Friday, June 11, 2010

STRATEGI PSY-WAR STRATEGIS PAKATAN RAKYAT


Artikel dari Gerakan Anti PKR



2 hari lepas,satu badan penyelidik bebas iaitu merdeka center telah menaik tarafkan graf populariti najib di khalayak media.

populariti najib telah meningkat naik sejak menduduki tahta kerusi perdana menteri. bayangkan tidak sampai setahun, peningkatan populariti ds najib mencanak naik dari 34% ke 72%.

atas platform dan barometer apa yang merdeka center gunakan untuk melayakkan pemberian bonus politik besar kepada populariti najib ?

adakah cukup dengan kajian menggunakan kaedah panggilan telefon secara rawak bisa memungkinkan indikasi secara jujur sokongan rakyat terhadap najib atau kaedah berdasarkan keputusan undian pilihanraya yang lebih tepat untuk dijadikan signal sokongan ?

adakah kajian peningkatan ini membayangkan citarasa rakyat yang tepat berpuas hati dengan prestasi najib atau kajian merdeka center ini punyai muslihat tersembunyi ?

apa yang jelas kajian merdeka center, terus terang tiada kredibel dan punyai muslihat untuk menjahanamkan karier politik najib.

secara umum kajian merdeka center yang memberikan graf sokongan yang meningkat dari kaum cina cukup memuskilkan aku. atas dasar apa ,bukti yang bagaimana merdeka center boleh berani melambungkan graf sokongan cina terhadap najib ?

kajian merdeka center jika dibandingkan dengan pola pengundian undi cina dalam pilihanraya cukup jauh bezanya.

sejak daripada prk parlimen kuala trengganu,pkr parlimen bukit gantang,prk parlimen hulu selangor dan prk sibu,jelas signal pengundi cina sebenarnya memihak kepada calon pakatan dan mereka menolak najib.

kuala tengganu pengundi cina di bandar telah memenangkan wahid endut.bukit gantang hampir 85% pengundi kuala sepetang memilih nizar. begitu juga yang berlaku di hulu selangor dan lebih teruk di sibu.

jadi,apa muslihat besar untuk merdeka center tiba-tiba mahu melambungkan bontot najib kononnya dia mendapat sokongan secara total dari cina? merdeka center pembohong.

siapa di belakang merdeka center ? dia adalah ibrahim sufian. anak didik khalid jafar liberalis melayu dan rakan propaganda anwar.khalid jafar bekas bos besar institut kajian dasar (IKD) yang menjadi badan think tank semasa anwar menjadi timbalan perdana menteri.

khalid jafar pernah meletakkan taraf nabi muhammad saw sama dengan district officer (DO) sewaktu pembentangan kertas kerja di IKD beberapa tahun yang lepas.

ibrahim sufian banyak terhutang budi dengan khalid jafar,banyak buku ibrahim sufian ditaja oleh khalid jafar.

serangan politik anwar bukan sehala. ia banyak hala. samada secara direct,halus,belakang dan segalanya asalkan matlamatnya mahu menumbangkan musuh tercapai.

begitu jugalah seperti yang sedang berlaku sekarang. anwar memuji najib dengan faktual kajian dan angka-angka palsu, bikinan NGO peliharaan beliau seperti merdeka center.

cukup hairan, apabila statistik palsu sokongan rakyat terhadap najib juga menjadi berita utama dalam web anti najib seperti malaysiakini dan malaysian insider.

apa kejadahnya untuk seorang musuh mempopularkan nama musuhnya. bodoh atau sengaja dirancang dengan tipu muslihat yang cukup rapi. matlamat mahu melalaikan najib.

merdeka center punyai kaitan dengan propagandis anwar bernama bridget welsh. di mata masyarakat bridget dikenali sebagai profesor di john hopkins universiti ,yang membuat kajian tentang politik asia tenggara dan malaysia. kita tahu bridget welsh adalah seorang agen CIA.

di belakang bridget welsh lah terdapatnya funder utama merdeka center.merdeka center dibiayai oleh IRI (international republican institute) dan FNST (Friedrich Naumann Stiftung ).

anwar punyai kaitan langsung dengan kesemua individu dan agensi di atas. apa untungnya untuk kesemua agensi diatas menyatakan sokongan dan memuji musuh anwar iaitu najib, jika ia tiada muslihat di sebaliknya ?

najib, tolong jangan percaya cakap barua zionis ni. kajian merdeka center bersikap palsu dan penuh tipu daya.

kajian bloger lagi tepat. macam kami. kami cakap tak pandang kiri kanan. kalau betul kami sokong, kalau salah kami balun.

seperti contoh, kajian dan jangkaan kami pada pru ke 13 nanti. kalau tiada rombakan dalam pimpinan umno selangor, jangan harap umno boleh rampas selangor balik pada pru ke 13 nanti !

sewajarnya... sebaiknya, serangan ke atas pakatan selangor 'diswastakan' kepada kami. kami ada paper work,kami ada bahan,kami ada xxxxxx.kami boleh tonggang ter balikkan pakatan selangor dalam masa 6 bulan ! detail tak boleh cerita dalam blog. ini rahsia perniagaan.
.
.

No comments:

Post a Comment