Monday, April 12, 2010

MIC MCA GERAKAN - BEBAN & PEMBAWA MASALAH KEPADA BN

Salam Perjuangan...

Nak boh ayat ringkas tapi padat...

MCA - Imej keseluruhan parti kotor, Pemimpin utama ada skandal seks, berpecah belah, tak buat kerja di kawasan, kenajikan masyarakat cina terutamanya terabai, ramai ahli MCA sokong ideologi DAP dan nak tuntut kesamarataan & minta lebih dari melayu... rakyat tak respek MCA lagi dah...

MIC - Imej keseluruhan - dibenci kaum india sendiri, kaum india meluat tengok DS S.Samy, terlampau syok sendiri sampai x berpijak realiti semasa masyarakat india... gagal bela kaum india dan pemimpin MIC tak jaga kawasan - org marah ... kebanyakan ahli terpengaruh dengan HINDRAF dan nak lebih dari melayu... rakyat & masyarakat india meluat dengan politiking MIC lebih-lebih lagi S. Sammy sendiri...

GERAKAN - sejak kalah sampai sekarang ahlinya tak buat kerja... sebaliknya ramai ahli sabotaj UMNO di P.Pinang atas alasan nak sokong kerajaan cina P.Pinang... ahli Gerakan cina majoroti sokong idea DAP Malaysia Malaysian... tak ada program pemerkasaan & pemulihan Gerakan... segalanya berterabur hinggakan Gerakan gagal jaga masyarakat cina & telah diambil kesempatan DAP untuk tanam pengaruh...


Awang Selamat: Perwakilan MCA laku kesilapan pilih Chua
Apr 11, 10 1:39pm
Kolumnis kontroversi Mingguan Malaysia, Awang Selamat secara terbuka menegaskan bahawa perwakilan MCA telah melakukan kesilapan dengan memilihkan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek sebagai presiden parti itu.

"Apa yang berlaku seolah-olah MCA ketandusan pemimpin dan tidak berani menyandar harapan kepada pemimpin pelapis," tulis Awang dalam kolum mingguannya.

Awang mendakwa perwakilan parti itu - yang merupakan komponen BN - gagal membawa aspirasi masyarakat Malaysia dalam memilih pemimpin yang terbaik dalam semua aspek terutama akhlak.

"Soi Lek sepatutnya besar dan tidak semestinya bertanding hanya kerana ada sokongan daripada ahli MCA.

"Skandal tersebut adalah sesuatu yang serius. Pemimpin harus bersih atau setidak-tidaknya kelihatan bersih," tambahnya.





MIC telah mengemukakan nama timbalan presidennya, Datuk G Palanivel untuk sekali lagi bertanding di situ. Dalam pilihan raya umum 2008, Palanivel tewas kepada calon PKR, Datuk Zainal Abidin yang meninggal dunia baru-baru ini kerana barah otak.

Umno bahagian yang sebelum ini mendesak supaya calonnya dipilih bertanding di situ, kemudiannya akur dengan keputusan Najib tetapi menegaskan mereka tidak mahu Palanivel dicalonkan semula.

Awang menulis bahawa pemulihan sokongan masyarakat India belum meyakinkan, yang menurutnya, ada kaitan juga dengan faktor presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu.

"Bila lagi beliau mahu berundur? Walaupun Samy Vellu pernah membayangkan sudah mempunyai pelan peralihan tetapi semuanya masih kabur, seolah-olah beliau mahu terus memimpin MIC sehingga pilihan raya umum depan.

"Pada Awang, isu Samy Vellu lebih menarik daripada pilih raya kecil. Jika beliau mahu membantu kejayaan BN pada pilihan raya itu nanti, maka lebih elok jika beliau mengumumkan pelan peralihan dalam masa terdekat.

No comments:

Post a Comment