Anwar Ke Jakarta Waktu Festival Gay
Sumber : Malaysia InstictOleh Terrence Fernandez
Anwar berada di Jakarta ketika Festival Q di Indonesia berlangsung. Festival Q yang bermula pada 24hb September hingga Oktober adalah pesta filem bagi golongan LGBT
(Lesbian, Gay, Bisexual and Transexuals). Indonesia adalah negara Islam pertama yang mengadakan Festival Q ini.
Di Jakarta, Anwar menetap di Hotel Four Seasons yang berdekatan dengan pusat festival tersebut iaitu Eramus Huis. Antara program yang diadakan adalah forum, ceramah dan perbincangan mengenai LGBT dan entah apa lagi yang hanya Allah sahaja yang tahu.
Walaupun lawatan Anwar adalah ‘kebetulan’ dengan Festival tersebut, tetapi Anwar dikatakan menerima layanan ekslusif dan istimewa dari penganjur.
Pada 2007, Musdah Mulia, seorang aktivis Islam moderate dari Indonesia menerima anugerah Woman of Courage dari Amerika kerana memperjuangkan LGBT. Musdah dan Anwar adalah antara beberapa pemimpin Islam yang menerima anugerah, penghormatan dan puji-pujian dari barat kerana memperjuangkan ‘hak asasi manusia’. Tidak seperti Muslim tulin contohnya Ayatullah Khomeini, Ahmadijedad dan Mahathir Mohamed, mereka sentiasa dikutuk dan dikritik oleh barat serta para pelampau liberal.
Baru-baru ini, rakyat Malaysia dikejutkan oleh kenyataan Sir Richard Branson yang menyokong Anwar. Sir Richard Branson dikenali kerana memiliki sebuah kelab gay dan mempercayai kebebasan total dalam segala-galanya termasuk seks, pastinya.
Amat mengejutkan bila personaliti seperti Branson mengkritik Malaysia secara terbuka kerana tidak cukup liberal. Dan kita percaya apa yang dia merujuk kepada hak LGBT untuk mempraktikkan seks songsang.
Sama ada dia sedar atau tidak, dia telah secara tidak langsung menyatakan bahawa Anwar adalah seorang gay. Adakah ia disengajakan dan dilakukan atas dasar keikhlasan atau sebenarnya satu kesilapan dari pihaknya.
Semua insiden ini meninggalkan tanda soal bagi kita: Adakah Anwar mula menunjukkan warna sebenarnya?
Adakah Anwar cuba membuat kenyataan mengenai kedudukan seksnya secara terbuka? Adakah dia cuba mengakui hakikat dirinya seorang homosexual or a bisexual?
Apakah dia sudah bersedia untuk keluar dari imej Islam yang dipertontonkan kepada penyokong-penyokong tegarnya di Malaysia?
Anwar sentiasa merujuk kepada Indonesia dan Turki sebagai negara Islam moderate yang sebenar. Katanya kedua-dua negara ini adalah model terbaik negara Islam. Apakah pendapat Anwar ini ada kena mengena dengan undang-undang Turki dan mungkin Indonesia kini, yang menyatakan bahawa homoseksual bukanlah satu jenayah.
Kita percaya Anwar sudah terlalu letih dengan pembohongannya sendiri. Lagipun dia tahu yang dia tidak akan memenangi kes liwatnya. Dia hanya mengharapkan keajaiban berlaku agar kesnya dibuang sahaja.
Anwar tidak lagi terus menuduh kerajaan sebagai berkonspirasi terhadapnya, tetapi dia mula mencari hujah pembelaan yang lain, iaitu dengan mendesak Malaysia menghalalkan liwat.
Jika ini dapat dicapai, kita tidak akan lagi mendengar tuduhan kerajaan berkonspirasi dari pihak pembela. Tetapi, dengan tiba-tiba kita akan mendengar Karpal berhujah bahawa ia adalah liwat suka sama suka.
LGBT mungkin menang dan mungkin tidak dalam perjuangan mereka menuntut hak di Malaysia, tetapi sama ada mereka menang atau kalah tiada siapa dapat menafikan hakikat bahawa Anwar adalah seorang pembohong. Anwar akan sentiasa diingati sebagai pembohong dan pengkhianat paling hebat di dunia. Muslim sejati, muslim liberal dan moderate, penyokong Zionis, mangsa konspirasi atau hanya seorang homoseksual sejati – semuanya mampu dilakonkan Anwar demi kepentingan dirinya.
anwar puas hati dgn lawatan ke jakarta... ohh sekarang baru akau tau kenapa he he he he... sama rata depan belakang sama rasa he he he... gilo!
ReplyDelete