Tuesday, March 16, 2010

PEMIMPIN PAS NEGERI KELANTAN DERHAKA : RAJA PEREMPUAN KELANTAN SEDIH & KECEWA

Salam Perjuangan...

Senang cerita... dendam Nik Aziz pada Tuanku Ismail Petra masih menyala... kerana Tuanku merupakan pemangku sultan yang tidak memperkenankan pembubaran DUN sewaktu krisis UMNO-PAS yang akhirnya membawa kepada darurat di negeri Kelantan dan pada pilihanraya semula Kelantan ditawam UMNO-BN hinggakan PAS hanya kekal 2 kerusi DUN. Itulah wayang tok guru yang warak rupanya masih menebak dendam berkenaan... itukah sikap org Islam???

Belum lagi memerintah kerajaan Pusat dah buat perangai sebegitu sekali... derhaka kepada Raja/Sultan... kalau jadi pemerintah pusat entah-entah YDP Agong di lanyaknya... terbukti kepimpinan PAS jahil dan tidak mendokong institusi raja... dahulu kes di PERAK ... nizar menderhaka kepada sultan sebab nak menangkan cina... sekarang Nik Aziz derhaka sebab dendam kesumat...

Mohon Allah berikan petunjuk dan segera memberikan kesembuhan kepada YMM Sultan Kelantan.... Amin

Kepada Allah Berserah

Baca Petikan Berikut - Sumber Utusan

KOTA BHARU 15 Mac – Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid secara terbuka menyatakan dukacita dengan sikap kerajaan negeri sepanjang Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra menerima rawatan di Pusat Perubatan Mount Elizabeth, Singapura.

Dengan suara sedikit tersekat, baginda yang menahan sebak bertitah, sikap kerajaan negeri ternyata berlainan dengan Kerajaan Pusat sejak baginda berada di sana mulai 24 Mei tahun lalu.

Titah baginda, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan para menteri Kabinet malah mantan Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew juga kerap datang.

Bagaimanapun, Tengku Anis hanya sempat bertitah kira-kira tiga minit apabila sebak dan Tengku Merjan menyambung ucapan.

Tengku Merjan menyatakan kehairanan dengan sikap pimpinan negeri masa kini berbanding semasa Almarhum Sultan Yahya Petra gering dan dirawat di Kuala Lumpur.

Beliau turut kesal dengan penubuhan panel perubatan oleh kerajaan negeri kerana Tuanku Ismail Petra bukannya pegawai kerajaan yang memerlukan pengesahan pakar untuk menentukan kemampuan baginda.

‘‘Sampai hati sekali ada orang buat Tuanku macam itu. Marilah kita berdoa agar Tuanku cepat sembuh, pulih dan dapat memerintah seperti dulu,’’ katanya.

ISLAM TAK AJAR JADI KURANG AJAR MACAM NI... ISLAM TAK AJAR MENDERHAKA MALAH MAHUKAN UMMATNYA TAAT PADA ALLAH, RASUL DAN PEMERINTAH... TERBUKTI PAS TIDAK MENDOKONG ISLAM....

KEPADA ALLAH BERSERAH


No comments:

Post a Comment