Monday, March 15, 2010

KECOH AGM PKR BAHAGIAN KUALA SELANGOR - KHALID IBRAHIM HARUS DISINGKIRKAN


Salam Perjuangan...

Khalid Ibrahim and konco-konco telah merancang mengadakan AGM dengan niat membersihkan PKR Bahagian Kuala Selangor dari mereka yang dianggap "penderhaka & tak nak ikut cakap". Namun ke 'untaan' Khalid & Gang menyebabkan AGM berkenaan kecoh... Jelas Isyarat bukat sahaja daripada rakyat malah ahli PKR - "Khalid get lost!"

Tak ada sata habuk pun sumbangan Khalid selaku Menteri besar kepada kuala selangor - patutnya kuala selangor didahulukan sbb kawasan MB... tapi sebenarnya kuala selangor jadi batu loncata Khalis Ibrahim nak jadi MB jer... hai kenapalah mudah org di Kuala selangor kena tipu buta-buta... tapi tak terlambat... 'sepak keluar je' Khalid Ibrahim dari Kuala Selangor bagi jadi pengajaran kepada pimpinan Pakatan...

kata org " janji boleh kau sebarang janji, kontrak boleh kau sebarang makan, kalau kerja & janji kau tak tepati, PRU akan datang mampos kau aku tak undi'

Baca Petikan Berita - Sumber Malaysia Kini

Kira-kira 50 anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang naik angin, memulaukan mesyuarat agung tahunan (AGM) PKR bahagian Kuala Selangor kerana tidak berpuas hati dengan cara mesyuarat itu dikendalikan.

Mereka turut berpendapat bahawa AGM itu "tidak sah" dan tidak dikendalikan sejajar dengan perlembagaan parti memandangkan tiada notis yang sewajarnya diberikan sebelum mesyuarat diadakan.

Bekas Ketua Penerangan bahagian itu, Ibrahim Mahidin, berkata setiausaha AGM tidak memberi notis mesyuarat yang sewajarnya kepada anggota parti bagi memaklumkan mengenai tarikh, venue dan masa mesyuarat itu, yang sepatutnya dibuat 14 hari sebelum AGM berlangsung.

KEPADA ALLAH BERSERAH


No comments:

Post a Comment