Friday, June 18, 2010

PENDEDAHAN : KELANTAN FIESTA 2010 DISABOTAJ PM SELAMAT



Di saat blog-blog pro pembangkang sibuk mencanangkan kegagalan majlis perasmian Kelantan Fiesta 2010, tetapi apa yang saya nampak tiada satu pun media atau blog pro kerajaan tampil menjelaskan kedaaan sebenar.

Pada saya kita tidak boleh salahkan blog-blog pro PAS atau PKR jika mereka memutar belitkan cerita sebenar. Itu kerja mereka, maka mereka kena lakukannya. Tak mungkin kita nak harap mereka pula yang nak jelaskan bagi pihak kita. Klik di sini

PROGRAM OLEH PM NAJIB

Hari rabu PM mengadakan lawatan rasmi sehari ke Kelantan. Bermula dari pagi hingga ke malam. Pagi di Kota Bharu, petang di Tumpat. Ribuan orang hadir dalam program PM di kedua-dua tempat berkenaan.

Malah PM mengambil langkah lebih berani lagi apabila memasuki 'Zon Pas' iaitu sekitar bangunan PAS Kota Bharu dan sempat makan tengahari di sebuah restoran yang berada di sebelah bangunan PAS.

Kemudian pada sebelah petang pula PM menghadiri perhimpunan dengan masyarakat siam di Tumpat. Lebih kurang 8000 orang rakyat Kelantan hadir pada majlis tersebut , bukan setakat siam sahaja dengan yang melayu-melayu pun turut hadir.

Pada sebelah malamnya mengikut jadual asal PM sepatutnya hadir merasmikan Fiesta Kelantan 2010 di Stadium Sultan Mohammad IV di Kota Bharu.

PEMBATALAN PERASMIAN PROGRAM OLEH PM

Tetapi program tersebut terpaksa dibatalkan kerana saya difahamkan ada usaha mensabotaj program itu akibat dari tindakan penganjur yang membatalkan ucapan Nik Aziz dalam majlis itu dan juga kerana hujan lebat yang melanda Kota Bharu sejak dari jam 8.00 hingga 11.00 malam.

Sebab utama ucapan Nik Aziz terpaksa dibatalkan ialah kerana tidak mahu peristiwa Nik Aziz mengambil kesempatan untuk 'berceramah politik' dalam program itu, sepertimana yang pernah terjadi sewaktu Nik Aziz berucap di majlis pelancaran ECER beberapa tahun lepas yang dirasmikan oleh PM ketika itu, iaitu Pak Lah.

Berang akibat slot Nik Aziz berucap dibatalkan, maka puak-puak PAS mula buat hal. Selepas sahaja mereka tahu perkara itu, saya difahamkan mereka terus ke stadium mengambil balik kerusi-kerusi milik agensi kerajaan negeri di pentas utama yang telah disiapkan susun aturnya.

Punca utama mereka berang kerana niat jahat mereka untuk memalukan PM di depan rakyat Kelantan melalui ucapan Nik Aziz tidak kesampaian. Pengalaman lepas sudah ada, mengapa pula kita nak biarkan ianya berulang. Bodohlah seseorang itu kalau nak biarkan dirinya dipatuk ular di lubang yang sama sebanyak dua kali.

BEKALAN ELEKTRIK DISABOTAJ

Usaha untuk mensabotajkan majlis tersebut tidak berakhir disitu. Saya difahamkan juga bekalan eletrik yang terputus di stadium semasa Tok Pa hendak merasmikan majlis itu adalah sebahagian dari usaha sabotaj yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu.



KELANTAN KONONNYA DIJAGA PENGAWAL LANGIT DAN BUMI

Saya sungguh terkejut apabila membaca tulisan yang ditulis oleh exco tolol Kelantan di sini,kononnya hujan ribut yang melanda Kelantan semalam dan bekalan eletrik yang terputus di stadium adalah kerana eratnya Kelantan dijaga oleh pengawal langit dan bumi.

Saya tidak nafikan dan semua orang ramai tahu yang muka bumi ini dijaga oleh pengawal langit dan bumi. Bukan sahaja Kelantan, malah seluruh dunia. Sebagai orang Islam kita wajib percaya kepada Allah.

Tetapi kenyataan bangang dari exco tolol berkenaan bertujuan nak mengelirukan orang ramai. Walaupun tidak diberitahu secara terus terang dalam tulisannya tetapi dia cuba memberi gambaran kononnya Kelantan yang dipimpin oleh Nik Aziz ada 'mukjizat' atau karamah tertentu, sehinggakan orang yang mengusik atau menentangnya akan diberi balasan serta merta.

Kalau Kelantan erat dijaga oleh pengawal langit dan bumi tiadalah banjir besar yang melanda Kelantan setiap tahun sampai tenggelam bandar Kota Bharu.

Kalau Kelantan dijaga erat tiadalah kemarau panjang sampai berbulan-bulan melanda Kelantan hinggakan padi mati ,buah kayu tak menjadi dan bekalan air di Kelantan terganggu berbulan-bulan.

KEBERKATAN KEHADIRAN PEMIMPIN

Aku pun boleh kata kehadiran PM ke Kelantan semalam membawa berkat, kerana hujan turun dengan lebatnya setelah berbulan-bulan rakyat Kelantan menunggu hujan.



KUMPULAN GERILA ALA MILITAN DI KELANTAN

Habis cerita bab exco tolol, masuk pula cerita kononnya program ala- ala gerila telah wujud di Kelantan seperti yang diceritakan di sini. Dari Kota Bharu hingga ke Pengkalan Chepa mereka 'buru' PM. Perkara ini perlu diberi perhatian serius oleh Polis. Apakah Malaysia sudah menjadi seperti Sri Lanka ?

Sebelum ini kita sering mendengar nama gerila dikaitkan dengan Gerila Tiger Tamil Eelam di Sri Lanka. Tetapi sekarang nampaknya gerila juga telah wujud di Kelantan. Jangan biarkan pemimpin kita berada dalam keadaan bahaya. Polis harus siasat siapakah dalang di sebalik NGO yang bertindak sebagai gerila itu.

ALLAH MAHA BERKUASA - USAHA MEMALUKAN PM TIDAK BERJAYA

Sehebat-hebat perancangan manusia , hebat lagi perancangan Allah. Semua niat jahat PAS untuk memalukan PM di Kelantan tidak menjadi dan dipatahkan satu persatu.

Nik Aziz nak malukan PM dalam ucapan perasmian Kelantan Fiesta- Tidak menjadi

Nak sabotaj program PM di Stadium- Tidak menjadi

Nak buat program ala-ala gerila depan PM- Tidak menjadi.

Itulah wajah sebenar sebuah parti yang kononnya berjuang atas prinsip Islam. Perangai mengalahkan syaitan dan iblis.

PERLUKAN KELANTAN TERUS DIBANTU - DIBAWAH PAS?

Bila melihat apa yang mereka buat kepada PM, maka saya rasa cukup sudahlah Kerajaan Pusat nak tolong lagi Kerajaan Kelantan. Manusia seperti itu tidak perlu ditolong.

Sumber : Ruang Bicara Faisal

No comments:

Post a Comment