Thursday, June 10, 2010

PKR PENUH KRONISME : KONGRES WANITA DIPULAU ANAK KETUA WANITA DAPAT ANUGERAH WALAU TAK LAYAK

Wanita PKR keluar bila anak Zuraidah diberi Anugerah


Kongres Wanita pada 28 MEI 2010 juga menarik. Dahlah pewakilan tak ramai iaitu 300 orang sahaja hingga terpaksa top up dengan pemerhati bagi meramaikan majlis. Adalah ramai pemimpin yang hadir seperti MUSTAFA KAMIL AYUB, RODZIAH ISMAIL dan GOBALAKRISHNAN.

Ramai juga pewakilan yang berbahas ucapan dasar Zuraidah Kamaruddin teapi semuanya mengutuk dia.

Perwakilan dari Sabah kutuk Zuraidah Kamaruddin gagal menjalankan tanggungjawabnya sebagai Ketua Wanita kerana tidak turun padang menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh Wanita Negeri tu.

Dia juga kecewa kerana masa PRK Sibu, Zuraidah hanya antar 8 orang Exco Pusat daripada 53 Exco yang ada bagi membantu jentera kempen Wanita.

Yang pewakilan paling marah sekali ialah kerana depa kena bayar tiket sendiri untuk hadir kongres Wanita di Kota Bahru tempohari.

Masa Kongres Wanita juga ada program penyampaian anugerah khas kepada ahli-ahlinya yang berjaya menunjukkan komitmen dan sekali gus mengangkat nama parti bertema “Anugerah Wanita Berdaya Harapan Negara”.

15 perwakilan dipilih menerima anugerah khas ini antaranya ZURAIDAH KAMARUDDIN dan anak perempuannya.

Apa yang menarik, selepas pengumuman senarai penerima, ramai perwakilan dan pemerhati bertindak keluar dewan kerana mempertikai pemilihan anak ZURAIDAH KAMARUDDIN iaitu FARAH AFZAN FARIDI, Timb. Ketua Srikandi PKR Pusat sebagai salah seorang penerima anugerah tersebut.

Mereka kata Zuraidah Kamarudin sendiri mengamalkan konsep kronisme kerana anaknya yang tidak memberikan sumbangan ynag besar terhadap parti berbanding ahli-ahli wanita yang lain turut menerima anugerah.

Terdapat juga perwakilan yang mempertikai senarai penerima anugerah tersebut kerana majoriti penerimanya adalah dari kalangan Exco Pusat sahaja. Masa tu ramai pewakilan yang dah keluar dewan dan pergi ke pasar Siti Khadijah untuk beli kain batik.

Ramai percaya FUZIAH SALLEH berupaya mengalahkan Zuraidah tahun depan untuk jawatan Ketua Wanita PKR.
.

No comments:

Post a Comment