Salam Perjuangan
Mereka Sudah Keluar yang lain apa tunggu lagi... kapal dah nak karam.... seorang rakan bekas orang kuat REKORMASI/REFORMIS berkata tidak hairan keadaan ini berlaku... " Anwar bukanlah sebaik yang disangka... isu gelap banyak" & " PKR ni parti one man show... lain-lain puppet je"... bateri 3AAA pun dah nak abis (merujuk Anwar, Azizah dan Azmin)"....
Terkini 19 April 2010 Dr Halili Rahmat sudah keluar PKR rentetan ANwar Aljuburi lebih mementingkan calon sekular dan suka minum sambil main kuda menjadi calon PKR di Hulu Selangor mengetepikan prinsip perjuangan dan anak tempatan demi memenuhi tuntutan DAP. Dr. Halili salah seorang doktor peribadi Anwar dan insan yang begitu hampir dengan Anwar hingga berpeluang menemani Anwar ke German untuk rawatan tulang belakang sebaik bebas dari tahanan.
Apapun marilah kita memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT rakan-rakan dan sahabat kita ini menerima hidayah dan terbuka hatinya untuk memilih jalan yang benar... jalan yang tidak menghalalkan apa jua cara dan tindakan walaupun haram demi mencapai matlamat... jalan yang tidak perlu menjual Agama, Bangsa & Negara... Jalan yang tidak perlu bersekongkol dengan anasir luar dengan mengkhianati negara...
Hasrat, Visi, Wawasan dan objektif sebenar sewaktu awal penubuhan PKR ini semasa gerakan reformasi telah jauh... amat jauh terpesong... impian dan harapan perjuangan dalam PKR dahulu yang mahu memperkasa dan menyatukan bangsa malaysia dilihat kini sudah berkecai kerana PKR menjadi alat seorang individu untuk berkuasa dengan menghalalkan apajua cara demi matlamat kuasa beliau... malah sanggup mengorbankan, mengetepikan dan mengkhianati sesiapa sahaja malahan agama dan maysrakat serta negara hanya demi matlamat kuasa itu...
Lihatlah berapa ramai telah meninggalkan PKR... golongan yang sama-sama susah dan ditekan sewaktu gerakan reformasi sudah lama meninggalkan PKR kerana tahu ianya telah terpesong sama sekali... yang tinggal kini hanyalah golongan opurtunis dan mereka yang dahagakan kuasa, harta dan keduniaan... golongan reformis tulen telah jauh meninggalkan PKR kerana angkara korban keadaan setelah Anwar, Azizah & Azmin (3A) menunjukkan taring, belang dan wajah sebenar mereka...
Krisis moral dan skandal serta salah guna kuasa dalam pentadbiran Pakatan terang-terang berlaku daripada adegan 'bogel' hinggalah 'liwat'... skandal dengan bini orang malahan salah guna kemudahan kerajaaan negeri juga rampasan bersifat kepartian atas kemudahan untuk rakyat... malahan penindasan dan peminggiran sistematik 'melayu' dilakukan atas nama kesama rataan / keterlusan... mana janji manis mu PAKATAN RAKYAT?
Kepada rakyat dan masyarakat... insaflah... perjuangan ini (PKR) akan menggadaikan dan memusnahkan masa depan serta keharmonian yg telah kita bina puluhan tahun lalu setelah merdeka... anak, cucu dan generasi mendatang bakal merana... pilihan jelas dihadapan anda... terbukti tindakan PKR dan Pakatan telah merobek hati kita semua... malahan janji manis sebelum pilihan raya kini tinggal janji sahaja....
Berikut senarai PEMIMPIN & TOKOH yang telah meninggalkan PKR kerana mengetahu keadaan sebenar PKR dan Pakatan Rakyat itu sendiri...Kerusi Parlimen
- Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed
- Ahli Parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng
- Ahli Parlimen Bagan Serai Mohsin Shamsuri
- Ahli Parlimen Kulim Baru Zulkifli Nordin
- Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail - mempertimbangkan meninggalkan PKR
- Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam - mempertimbangkan meninggalkan PKR
- Datuk Rashid Din (Merbok) - mempertimbangkan meninggalkan PKR
- Wee Choo Keong (Wangsa Maju) - mempertimbangkan meninggalkan PKR
- Loh Gwo-Burne (Kelana Jaya) - mempertimbangkan meninggalkan PKR
- Mohd Yusmadi Yusoff (Balik Pulau) - mempertimbangkan meninggalkan PKR
Kerusi DUN
- Adun Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi
- Adun Changkat Jering, Kapten (B) Mohd. Osman Jailu
- Adun Ngemah, Gabriel Adit Demong
- Adun Lunas, Md Radzi Salleh
- Adun Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah
- ADUN Bukit Selambau, V. Arumugam
- Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kurau, Abdul Yunus Jamhari - mempertimbangkan meninggalkan PKR
1. bekas Timbalan Presiden, Dr. Chandra Muzaffar,
2. bekas Ketua Angkatan Muda, Ezam Mohd. Noor,
3. Ketua Penerangan, Ruslan Kassim
4. Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Zainur Zakaria
5. Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Datuk S. Nallakarupan.
6. pimpinan awal ketika PKR mula ditubuhkan seperti bekas Naib Presiden, Marina Yusuff
7. pimpinan awal ketika PKR mula ditubuhkan Bekas Setiausaha Agung, Mohd. Annuar Tahir
8. bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari
9. bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan iaitu Lokman Noor Adam
10. bekas Naib Ketua Pemuda Keadilan, Muhammad Zahid Md. Arip
11. bekas Timbalan Pengarah Pilihan Raya Keadilan, Hamdan Taha.
12. Bekas Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Salehuddin Hashim
13. Setiausaha Pergerakan Pemuda PKR Sabah, Faizal Julaili
14. Setiausaha PKR bahagian Papar, Awang Mumin Awang Marali
15. bekas Bendahari Agung, Abdul Rahman Osman
16. bekas naib presiden PKR, Saidatul Badru Tun Said Keruak
17. Naib Presiden, Jeffrey Kitingan,
18. ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Christina Liew
19. Ketua Angkatan Muda (AMK) Kuala Selangor , Nazaruddin Darmawan
20. Ketua Wanita Kuala Selangor, Fauziah Sulaiman
21. bekas calon PKR teluk kemang/ antara pengasas PKR Abdul Manap Shahardin
22. Bendahari Parti Keadilan Rakyat (PKR) Hulu Selangor Datuk Dr Halili Rahmat 23. Ketua PKR Tanjung Malim / Ketua Penerangan PKR Perak Soraya Sulaiman 24. Timbalan Ketua PKR Bagan Serai Roshanita Mohd Basir
Janji Allah amat nyata... kebenaran pasti menewaskan kebatilan... Kepada Allah berserah segalanya....
siapa lagi nama besar tinggalkan PKR / Pakatan klu boleh kengkawan kongsikan maklumat....
ReplyDeletenabi kalau dia nak pikir bangsa, dah lama tak da melayu yop. jangan lah asobiah sangat.
ReplyDeletenabi dah gi tau siapa yang asobiah adalah bukan kalangan aku.
mu nie yahudi mana???
dalam kuboq nanti dia tak tanye bahasa ko bangsa apa.
pegi lar blajo agama tak perlu lah malaikat ajaq hang nie yop.
cuba ngok darah hang tu yop, ntah-ntah lagi teruk dari kawe???
ntah datang dari bangsa mana ntah lu nie.
yang ada allah bagi tau semua nie tak kire lar makan budu ka tak sume datang dari 1 tanah. dari nabi adam. plak 2 hina dari air mani.
selagi terbuka pintu taubat buat manusia dan selagi bumi tidak bergerak untuk dilipat. bawa-bawa taubat.
ReplyDeleterosmah n najib tak da tolong jawap soalan kuboq untuk hangpa atau deme.
belajo hukum dosa pahala ok, baru tau apa yang nik aziz cakap tu betoi atau dak.
dacing bn tak pakai kat akhirat nanti tapi neraca allah yang akan menimbang.
itu pun tak cukup yang boleh bawa kamu masuk syurga adalah syafaat nabi.
tu nik aziz kata siapa masuk pas boleh masuk syurga menyambung perjuangan para nabi bukan tunku abd rahman.
insaf lar woi.....
kepada Anonymous yang sibuk suruh org taubat...
ReplyDeleteBangsa yg mendokong Islam di Msia ni bangsa apa? cina ker? ker bangsa melayu... salah ker sokong melayu dalam masa sama memartabatkan agama... sebab jelas cabaran di tanahair ini (bukan kat arab) dari bangsa lain kafir cina & india
Siapa Asobiah? apa maksud sebenar asobiah ni? kalau sesama Islam mementingkan kaum dia sahaja memang asobiah... macam org kelantan memang betul asobiah... asobiah kenegerian dia nampak dan dijulang2...
tapi kalau tolak saudara seagama Islam... tapi sanggup bersekongkol dengan Kafir Harbi yg terang kata nak tubuh negara Islam langkah mayat dia... maksud dia tentang Islam secara terbuka... tu kita nak panggil apa???
dan kalau org itu pulak merelakan agamanya digunakan kafir harbi ini untuk mengelirukan ummah dengan benarkan/halalkan kafir ni membaca & menerangkan tafsiran ayat Al-Quran ikut sedap dia sampai claim dia lagi faham dari org beragama Islam... sokong kalimah Allah digunakan kafir dan diutafsir sebagai tuhan trinity... tu kita nak panggil apa??? fikir sikit...
golongan yang gunakan Islam semata-mata nak dapat kuasa... dengan keluarkan fatwa & kenyataan bersandarkan agama yg menghalalkan perbuatan yg HARAM/SALAH demi sokong keputusan politik atau demi backing sekongkol politik KAFIR... sampai bogel ker... rasuah ker... salah guna kuasa ker... halal tu nak buboh hukum apatu????
betul Rosmah ker Najib ker mana-mana manusia walau NIK AZIZ pun tak dapat membantu kita di neraca keadilan Allah di Akhirat nanti... walau sesetangah tu tgk gambar nik Aziz kata dapat pahala... he he he
sekarang siapa yg kena belajar tentang ISLAM yg sebenar-benarnya? Sokong PAS masuk syurga? guna hukum mana? PAS menyambung perjuangan Nabi??? dekat ciri-ciri yg mana??? apakah dengan bersekongkol dengan KAFIR HARBI, lacurkan agama sebab KAFIR HARBI, perkudakan agama untuk dptkan sokongan... mainkan hukum HALAL, HARAM, SURGA ,NERAKA, ISLAM... demi memujuk, menakutkan ummah menyokong mereka... itu cara Nabi ke???
Sekarang rasa-rasa siapa yg perlu bertaubat??? siapa yg confirm tak dapat syafaat nabi... rasa-rasa bersekongkol dan bekerjasama dengan KAFIR HARBI hancurkan ISLAM demi kuasa dapat ke syafaat nabi...
fikir-fikirlah se dalamnya ya... kemudian nasihatkanlah diri kamu untuk bertaubat seterusnya menarik diri dari menyokong aktiviti menjahanamkan Negara, Islam dan Bangsa...
"Kerana sebenarnya bukan mata yang buta, TETAPI YANG BUTA IALAH HATI DI DALAM DADA.” (Surah al-Hajj, ayat 46)...
Kepada Allah berserah...
aku dulu sokong pakatan... sekarang hampeh... kita ditipu... semua kroni depa kaut... kata kerajaan kroni lah... padahal sekarang depa lagi teruk... naik tocang gila... mampuslah hangpa semua tunggu pilihanraya sekali lagi conpem jahanam kami bagi pejatuh Pakatan Tipu Rakyat ni....
ReplyDeleteSumpahan Saiful Bukhari dengan nama Allah Azzawajalla atas perbuatan keji Anwar telah mula menampakkan kesan...
ReplyDeletebencana, bala dan malapetaka satu persatu menimpa Anwar dan mereka serta organisasi yang hampir dengan Anwar...
Allah Maha Besar.... hukuman cash di dunia bakal diterima Anwar dan mereka yang bersekongkol dengannya... Ingat lah Azab Allah itu maha pedih... kepada Allah kita berserah
umno merupakan cerminan pada realiti masyarakat melayu sekarang. pijak memijak, dengki mendengki, smua tu berlaku skarang ni. klau kte tngok blik, sprti apa yang umum tau, melayu ni agak panas punggong tgk org len brjaya, xkira pada kaum mne(sesama melayu pn sama). pada pihak yang berkuasa plak, saling lpe diri dengan kuasa yang ada. umno tu, asas perjuangan parti tah kemana. masyarakat melayu hanya didekati ble mlibatkan kepentingan umno.
ReplyDeletecukup dengan ganjaran secebis disertakan dengan slogan & propaganda umno, dapat membuatkan melayu khususnya penyokong fanatik umno menjulang tinggi parti tu.
masyarakat melayu yang kne sedar, parti PAS adalah parti yang terbaik untuk melayu-muslim & bukan melayu-muslim. pada yang mempersoalkan apa yang sama pada perjuangan pas & perjuangan nabi, masih xnmpak lagi ke, asas penubuhan parti tu sndri untuk memperjuangkan islam. dan dari dulu sampai sekarang, semangat perjuangan PAS xpernah lari dari memartabatkan islam. NABI MUHAMMAD sendiri prnah bersabda yang brg siapa yang berpegang pada AL-QURAN & SUNNAHNYA, pasti xakan sesat.
kte tgk sndri realiti pmimpin antara UMNO & PAS. NABI MUHAMMAD sntiasa bersederhana & mengutamakan umatnya. pemimpin umno pula klau dilihat, dengan rumah masing2 yang mengalahkan istana cukup serba-serbi dalam & luar negara, berbelanja kesana kemari, smua bnda dibeli, xcukup dlm MALAYSIA, rembat barang luar negara. smua tu branded2 belaka. bkn satu yang dibeli, keliling pinggang smua tu. dah dok perabis barang luar, pastu dok sibok ckp "belilah barangan buatan malaysia". dibandingkan dengan pimpinan PAS pulak, tgk saja rumah mereka, standard rumah2 kampung je. xperlu nak bermewah2. klau xpercaya, aku cabar smua yang fanatik sangat dengan umno tu, gi round2 satu MALAYSIA ni, perhati dan nilai pe yang aku cakap ni. bandngkan pemimpin mana yang menjulang perjuangan nabi, yang mana makin jauh dengan perjuangan & sunnah nabi.
klau nak diikutkan, apa yang aku cakap kat sini pasti dibalas balik dngan para UMNOAN sekalian.
kata2 aku ni bukanlah nak mengutu korang yang fanatik sangat dengan UMNO, sekadar nak korang fikir balik. apa yang aku ckp ni fakta2 belaka, fikir2kan...
kalu btol2 hati kt ikhlas berjuang untuk islam...kt blh nampk dgn jelas baik dan buruknya...rase2nye smua dah ckup dewasa untuk membuat perbandingan..ckplah ape pon BN kafir ke Pas kafir ke..y nyata kt smua manusia...x lari dari kesilapan..Kawan2 smua...jk hendak memilih pemimpin pilih la kerana iman nye..kerana agamanya..adakah pemimpin kt sekarng btol2 memimpin secara islam sedangkan tudung pon x pakai...dah jelas dan nyata...perintah Allah menutup aurat dan Menjaga Akidah diabaikan apatah lagi yang lain...
ReplyDeleteDan senarai itu semakin bertambah termasuk Gopalakrihnan.
ReplyDelete