Thursday, September 30, 2010

PEMIMPIN PAS MATA DUITAN : KUMPUL HARTA BERJUTA-JUTA - APA CERITA???


Sudah genap 2 tahun kes tuntutan mutaah Siti Aishah Chou Abdullah sebanyak RM 3 juta dari bekas suaminya ADUN Melor, Wan Ismail Wan Jusoh.

Semalam, Siti Aishah Chou Abdullah memberitahu Mahkamah Tinggi Syariah bahawa Wan Ismail mempunyai harta lebih dari RM 3 juta!

Ini bersandarkan kepada Wan Ismail pernah memberitahu yang beliau mempunyai banyak harta termasuk tanah, projek projek di Gua Musang, simpanan wang tunai di bank, perniagaan di China dan sebagainya.

Apa yang menarik adalah kesemua aset di atas bukan di atas nama Wan Ismail Wan Jusoh kerana beliau adalah wakil rakyat. Ini yang diakui oleh Wan Ismail kepada bekas isterinya.


Siapakah proksi sebenar di atas pemilikan aset aset tersebut? Jika benar dakwaan ini, maka ADUN Melor bertindak untuk cuba melarikan diri dari membayar cukai pendapatan (tax evasion).

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) perlu membuka satu fail kes dan membuat siasatan terperinci. Audit & Investigation perlu dilakukan segera kerana ADUN Melor nyata tidak mengisytiharkan harta pemilikan sebenar.

Ini adalah suatu bentuk penipuan dan penyelewengan seorang wakil rakyat. Amat memalukan kerana PAS yang selama ini kononnya mendabik dada memperjuangkan Islam ternyata sebuah parti yang cukup hipokrit dan penipu.

Sejak kes ini berlangsung selama 2 tahun, kesemua pemimpin PAS sudah jadi makhluk bisu dan pekak. Bisu dari membuat sebarang kenyataan dan memekakkan telinga seolah olah tiada apa apa yang berlaku.

Inilah sebenarnya prinsip perjuangan PAS yang menghalalkan sebarang cara untuk menutup kelemahan pemimpinnya dan parti.


Jika ini berlaku kepada UMNO mahupun kepada parti parti komponen BN, parti PAS pasti terkehadapan menghentam dan menjaja isu ini di dalam ceramah ceramah. Akhbar Harakah akan menjaja isu tersebut di muka hadapan (front page). Modal terbaik untuk menghentam BN!

Peguam Syarie yang mewakili Siti Aishah kini sedang mengumpulkan bukti berbentuk dokumen berkaitan pemilikan aset Wan Ismail. GWM mengharapkan agar bukti pemilikan aset ini dapat didedahkan di dalam perbicaraan yang akan datang.

Sepatutnya, PAS sudah meminta Wan Ismail Wan Jusoh melepaskan jawatan sebagai seorang ADUN untuk membersihkan nama beliau dan parti. Lebih baik lagi memecat Wan Ismail atas dasar keterbukaan dan keadilan kepada bekas isterinya.

Apa yang pasti, PAS seolah olah sedang menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuan umum. Mungkin ada rahsia besar yang perlu ditanam jauh ke dasar bumi sebelum dijadikan isu atau bahan kempen BN.

Siapakah pemilik sebenar aset aset tersebut. Siapakah proksi yang tidak diketahui sehingga ke hari ini. Apakah mungkin pemimpin pemimpin tertinggi PAS merupakan pemilik sebenar kekayaan tersebut.


Rakyat perlu mengetahui bagaimana ADUN Melor ini mengumpulkan harta kekayaan tanpa mengisytiharkan harta harta tersebut kepada LHDN. Ini adalah perbuatan khianat seorang wakil rakyat PAS yang melarikan diri dari membayar cukai harta dan pendapatan.

Rakyat marhaen sibuk berbaris mengisytiharkan pendapatan kepada LHDN untuk membayar cukai, wakil rakyat PAS sibuk menyembunyikan pemilikan aset dan wangtunai dari LHDN. Adilkah begini?

Dan yang lebih teruk, nasib bekas isteri yang tidak dibayar nafkah saraan sehingga kini. Inikah ajaran Islam yang dicanang oleh PAS selama ini?

PAS sememangnya lambang kegagalan umat Islam. PAS for All … retorik semata mata!

sumber rujukan :

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/bekas-isteri-yakin-adun-melor-miliki-harta-lebih-rm3-juta/

5 comments:

  1. Harta dan Duit banyak rupanya... patut dapat bini pun peh! cun meletup and 'sedap' he he he... bab ni

    UMNO patut ngaku kalah n kena selender... kehebatan pemimpin PAS utk dapatkan barang siam 1st class... barang baru pulak tu... inilah yg dicari pemimpin PAS... sebelum emrasa bidadari syurga... merasa bidadari dunia dulu... peh! sure merah-merah satu badan yg putih hasil penangan ustaz PAS kah kah kah... geram katakan... kalau hang pa dapat pun samalah kan ha ha ha... tapi pastikan yg halal ya... - kata ustaz kat taman aku

    kepada UMNO apa punya bangang... barang terpakai jugak kau kejar... dapat artis malaysia yg dah season and barang 'terpakai'... nampak je macam cun... bila 'buka' hancur he he he...

    contohi ustaz PAS... tutup semua... sekali 'buka' brand new and mantap cun and baikkk... cap bidadari dunia ha...

    Kepada BINI ahli PAS waspadalah kerana Utz Wan Ismail Wan Jusoh sudah jadi Idola THAP DEWA mereka dan tekad mereka adalah nak carik bini ke 2 yg cun meletup macam bekas bini ustaz he he he... kalau rasa tak cun ha... dapatkan rawatan segera ya... takut suami lari he he he... kan ahli dan pemimpin PAS byk duit sebenarnya pow la laki masing-maisng untuk dapat rawatan agar anda kekal tip top dan suami tidak dirampas wanita secantik bekas bini ustaz ya ha ha ha...

    kepada rakyat UNDILAH PAS yg ternyata lebih hebat dari UMNO!

    ReplyDelete
  2. Nak tanya kenapa YB YB dari Pas berbini ramai?makan majun apa ee?

    ReplyDelete
  3. Allah itu maha adil dan maha kaya semua benda yg tersorok bolih timbul itu lah kebesran nya berjuta juta ada kaya tu tapi nak bayar nfkah bini dah 2 tahun tuntut tak dapat lagi masa nak berbini dulu macam macam janji abg kaya lah abg ada balak lah abg ada kapal selam abg ada kapal layar mewah lah tapi bila bercerai apa pun tara sekarang jawab lah wahai adun melor pas mana nak cari 3 juta lepas tu bagi bukan nama dia pas kuat betui pembohong lah sepatut nya saorg yg mengaku parti islam tuntutan itu tak perlu masa panjang kerana nafkah itu untuk anak yg belum lepas tanggungan lagi ini apa nak mengelak untuk bayar nafkah anak berdosa tau tanggong pembayaran nafkah anak org nak berbini banyak dia nak berbini banyak tanggong jawab tiada macam ni nak jaga rakyat kawasan dia moral pun rendah sepatut nya rakyat kawasan melor harus berfikir balik adakah baik dia ni jadi wakil rakyat kawasan dun melor fikir lah fikir lah jangan anak kita ikut macam dia.

    ReplyDelete
  4. Tuan.
    Orang lelaki ini walau sehebat dan seperkasa mana pun, secara umumnya dia tewas kepada 3 perkara jer didalam dunia ni:
    1- H - Harta
    2- K - Kuasa
    3- B - ......(Sila teka)

    Betul ke tidak? cuba tanya diri sendiri gak.

    ReplyDelete
  5. mende B tu... ermmm yang aku belajar
    HarTA...
    WaniTA...
    TahkTA...

    yang B tu apa pulak????
    er... buTA??
    boDY??
    BuPP?

    pening ko bg tau jelah sam 2110...

    ReplyDelete