Thursday, September 9, 2010

USIR PENDUDUK DI PULAU PINANG - KERAJAAN DAP ZALIM

Salam Lebaran

Ketika kita bergembira kerana ketibaan Hari Raya Aidilfitri, truma menghantui penduduk sebuah kampung di Pulau Pinang kerana bakal di usir keluar selepas hari raya ini... mungkin inilah hari raya terakhir mereka dikampung halaman yang selepas ini bakal diratah rasuk kerajaan DAP Pulau Pinang demi memenuhi agenda halus dan sistematik " mengusir melayu" keluar dari Pulau Pinang...

Rasanya sudah berbuih mulut pemimpin Melayu dan macam2 artikel sudah keluar dalam media massa, blog mahupun risalah menentang tindakan sedemikian... bukan apa kerana sejak DAP memerintah Pulau Pinang lebih 10 buah kampung telah menerima nasib diusir, dirobohkan dan dimusnahkan... namun yang pelik kampung yang mengalami nasib ini hanyalah melibatkan kaum Melayu dan India manakala kampung setinggan Cina tetap utuh melambangkan niat dan diskriminasi serta rasis DAP.

Itu baru cerita di Pulau Pinang... bayangkan kalau Pakatan yang didominasi DAP memerintah Malaysia... penulis percaya skrip cerita yang berlaku di Pulau Pinang akan berlaku diseluruh Malaysia dan ketika itu sudah terlambat untuk kita mneysal kerana nasi sudah menjadi bubur... rata-rata Melayu dan India Penang yang mengundi Pakatan Rakyat menyesal tak sudah tapi apakan daya itulah natijah bertindak tanpa berfikir jauh dan terlalu mengikut emosi... kononnya kerajaan BN zalim, buruk & hodoh lantas perlu di ubah... lihatlah sekarang kebahagian yang dicari namun bala yang menimpa...

Pengajarannya adalah bersyukurlah atas apa yang telah kita ada... serba sedikit kecacatan dan kekurangan kita perbaiki sama-sama... tindakan meletakkan nasib keatas sebuah Kerajaan lain yang belum teruji dan terbukti kemampuannya hanyalah membawa padah...

Kepada Allah Berserah

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN
- IdealisMalaysia


Usir penduduk zalim – Zahrain

PULAU PINANG 8 Sept. – Kerajaan negeri perlu mempunyai pelan penempatan semula untuk kampung-kampung tradisional supaya penduduknya tidak terabai apabila pemaju mahu mengambil-alih tanah bagi tujuan pembangunan.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, adalah zalim sekiranya tiada program langsung disediakan untuk penduduk terbabit kerana kebanyakan kampung sedemikian telah wujud kira-kira seabad lalu.

Menurutnya, kerajaan negeri tidak boleh menganggap masalah berkenaan sebagai ‘ad-hoc’ kerana pembangunan di Pulau Pinang akan berterusan pada masa depan.

“Kerajaan negeri janganlah sewenang-wenangnya bila sudah meluluskan sebarang permohonan pembangunan, biarkan saja pemaju usir penduduk di kawasan terlibat.

“Walaupun Kanun Tanah Negara menyatakan jika sesuatu pelan pembangunan diluluskan, pemaju ada hak, mengusir penduduknya begitu saja adalah tindakan zalim,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama para pemimpin parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan kawasan Parlimen Bayan Baru di sini, semalam.

Beliau mengulas nasib 58 keluarga dari Kampung Permatang Tepi Laut, Batu Maung di sini yang diarah oleh pemaju mengosongkan rumah masing-masing pada 31 Oktober ini.

Kampung nelayan yang dihuni sepenuhnya oleh orang Melayu itu telah wujud kira-kira 100 tahun lalu.

Kampung-kampung tradisional lain di negeri ini yang mungkin menerima nasib sama adalah Kampung Jalan Pokok Asam, Jelutong dan Kampung Tengah terletak bersebelahan.

Zahrain memberitahu, kerajaan negeri perlu membuat satu dasar di mana sesebuah kawasan yang hendak dibangunkan mempunyai pelan penyusunan semula penduduknya.

“Kalau luas kampung yang diambil-alih empat hektar, peruntukkan sedikit buat kampung tersusun untuk penduduk,” ujarnya.

Sebagai contoh, jelas beliau, di Singapura yang mempunyai keluasan tanah terhad, kerajaan republik itu mempunyai program khas untuk menempatkan semula penduduk terlibat di kawasan sama.

Beliau menambah, kerajaan republik itu menyediakan flat yang selesa untuk penduduk berkenaan.

Zahrain berkata, jika mahu mempertahankan budaya khususnya orang Melayu di Pulau Pinang, masyarakat kaum itu perlu memiliki cara hidup yang betul serta sempurna.

No comments:

Post a Comment