Monday, August 9, 2010

GELOMBANG KEBANGKITAN RAKYAT - SELAMATKAN SELANGOR DARUL EHSAN (SSDE)

Grand Finale Roadshow SSDE Malam Tadi...


Pusingan pertama siri roadshow selamatkan selangor darul ehsan tamat malam tadi, ceramah malam tadi sedikit terlajak sampai jam 12.10 malam, tak pe sikit je terlajak pun, ceramah di jalan kebun dimulakan oleh yb. datuk. khir tayo,

pada permulan ceramah datuk khir, semuanya berjalan lancar, masuk di pertengahan ceramah, terdapat sedikit gangguan dari barua-barua pas yang menyalak di kawasan gelap di sebelah pentas ceramah, mungkin malu dengan pendedahan khir toyo tentang bagai mana takutnya hasan ali dengan jelingan ronnie liw, barua-barua pas itu mula senyap.


Dalam ceramah datuk khir, dia mengulas mengenai negeri selangor menuju negeri bankrup apa bila satu persatu aset kerajaan negeri telah dan sedang di gadai oleh pemerintahan khalid gagap. terkini yang menjadi mangsa ialah yayasan selangor, berberapa bangunan yayasan selangor akan dijual oleh kerajaan negeri kepada pembeli dari singapura, malah tanah institut kemahiran yayasan selangor di bagan terap, kuala selangor sedang dalam usaha untuk dijual, malah bangunan yayasan selangor di kampung baru kuala lumpur hanya menanti masa untuk bertukar milik kerana sudah ada pembeli dari singapura yang berminat.

Ceramah datuk noh omar di mulakan dengan menjawab fitnah adun pkr sri muda yang kononnya dia dan datuk khir toyo bergaduh, diterangkan sejelas-jelasnya hubunggan dia dan khir toyo dan mereka hanya membuat fitnah untuk melaga-lagakan kepimpinan umno selangor, datuk noh turut mengulas isu pasir, bagaimana jahatnya kssb apa bila menamatkan kontrak syarikat pasir yang dimiliki oleh orang melayu dan melantik hanya 5 sahaja syarikat cina untuk menguruskan pasir diselangor dan 5 syarikat milik cina itu mendapat keistimewaan dari kssb, jika syarikat melayu kssb meminta deposit untuk mengeluarkan pasir tetapi 5 syarikat cina ini boleh membawa seberapa banyak pasir tetapi kssb tak mintak sesen pun deposit dari 5 syarikat itu.

Ezam mengambil tempat sebagai penceramah terakhir, sekali lagi ezam menegaskan yang anwar ibrahim memang menjadi agen dan alat yahudi untuk menghuru-harakan negara dan menggunakan dana yahudi amerika untuk perbelanjaan parti keadilan rakyat

Ezam juga turut mancabar wan azizah supaya menafikan yang dia pernah memberitahu ezam yang anwar benar seorang peliwat, tetapi sampai sekarang wan azizah tak berani nak menafikannya.

Ceramah grand finale roadshow ssde tamat kira-kira jam 12.10 malam, siri roadshow ssde dijangka akan disambung semula selepas hari raya aidil fitri. kita tunggu pusingan kedua roadshow ssde nanti, dijangka akan membongkarkan lebih banyak lagi penyelewengan kerajaan pakatan haram selangor.

No comments:

Post a Comment