Wednesday, August 11, 2010

STRATEGI UMNO & BN HARUS PERTIMBANGKAN UNTUK TARIK KAUM INDIA

Kenapa Dato Nalla & Parti MIUP Belum Diterima Sebagai Ahli Komponen Barisan Nasional?


Dasar menyerang Pembangkang yang dilaungkan oleh Pengerusi Barisan Nasional (BN) Dato Sri Najib Tun Razak telah disambut baik oleh UMNO Selangor dengan melancarkan SSDE yang berakhir hujung minggu lepas.

SSDE yang membawa kaedah ceramah umum serta format jelajah kawasan setiap daerah menampilkan beberapa tokoh penceramah dikalangan bekas pimpinan PKR.

Apabila menyaksikan barisan penceramah bekas pimpinan PKR yang diketuai oleh Senator Ezam dan rakan rakannya, terasa juga ketiadaan seorang lagi yang pernah berjuang bersama mereka tetapi tiada kemunculannya..

Tokoh yang dimaksudkan adalah Presiden MIUP - Malaysian Indian United Party, Dato S Nallakaruppan.

Sewaktu Dato Nalla mengumumkan keluar parti PKR beliau sedang mendahului pencalonan terbanyak jawatan Naib Presiden. Oleh kerana beliau dihalang untuk terus bertanding kerana mahu menjaga hati seseorang, maka Nalla memutuskan untuk meninggalkan parti itu..

Hari ini Dato Nalla sedang memimpin sebuah parti yang mahu membawa kaum serta masyarakat India kearah kehidupan lebih baik dibawah payung Barisan Nasional (BN). Penubuhan MIUP bukan satu omongan kosong dan keupayaan parti ini mengumpulkan puluhan ribu ahli hampir disetiap negeri dalam tempoh yang singkat adalah bukti Dato Nalla memiliki ciri ciri kepimpinan yang baik dan berkualiti.

Kemuculan Dato Nalla dalam mana mana program BN kebiasaannya sewaktu berlangsungnya sebarang kempen Pilihanraya Kecil (PRK). Dalam kempen PRK, Dato Nalla akan dibawa kesana kemari untuk berceramah dan menceritakan banyak cerita yang beliau tahu mengenai musuh utama BN. Ramai yang menanti nantikan kemunculan Nalla untuk mendengar cerita darinya.

Tetapi apabila berakhirnya kempen PRK maka lenyap seketika nama Nalla..

Kenapa tidak ada tokoh tokoh MIC yang mahu BN heret dan bawa ke pentas ceramah..? Mereka secara rasmi adalah ahli komponen BN.. Apakah pimpinan MIC dilihat gagal untuk menarik minat masyarakat India untuk hadir ke ceramah BN?

Seandainya BN merasakan Dato Nalla memiliki aura untuk membawa masyarakat kaum India kembali dan terus kekal bersama BN, janganlah hanya digunakan Nalla untuk kempen PRK sahaja. Berilah tanggungjawab yang lebih besar secara rasmi untuk digalas oleh Nalla dan MIUP. Peranan yang lebih besar kepada Nalla akan membolehkan beliau bergerak lebih efektif dan sebarang kejayaan menambah bilangan masyarakat India bersama kerajaan Dato Sri Najib akan menguntungkan BN.

Oleh yang demikian, BN harus menggunakan pelbagai kaedah untuk menjamin kemenangan PRU ke 13. Perlu diingat bahawa pada Mac. 2008, Pulau Pinang, Selangor tumbang dan kerajaan pusat hilang 2/3 Parlimen kerana kaum India tak mahu beri undi kepada BN disebabkan bencinya mereka kepada MIC menyumbang kepada faktor kekalahan ini. Natijahnya Presiden MIC Samy Vellu tertonggeng di Sungai Siput, Timbalan MIC Palanivel dikuburkan di Hulu Selangor, Naib Presiden MIC Sothianathan direndam di Teluk Kemang, mantan Ketua Pemuda MIC Vigneswaran dimandikan di Kota Raja dan Ketua Wanita MIC Komala Devi tertiarap di Kapar...

BN mestilah utilise all resources for upcoming General Election winning formula! Dato Nalla dan MIUP juga merupakan faktor dan elemen elemen penting bagi BN merealisasikan resources bagi menyuntik kemenangan khususnya dari kaum masyarakat India.

No comments:

Post a Comment