Friday, June 11, 2010

ISU JUDI : KELIRU? IKUTI ULASAN NIK AZIZ DAN MAT SABU

Nik Aziz Pernah Lulus 44 Lesen Arak, Anwar Pernah Lulus 9 Jenis Judi

Kerajaan PAS Kelantan pimpinan Nik Aziz Nik Mat pernah meluluskan 44 lesen arak di negeri Kelantan. "PAS mengakui meluluskan 44 lesen penjualan arak di negeri ini dan tidak berhasrat untuk mengharamkan penjualan minuman itu dengan alasan Islam tidak menegah masyarakat bukan Islam menikmatinya" demikian ulasan pihak kerajaan negeri Kelantan.

"Kelantan menggunakan hasil cukai arak, lesen anjing dan sebagainya bagi menampung kos membuat jalan dan lain-lain projek pembangunan. Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam, jadi bila minum oleh mereka, maka untuk menjaga keselamatan kerajaan mengambil duit dari mana." - kata Nik Aziz dalam Utusan Malaysia, 26 November 1994.


"Pada mula saya masuk dahulu saya dapati daripada empat jenis judi dikeluarkan tetapi apabila Anwar menjadi Menteri Kewangan, judi yang telah dihalalkannya telah bertambah menjadi sembilan jenis termasuk judi lumba kuda. Dahulu ada tiga tempat judi lumba kuda iaitu Ipoh, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Apabila dia menjadi Menteri Kewangan, ia telah bertambah di Sabah sehingga menimbulkan kemarahan ahli-ahli Parlimen di sana dan juga menimbul bantahan di Sarawak apabila judi lumba kuda juga hendak diwujudkan di sana.

Begitu juga Genting Highlands menjadi pusat judi ketiga besar di dunia sekarang di bawah Menteri Kewangan yang berkuasa sekarang ini. Jadi, apabila saya ceritakan perkara ini kepada Jemaat Islami itu, mereka terkejut" demikian ulas Mohammad Sabu
pada 14 Jun 1998, jam 11.15, di pejabat urusan TAMADUN. Anwar Ibrahim pernah luluskan empat jenis judi dan judi lumba kuda semasa menjadi Menteri Kewangan, Nik Aziz pula pernah luluskan 44 lesen arak di Kelantan. Cerita ini mungkin tidak diketahui oleh orang-orang PAS dan PKR. Apa pendapat mereka jika tahu cerita ini?

No comments:

Post a Comment