Tuesday, September 28, 2010

ANWAR BUNUH DEMOKRASI DALAM PKR : BATAL KEPUTUSAN PEMILIHAN CABANG PKR DEMI SELAMAT KRONI


Sumber : Papa Gomo

GEMPAR - Sah Keputusan Pemilihan Cabang Yang Menang Di Batalkan Anwar Ibrahim!

Sah jua akhirnya kemenangan cabang cabang PKR yang telah menentukan proses Demokrasi dalam pemilihan pemimpin mereka di Batalkan!

Pembatalan proses pemilihan di kuala langat, klang, PJselatan, subang, jerai, merbok, kuala nerus & kapar telah di umumkan Anwar Brahim punaisihat PR.

Jelas disini proses Demokrasi telah di Cabul oleh Anwar Brahim bagi menyelamatkan Sekutu dan orang Kananya yang telah Tewas.

Apakah ini tidak memberikan gambaran jelas bahawa Anwar Ibrahim menggunakan Diktator dalam kekuasaanya? Belum lagi Anwar PM Malaysia, kalau jadi PM alamatnya habis jahanam negara!

Bak kata TPM:

TPM mahu rakyat nilai sendiri keupayaan PKR sekiranya pembangkang ambil-alih pentadbiran negara ekoran kekecohan pemilihan cabang mereka.

Kalau kelak Anwar menjadi PM dan Pilihanraya di adakan! Dan keputusannya Mereka Pakatan Kalah apakah Anwar akan rela hati membiarkan kemenangan BN? Sudah pasti Anwar Akan batalkan keputusan Pilihanraya dan mengadakan pilihanraya semula dengan segala taktik Kotor yang ada!

Fikir baik baik!!!!




Sumber : Anwar Pembohong

Anwar Ibrahim Menyekat Kebebasan Demokrasi Dalam PKR

Gambar di atas merupakan kejadian yang berlaku sewaktu pemilihan PKR Cabang Kuala Langat pada hari semalam. Kejadian yang mana telah menyaksikan insiden pergaduhan tercetus di kalangan mereka sesama ahli PKR.

Saya tidak ingin mengulas panjang akan insiden ini memandangkan boleh di katakan seluruh Cabang PKR yang bertanding menentukan ketua mereka Kecoh dan tidak berjalan dengan lancar. malah terdapat juga Cabang cabang yang menyaksikan undi hantu dan juga Calon yang menang tampa bertanding akibat tiadaahli di sebuah Cabang tersebut.

Apa yang sebenarnya menjadi persoalan kita rakyat Malaysia adalah sikap Anwar Ibrahim yang waktu ini semacam tidak keruan dengan hal hal yang berlaku di seluruh Cabang Cabang PKR. Banyak sekutu rapat dan orang Kanan Anwar Ibrahim yang telah tewas di Cabang mereka sendiri walaupun mereka ini menjawat jawatan Penting dalam pentadbiran Pusat PKR.

Sebagai Contoh kekalahan Eli Wong yang mana merupakan orang kanan Anwar Ibrahim dalam mendapatkan Dana dari luar sememangnya memberikan Tamparan bagi Anwar Ibrahim dalam merangka gerak kerja yang seterusnya.

Peguam Utama Anwar Ibrahim dalam Kes Liwat R.Sivarasa juga turut tewas dan ini juga memberikan satu petanda kepada Anwar Ibrahim bahawa politik PKR sememangnya tidak boleh di jangka dan tidak memperdulikan siapa sahaja kerana mereka ini juga memerlukan Kuasa dalam mendapat agihan dari penyelewengan demi penyelewengan yang berlaku di dalam Negeri Pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat.

Sudah timbul desas desus yang Anwar Ibrahim akan mengadakan sidang tergempar bagi membatalkan segala keputusan pemilihan Cabang yang telah berjalan. Ianya juga di kuatkan lagi dengan permintaan dari orang kanan Anwar Ibrahim yang tewas bagi meminta Anwar Ibrahim melaksanakan pemilihan semula di setiap Cabang.

Namun hal ini tidak mendapat restu dari perwakilan yang bertanding terutama dari mereka yang telah menang pada pemilihan Cabang yang di adakan. Demokrasi yang di maksudkan dalam PKR sebenarnya sudah tidak Wujud dan menjadi semakin parah bila Diktator di gunakan dalam setiap cabang cabang yang bertanding.

Blogg Blogg lain akan berterusan memainkan isu ini jadi rasanya tidak perlu saya untuk mengulas panjang lebar sorotan kejadian yang berlaku dalam pemilihan Cabang PKR ini. Cuma ada beberapa pandangan saya dalam isu ini.

Jika di pemilihan Cabang PKR sudah Ribut dan Caca Merba sehinggakan Anwar Ibrahim bercadang untuk mengadakan Pemilihan semula dengan membatalkan segala keputusan yang telah di capai. Bagaimana jika Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri dan pilihanraya menyaksikan Pakatan rakyat tewas?

Jelas jika hal ini berlaku Anwar Ibrahim pastinya akan membatalkan keputusan Pilihanraya dan mengadakan semuala Pilihanraya demi kuasa yang di capainya. Ini lah sikap Anwar Ibrahim yang Diktator tampa mengira sempadan dan semangat Demokrasi janji dia Berkuasa.

Moga seluruh rakyat Malaysia sedar bahawasanya Anwar Ibrahim tidak layak menerajui Malaysia ini kerana dalam PKR sendiri pun Anwar Gagal mendemokrasikan pengikutnya.

No comments:

Post a Comment