Sunday, March 14, 2010

ARTIKEL PILIHAN : BERSEDIAKAH PERAK DIPERINTAH KOMUNIS DAP


Bersediakah Perak diperintah Komunis DAP?

SEMASA Anwar Ibrahim mengajak untuk lompat parti untuk September 16, 2008 kononnya, itu tidak mengapa. Bila ADUN Bota, Dato Nasaruddin lompat ke PKR, mereka kata lompat parti tidak salah dari segi undang-undang. Tetapi apabila 3 wakil rakyat mereka lompat bersama ADUN Bota yang kembali, mereka mahu bubar Dewan Undangan secara berbohong, tuntut diadakan pilihanraya, dan persoalkan etika lompat parti. Krisis politik di negeri Perak tidak jadi begini jika pihak Pakatan Rakyat adalah kumpulan ahli politik yang bersifat budiman ("gentleman"). Bila majoriti sudah tidak ada, undurlah dengan terhormat.

Tidaklah menipu memaksa orang letak jawatan. Tidaklah menipu mengatakan tidak tahu ada 3 sudah tidak beri sokongan. Tidaklah bubar bila hilang kuasa. Bila semua ini gagal, mereka memberontak, menderhaka kepada Sultan, menghina mahkamah, dan memecat orang sewenang wenang. Tindak tanduk dan asas hujah Pakatan Rakyat Perak penuh diwarnai dengan tipu helah, putarbelit fakta, dan permainan persepsi yang tidak konsisten dari satu masa ke satu masa.

Perbuatan buruk mereka ini perlu didedahkan, difahami dan diyakini oleh orang ramai, ahli UMNO dan rakyat Malaysia dalam usaha DAP menrepublikMalaysia. Kemelut di negeri Perak berlaku kerana pihak Pakatan Rakyat terutama DAP tidak henti-henti berdegil dan enggan menerima realiti bahawa hilang majoriti hilanglah kuasa memerintah. Dalam amalan politik demokrasi, kuasa memerintah diberikan kepada pihak yang mempunyai paling banyak kerusi di Dewan Perundangan, tak kira Parlimen atau Dewan Undangan Negeri.

Mahkamah Tinggi telah membuat keputusan mengenai kedudukkan Dato Seri Dr Zambery Abdul Kadir sebagai MenteriBesar yang dilantik Sultan. Bila menang, tentu mereka bersorak. Tetapi bila kalah, pelbagai helah, bangkangan dantuduhan mereka akan buat.Elok kita rungkaikan dulu penipuan besar pihak pembangkang berkenaan persidangan DUN Perak pada Mei 7hb Khamis lalu. Kata mereka, prinsip pengasingan kuasa antara cabang-cabang kerajaan - Eksekutif, Penggubal Undang- Undang ("Legislature") dan Mahkamah - dan Institusi Raja dalam semangat Perlembagaan Persekutuan harus dihormati. Jika diamati betul-betul, bukankah saman Nizar terhadap Zambry adalah satu tindakan meminta mahkamah mencampuri bidang kuasa DYMM Sultan Perak dalam hal-hal pembubaran DUN dan perlantikan MB?

Dalam perkara ini, boleh pula mereka akui peranan mahkamah dalam mengadili persoalan-persoalan Perlembagaan. Samada keputusan mahkamah dihormati itu tidak pasti. Apabila keputusan mahkamah tidak berpihak kepada mereka, mereka selalunya akan berdegil dan engkar dengan keputusan mahkamah.

Dalam hal mahkamah membatalkan keputusan Speaker Sivakumar menggantung MB yang dilantik Sultan dan 6 orang Exco serta 3 ADUN bebas, mereka berhelah pula mengatakan keputusan mahkamah tidak wajib dihormati. Semasa DUN bersidang pada Mei 7hb, Speaker tidak langsung mempedulikan keputusan mahkamah.

Langsung, ia mengatakan kuasa Speaker adalah absolut dan mutlak hingga tidak boleh dipersoalkan langsung. Mana pula kata mereka yang sering mewar-warkan mengenai perlu ada "check and balance" dalam sistem kerajaan? Adakah memberi kuasa mutlak tanpa "check and balance" itu selari dengan semangat yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan? Yang pastinya, Speaker tidak memahami ruang kuasanya yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan DAN Undang-Undang Tubuh Negeri Perak. Dia juga tidak memahami dimana kedudukkannya dalam struktur kerajaan negeri Perak. Kuasa Speaker hanya khusus dalam memastikan perjalanan persidangan itu dijalankan dengan aman dan lancar menurut peraturan dan undang-undang seperti yang ditugaskan oleh DYMM Sultan Perak.

Terfikirkah, jika Speaker tidak langsung percaya mahkamah boleh masuk campur dalam hal DUN, mengapa perlu pihaknya menghantar sepasukan Peguam untuk menjawab tuntutan pihak MB, 6 exco dan 3 ADUN bebas untuk mengetepikan keputusannya?Ini hanya menunjukkan mahkamah ada peranan dalam menginterpretasi dan membuat keputusan dalam perbezaan pendapat (dispute). Keputusan mahkamah sebagai pihak yang berkelayakkan haruslah dihormati dan diakur. Tetapi tidak, pihak anarkis ini hanya menghormati keputusan mahkamah jika ia berpihak kepada mereka. Manakala apabila keputusan mahkamah tidak berpihak, mereka engkari. Lebih teruk lagi, mahkamah dihina, dicerca dan dituduh berat sebelah. Kalaulah betullah pengasingan kuasa dari cabang-cabang kuasa itu mutlak, kenapa untuk Nizar dilantik MB, perlu terpilih jadi ADUN? Bukankah itu mencampuraduk Eksekutif dan Penggubal Undang-Undang yang bermakna melanggari semangat Perlembagaan Persekutuan?

PAS BERSEKONGKOL DENGAN DAP MENGHAPUSKAN KEKUASAAN MELAYU

Memang PAS boleh merelakan dirinya bersekongkol dengan DAP dan sebaliknya memusuhi UMNO dengan begitu ekstrim sekali. Apakah sebenarnya ini berdasarkan minda yang rasional dan budiman atau sebaliknya berdasarkan emosional dan minda yang masih kurang matang dalam sepak teranjang politik Malaysia? Jika UMNO yang ahlinya adalah terdiri daripada orang Melayu dan beragama Islam sama seperti ahli PAS (langsung tidak berbeda), tidak langsung diberikan ruang dan peluang untuk bekerjasama dengan PAS, kenapa pula DAP yang ahlinya terdiri daripada orang Tionghua serta berbeda penganutan agama, PAS sanggup bekerjasama?. Di sinilah ada sesuatu yang tersirat dan tersurat merasa pelik dan tertanya-tanya, apakah ini mengambarkan kebijaksanaan dan kebudimanan dalam membuat sebarang keputusan penting demi umat Melayu dan Islam dalam negara ini?

PAS seharusnya dapat melihat akan sikap chauvinist dan perkauman yang sebenar yang diperjuangkan oleh DAP sejak ianya tertubuh suatu ketika dulu. Sekarang sikap itu masih berterusan terutamanya di Pulau Pinang dan di Perak, walaupun di Perak Menteri Besarnya dari PAS. Namun kekuatan PR yang ditunjangi oleh DAP secara majoriti itu, menyebabkan PAS hanya kenampakan seperti boneka sahaja. Dalam hal ini lebih efektif jika di Perak, PAS bekerjasama dengan UMNO untuk menubuhkan kerajaan negeri. Kerusi yang dimiliki oleh kedua parti tersebut sudah mencukupi bagi menubuhkan satu pemerintahan dinegeri tersebut. Kenapa mesti bekerjasama dengan DAP yang ternyata memusuhi Islam dan tidak rela pelaksanaan hukum hudud dalam negara ini? Yang berusaha untuk menghapuskan DEB dalam negara ini? Yang merendah-rendahkan mertabat bangsa Melayu di Pulau Pinang? Yang langsung tidak berusaha untuk mengangkat taraf ekonomi kaum bumiputera dinegeri dimana mereka memerintah?

Atau mungkinkah ini kerana sikap "berpatah arang" diantara UMNO dengan PAS? Sikap bermusuhan ini tidak baik dan amat tidak matang dalam politik abad yang ke 21 ini. Bukankah dikalangan penganut Islam, sangat tidak digalakkan sikap bermusuhan dikalangan saudara seagama? Secara teori/ideanya PAS pintar melontarkan kata-kata tentang betapa PAS memusuhi sikap yang buruk, tetapi secara praktiknya PAS adalah manusia yang selalu mengamalkan perbuatan buruk tersebut. Bermusuhan sesama kita adalah satu sikap buruk yang sepatutnya dibendung sedari dulu kerana ia boleh menghancurkan tamadun bangsa yang telah lama terbina. Dalam perkiraan kasar, memang agak mustahil Melayu boleh kecundang dalam politik Perak. Namun kerana permusuhan dikalangan mereka, maka kini Melayu menggigit jari dinegeri tersebut. Nizar memenangi semula kerusi Menteri Besar seperti yang telah diumumkan tidak memberi apa-apa makna kepada kesinambungan kuasa tamaddun Melayu dalam negara ini, kerana kita nampak yang menang bukannya Nizar, malah DAP!!!!!

PAS sekarang sangat berbangga kerana mendapat sokongan kuat dari kaum India dan Cina dalam kancah politik negara. Tapi dalam masa yang sama mereka lupa, kaum India dan Cina juga telah menggunakan kesempatan ini untuk kepentingan kaum mereka dan berusaha dengan keras dengan kesempatan yang ada untuk memenuhi kepentingan tersebut. Dimana budiman dan bijaksananya kepimpinan PAS dalam hal seperti ini? Kerana kemenangan itu sesuatu yang menyeronokan, mereka tidak kisah akan kesan buruk yang bakal menimpa bangsa mereka. Samalah ertinya seperti dalam peribahasa kita, "menang sorak kampong tergadai".

Tok Guru Nik Aziz dikatakan telah melakukan sembahyang sunat kesyukuran diatas kembalinya semula jawatan MB Perak ditangan Nizar. Ini menggambarkan bahawa beliau benar-benar tidak sedar akan apa yang dimaksudkan diatas dan merelakan demi kepentingan kuasa politik yang dinikmati bertahun-tahun. Beliau benar-benar menganggap DAP adalah rakan baik di Perak tanpa menyedari bahawa Perak bakal jatuh ketangan komunis DAP jika DUN dibubarkan dan diadakan Pilihanraya semula. Adakah PAS sedar, DAP telah berjaya mempunyai wakil Melayu? Jika pilihanraya diadakan semula dan andaikata majoriti kerusi DAP memenangi lebih daripada PRU12 yang berpihak kepada DAP, adakah Nizar diperlukan lagi dengan adanya wakil Melayu yang berpaksikan DAP?

NIZAR YANG NAIF

Hampir 3 bulan dulu, Nizar keluar dari Istana Kinta dengan satu tekad, aku tidak akan meletakkan jawatan "Patik mohon sembah derhaka". Begitulah ucapan Nizar pada malam selepas beliau digulingkan kerana tidak mendapat majoriti penuh. Pakatan totok menyambut permohonan itu dengan sambutan wira. Nizar mempamerkan semangat melawan Hang Jebat moden. Kesombongan Nizar makin terserlah apabila pada malam pengumuman wakil rakyat Bukti Gantang, Nizar ditabalkan sebagai wakil rakyat Bukit Gantang. Undi bukan Melayu telah menyelamatkan Nizar, calon DAP berbajukan PAS. Sejurus selepas itu, Nizar mengatakan kepada umum, ini adalah bukti rakyat Perak menyokongnya dan orang Melayu menolak BN. Itu kata Nizar. Analisis mengatakan undi Melayu telah berpusing kepada calon yang kalah hampir 70% cuma Nizar telah diberi talian hayat oleh bukan Melayu. Nizar juara kepada bukan Melayu. PAS pusat gusar, orang Melayu beralih arah.

Nizar masih belum nampak, beliau telah dihitamkan hati dengan sokongan dan riak yang melampau. Hari ini keputusan memihak kepada Nizar, beliau dengan gembira ingin cepat pulang ke Ipoh, mengadap Tuanku Sultan dengan satu harapan, DUN perlu dibubarkan. Baru hari ini beliau mengenali makna "perkenan". Setelah memohon derhaka, menghina Tuanku Sultan dengan tindak tanduk komunismenya, Nizar pulang ke Ipoh. Tuanku Sultan perlu disampaikan penghinaan ini setelah beliau melanggar perkenan Sultan 3 bulan dahulu. Kini beliau ingin berjumpa memohon perkenan Sultan. Naif sungguh tingkah laku Nizar. Memang jelas titah Tuanku Sultan 3 bulan lalu memohon Nizar meletakkan jawatan telah ditongsampahkan. Nizar memberitahu kepada seluruh dunia titah Sultan tidak perlu diikuti. Bagaimana reaksi Tuanku Sultan? Keputusan hari ini telah menjelaskan segalagalanya.

MENANG MEMUJI, KALAH MENGEJI

Sebelum ini mereka memuji Sultan ketika memilih PR menjadi pemerintah di Perak dan menghina Sultan apabila BN yang berjaya mendapat majoriti 31 Adun di sana, diperkenan untuk memerintah negeri Perak. Mereka juga mengangkat mufti Datuk Seri Harussani ketika isu isu yang sama nada dengan Pakatan Rosak mereka namun menghina dengan gelaran yang jijik terhadap Mufti apabila fatwa agar tidak menderhaka dikeluarkan oleh beliau. Keputusan Mahkamah juga dihina oleh PR dengan menidakkan keputusan Mahkamah yang memutusakan bahawa penggantungan Dr Zamry dan barisan Exco beliau oleh bekas Speaker Perak V.Sivakumar sedangkan mereka gembira hari ini dengan keputusan Mahkamah memberikan pengadilan yang memihak kepada mereka.

Anwar telah tersentak dengan keputusan Mahkamah Tinggi mengesahkan Nizar sebagai MB Perak yang sah. Keputusan ini pasti memeningkan Anwar untuk terus menyalahkan mahkamah yang tidak telus dan tidak adil dalam membuat keputusannya dan sedar dengan majoriti 28 orang pembangkang dalam DUN Perak, bila-bila masa Perak bakal dirampas kembali BN apabila persidangan DUN diadakan kelak. Tambahan pula pembangkang perlu juga menerima keputusan mahkamah yang membenarkan DS Zambry, 5 exconya dan 3 ADUN bebas menghadiri sidang DUN. Dengan speaker di tangan BN, pembangkang bakal menemui jalan sukar mengekalkan Nizar sebagai MB jika undi tidak percaya diadakan. Helah untuk mengekalkan sidang bawah pokok nanti bakal mendedahkan PAS, PKR dan DAP mengamalkan 'doublestandard' dalam menerima keputusan mahkamah. Maka taktik Anwar adalah mengheret rakyat ke kancah pilihanraya semula sebelum sidang DUN Perak nanti. Menerusi DAP dan Nizar, Anwar sengaja mengajak rakyat ke kancah pilihanraya semula bagi menutup kelemahan pembangkang yg punya kurang majoriti di DUN Perak. mereka sengaja mengumumkan mahu pilihanraya semula sedangkan kuasa membubarkan DUN adalah hak mutlak Baginda Sultan Perak.

Tambahan pula dikhabarkan DS Zambry dan barisan exconya sedang meninggalkan pejabat masing-masing dengan aman dan penuh kerjasama. Anwar mengharapkan MB dan exco BN ini melawan serta tidak mahu meninggalkan pejabat dengan aman, maka Anwar akan 'spin' isu dengan katakan BN memang samseng serta tidak menghormati keputusan mahkamah. Sekiranya DUN dibubarkan, sewaktu pengagihan kerusi antara pakatan bintang tiga ini, pasti akan ada kekecohan. DAP mesti menuntut lebih dari PAS disamping PKR juga menuntut hak mereka. Kerusi sudah, calon pun sudah, maka mereka menanglah pilihanraya, boleh tubuh kerajaan. Maka bersorak gembiralah orang-orang PAS di malam keputusan diumumkan, kerana kononnya Nizar akan jadi MB balik. Adakah DAP bodoh? Bila ada cina DAP baca sepatah dua ayat Quran maka gegak gempita disambut dengan seruan takbir. Ketahuilah, DAP itu tak bodoh, mereka akan berusaha secara halus untuk menghapuskan kuasa Melayu di Malaysia dan bermula di Perak. Jika pilihanraya di Perak diadakan semula,

KINI DAP TELAH BERSIAP SEDIA DENGAN CALON MELAYU untuk dijadikan sandaran sebagai MB Perak jika mereka memenangi lebih kerusi berbanding PAS dan PKR. Sudah tentu DAP akan ada kerusi yang lebih kerana 45% pengundi di Perak adalah pengundi Cina. Calon Melayu yang bakal diletakan itu adalah Tunku Abd Aziz, Naib Presiden DAP. Beliau baru sahaja menyertai DAP tahun lepas, tapi terus di beri jawatan penting. Apa agenda mereka? Begitu juga dengan pembukaan cawangan baru DAP diseluruh pelosok Perak sebelum ini dalam merekrut orang Melayu ke dalam DAP.

Sekiranya kuasa Melayu hilang di Perak, maka Nizar anjing ini dan pengikut-pengikutnya harus disalahkan secara total. Kini, sorak sorai Pakatan Rakyat bergema di seluruh Perak meraikan kepulangan negeri Perak ke tangan DAP. Barangkali PAS Pusat telah sedar akan hakikat ini dan seggera mengusulkan kerjasama dengan BN dalam mengatasi kemelut di Perak. Dalam hal ini mungkin Nizar terkecuali. Dengan akur kepada perintah mahkamah, seharusnya Speaker yang diheret juga akur bahawa orang yang dihalaunya telah diputuskan mahkamah SAH untuk mengikuti sidang DUN. Cuma mereka yang kebinatangan sahaja yang bertindak menghalau orang-orang yang diputuskan hakim bahawa golongan yang dihalau ini sah memasuki sidang DUN. Keputusan hakim Mahkamah Tinggi itu sedikit sebanyak memberi peluang kepada Nizar untuk disingkirkan dengan cara terhormat berbanding dengan cara yang memberi advantage. Nizar akan berhadapan dengan undi tidak percaya kerana telah jelas, lebih separuh ADUN tidak lagi percayakannya.

Jika mereka boleh menerima keputusan hakim Mahkamah Tinggi, begitu juga mereka perlu menerima keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung kelayakan puak Zambry untuk berada dalam dewan. Kata seorang dari Kampar,"biar si Tan tu jadi MB. Kalau BN rampas, ada harapan BN kalah dalam pilihanraya sebab undi kesian. Kalau dia dan puak Cina dia berkuasa, ada harapan BN menang."Pelajaran belum tamat kerana ada bab yang tertinggal. Namun, adakah kerana Nizar dan anjing-anjing yang mengawal tidak dipercayai ahli Dewan, lalu anda mahu rakyat mengundi semula? Ia umpama hanya kerana fius terbakar, seluruh rumah perlu di buat pendawaian semula. Wang siapa? Siapa yang gelojoh pada perbendaharaan negara? Siapa yang kini menghabiskan wang rakyat yang jumlahnya boleh membina 1,000 rumah untuk rakyat miskin?

BUBAR DUN SETELAH UNDI TIDAK PERCAYA

Permintaan terdahulu oleh Nizar dan telahpun ditolak oleh pihak Sultan untuk membubarkan DUN adalah suatu permintaan biasa. Sekiranya Nizar berhasrat untuk mengemukakan permohonan sekali lagi, maka beliau hendaklah berhadapan dengan suatu proses Undi Tak Percaya dalam Sidang DUN (itu sepertimana yang dikehendaki dalam keputusan Mahkamah Tinggi). Maknanya MT memutuskan bahawa mesti ada suatu proses Undi Tak Percaya di dalam Sidang DUN sebelum riwayat Nizar sebagai MB berakhir. Itu adalah verdict Hakim MT itu berdasarkan kes Stephen Kalong Ningkam vs Penghulu Tawi.

Bagaimanapun kita wajar menghormati apakah nanti pandangan 3 Panel Hakim Mahkamah Rayuan dan seterusnya 5 Panel Hakim Mahkamah Persekutuan dan sudah pasti ianya adalah suatu yang cukup menarik untuk kita terus teladani. Apakah pula permohonan kepada Mahkamah Rayuan untuk stay of proceedings (tangguhan prosiding) diterima atau sebaliknya, memandangkan MT tidak membenarkan stay of execution (tangguhan perlaksanaan) kepada keputusannya. Manakala itu semua hanyalah ulasan pihak Kehakiman dalam menginterpretasikan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak.

Apapun verdict Mahkamah ianya tidak sama sekali menafikan Hak Legislatif untuk menentukan posisi seterusnya. Isu undang-undang yang TIMBUL di sini ialah - RIWAYAT SEORANG MB BERAKHIR APABILA HILANG SOKONGAN MAJORITI AHLI DEWAN - DAN ISUNYA - ADAKAH IANYA DITENTUSAHKAN BY CONDUCT ATAU MEMERLUKAN UNDI TIDAK PERCAYA DALAM SIDANG DUN...

Merujuk kepada keputusan MT; pihak legislator di Perak eloklah adakah sidang DUN dan lakukan proses undi Tak Percaya. Setelah Nizar berpuas hati bahwa undi tak percaya telah detrima olehnya, barulah dia menghadap DYMM Sultan Perak untuk mengemukakan permohonan BUBAR DUN. Dan itu adalah hak prerogatif Sultan Perak.

POLITIK PERAK TIDAK AKAN AMAN

Ada laporan yang mengatakan bahawa Speaker baru DUN Perak, Datuk R Ganesan adalah masih sah. Ini bermakna, di atas kapasiti beliau, Ganesan masih boleh memanggil sidang khas DUN dan tatkala itu usul tidak percaya boleh dikemukakan terhadap Nizar, Menteri Besar yang terbaru. Jika ini benar, bermakna BN tidak ada masalah untuk meluluskan usul tersebut kerana sokongan majoriti '28 + 3' ADUN yang berpihak kepada BN berbanding 28 ADUN Pakatan. BN Perak juga boleh membuat rayuan di mahkamah untuk melengahkan lagi tempoh penyerahan kuasa kepada parti PKR.

Apa pun, kita akan menyaksikan pergelutan kuasa yang semakin menarik tetapi merugikan rakyat Perak. Kenyataan Lim Kiat Siang yang mendakwa bahawa keputusan mahkamah tersebut merupakan kali pertama mahkamah memulihkan keyakinan rakyat terhadap bidang kehakiman. Kenyataan tersebut sebenarnya telah merendah-rendahkan dan menjatuhkan (contempt) maruah keseluruhan sistem kehakiman negara termasuk Malaysian Bar Council. Realitinya, Malaysian Bar Council patut memulakan usaha untuk mendakwa Kiat Siang kerana keceluparan beliau itu. Adakah Karpal juga akan menyusulkan menyaman Sultan Perak atau Malaysian Bar Council akan mendiamkan diri kerana telah 'dibeli' oleh politik parti pembangkang?

Fikir-fikirkanlah dengan hati yang ikhlas apakah rakyat negeri Perak akan terus memberikan sokongan kepada Komunis DAP melalui Melayu bangsat yang telah jelas memporak-perandakan Negeri Perak Darul Ridzuan dalam memberikan kelebihan DAP menjajah Negeri Perak. Adakah bangsa Melayu yang bangsat ini akan memberi faedah kepada Agama, Bangsa, Negeri dan Negara Penjajahan tanah di Chemor dan Grik kebanyakannya telah dijajah oleh Cina DAP semasa mulanya penguasaan mereka tempoh hari dan kini bakal berulang kembali..

DAP, NIZAR YANG DAHAGAKAN KUASA

Sebelum ini Nizar memutar-belit bisikan Raja Nazrin kepada beliau semasa baginda hendak menyampaikan titah Diraja sempena pembukaan mesyuarat pertama penggal kedua sidang DUN Perak, Khamis lalu. Nizar menjaja cerita di seluruh negeri Raja Nazrin menyebelahi beliau sedangkan bisikan Raja Nazrin lebih kepada rasa kurang senang baginda dengan tindak tanduk para Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang ketika itu. Terbaru, selepas Mahkamah Tinggi semalam mengumumkan Nizar kekal sebagai Menteri Besar yang sah, tanpa berlenggah-lenggah dan sempat menarik nafas, beliau membuat mesyuarat exco malam tadi dan ambil keputusan gantung tiga pegawai kerajaan negeri iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Dr. Abdul Rahman Hashim dan SetiausahaKewangan Negeri, Jamaluddin Al Amini. Turut digantung ialah Penasihat Undang-undang Negeri, Datuk Ahmad Kamal Md. Shahid dan semua pergantungan tugas itu berkuat-kuasa serta-merta.

Kenapa Nizar perlu begitu pantas membuat pergantungan melibatkan beberapa pegawai kerajaan negeri itu? Nizar dan para pemimpin Cina Perak yang sering mengapit kiri dan kanan dirinya itu tidak ada niat lain selain mahu menggenakan para pegawai terbabit. Namun, dalam hal ini Nizar silap, kalau selama ini ada sebarang kenyataan atau tindak-tanduk para pegawai berkenaan yang tidak menyebelahi Pakatan Rakyat pun, Nizar harus faham bahawa mereka hanya menjalankan arahan kerajaan sebelum ini. Dalam erti kata lain, pegawai kerajaan hanya mengikut arahan kerajaan yang sedang memerintah ketika itu (government of the day).

Mereka bukannya ada hak atau kuasa membuat keputusan melangkaui arahan kerajaan. Lagipun bila Nizar berkuasa, sudah pasti mereka akan tunduk kepada arahan beliau pula. Takkan mereka berani hendak melawan kerajaan negeri. Sebagai seorang pemimpin parti Islam, Nizar haruslah ada pertimbangan keislaman. Adalah sifat pemaaf dan belas kasihan serta simpati. Namun, sifat buruk Nizar tidak lama, Mahkamah Rayuan di Putrajaya hari mengumumkan Dr. Zamry Abdul Kadir kekal sebagai MB perak sehingga mahkamah itu menyelesaikan kes rayuan Dr. Zamry terhadap keputusan Mahkamah Tinggi semalam.

Zamry telah menunjukkan sifat yang lebih bijak dan profesional apabila mengumumkan bahawa semua pegawai pegawai yang digantung itu diterima kembali untuk bekerja. Mungkin Nizar boleh belajar sesuatu daripada sikap pemimpin-pemimpin Barisan Nasional. Melihat kemelut politik Perak yang hanya akan merugikan rakyat Perak, tidak menguntungkan UMNO, PAS tetapi DAP akan terus yakin menaruh harapan untuk menduduki kerusi MB Perak. Percayalah, bukan sahaja UMNO hilang kuasa, malah PAS akan turut diperdaya DAP semata-mata untuk kepentingan politik DAP.

Rakyat Perak yakin DAP akan tetap dan terus mendesak Nizar untuk minta perkenan Sultan Perak untuk membubarkan DUN Perak. DAP akan terus menekan sepupunya itu (Nizar) untuk terus menderhaka kepada Sultan Perak. Yang akan sedih nanti, bukan sahaja Zambry malah kedudukan Nizar juga tidak terjamin dengan adanya Pilihanraya Negeri kerana inilah masa yang sesuai DAP menerajui Perak sebagai MB. Percaya atau tidak, sekurang-kurangnya DAP akan meletakkan seorang calon Melayu Islam untuk bertanding dalam pilihanraya tersebut, untuk memudahkan mereka menduduki kerusi MB Perak. Jika dalam PRU yang lalu, mereka yang menang besar gagal menduduki kerusi MB sebab peruntukan Perlembagaan Negeri, seorang MB mestilah seorang Melayu Islam.

Ini yang menyebabkan mereka terpaksa berputih mata merelakan Nizar diletakkan sebagai MB, tapi hanya sebagai BONEKA mereka di Perak. Calon yang paling sesuai, ialah Naib Presiden DAP, Tunku Abdul Aziz Ibrahim. Dengan pengalamannya bersama Guthrie Corporation Ltd. Bakal calon MB yang masih Melayu dan masih Islam, cuma bertopengkan DAP yang pasti akan mengugat keTuanan Melayu dan Kesucian agama Islam. Inilah masanya DAP mendesak Sultan Perak untuk menerima pilihan mereka yang beragama Islam dan berbangsakan Melayu untuk menjadi MB. Buat rakyat Perak, tidak kiralah yang menyokong UMNO mahupun PAS fikir-fikirkan masa depan anak bangsamu. Jangan sibuk berpolitik hingga boleh mengadaikan masa depan anak bangsa, agama, bangsa dan tanahair kita sendiri.

Biarlah BERSEDERHANA tetapi Agama Islam, Bangsa Melayu, Negeri Perak dan Negara Malaysia dipelihara, daripada berjubah, berkopiah, berjanggut yang membawa simbol lubang yang mengaku lebih Islam dari orang Islam yang lain tetapi agama, bangsa, negeri dan negara sanggup digadai dan tergadai.

Persoalan kepada seluruh rakyat Perak, adakah anda SUDAH BERSEDIA untuk dijajah oleh komunis DAP? Tepuk dada, tanya selera..


No comments:

Post a Comment