagai seorang pegawai kerajaan.

"Laporan polis telah dibuat dan kita sedang timbang beberapa undang-undang untuk mengambil tindakan terhadapnya," katanya.

Sumber Web UtusanMalaysia

Kes Namewee bangsat ni dah lama dan dah terbukti, siap hina azan dalam lagu Negarakuku lagi. Kenapa sampai sekarang masih tidak diambil tindakan..?? Klik [Sini]

No comments:

Post a Comment