Thursday, September 3, 2009

KERAJAAN TERENGGANU BN BAKAL TUMBANG : Y.B LOMPAT MASUK BN HARAM, TAK BERMORAL, JIJIK & HINA... KALAU MASUK PAKATAN ??? MASUK SYURGA?

.
.
Salam Perjuangan...
.
Penulis ingin melahirkan rasa gusar berkaitan perkembangan politik di Terengganu yang mana MB Lembik Ahmad Said masih gagal membina kesepakatan dengan team Idris Jusoh... walhal isu & punca pertelingkahan serta masam muka amat mudah diselesaikan asal ada tolak ansur... dah tahap merbahaya sebegini pun MB Lembik Ahmad Said masih ego & sombong tak mahu akur dengan tuntutan Y.B 10 walhal tuntutan mereka berasas atas dasar menentukan penguasaan politik & merencana agenda pembangunan kawasan masing-masing.
.
Kini Anwar telah mengacau daun dengan memancing kumpulan Y.B 10 untuk melompat parti seterusnya menumbangkan kerajaan BN di Terengganu... pertemuan telah diadakan antara Anwar Al-Jubury dengan Kumpulan Y.B 10 ini dan maklumat yang diterima Anwar telah memasang agen dalam kumpulam Y.B 10 ini bagi melobi mereka menyertai Pakatan disertakan dnegan pakej tawaran yang tiada tolok bandingnya.... hingga ada yang sanggup mengugut untuk keluar UMNO... Peh! setakat ini kumpulan Y.B 10 masih menanti langkah seterusnya yg pasti Agen Anwar confirm nak lompat tetapi tidak mahu secara berseorangan... sekurang-kurangnya mahu melompat dengan jumlah yang dapat meruntuhkan kerajaan BN & membentuk kerajaan baru iaitu sekurang-kurangnya 8 atau 9 orang.
.
Baca berita :
.
Kalau berlakunya "lompat-melompat" di Terengganu ianya merupakan PADAH yg maha hebat buat UMNO & BN... penulis & rakan rakan sependapat tak guna "FBI" berusaha memperbaiki UMNO kalau pemimpin UMNO sendiri dari peringkat pertengahan hinggalah tertinggi sendiri tidak mahu memperbaiki diri, bermuhasabah & mencari jalan terbaik menyatupadukan kekuatan dengan mengetepikan kepentingan diri serta rela berkorban demi kejayaan UMNO....
.
Kalau terjadi lompat melompat ini nescaya ia akan mengukuhkan banyak teori antaranya... terbuktilah Anwar raja lompat kerana berjaya meruntuhkan kerajaan Sabah hinggalah ke Terengganu.... Terbatallah fatwa PAS bahawa lompat melompat parti itu haram & sebagainya demi menghalalkan tindakan lompat itu hingga tumbangnya kerajaan Terengganu... Anwar terbukti lidah bercabang yaitu kalau benda tu baik bagi dia, dia kata bagus, baik & halal tapi kalau baik untuk org lain & dia rugi nescaya kenalah sebaliknya... walau benda tu baik... Kemudian ke semua pemimpin Pakatan Rakyat dipercayai akan "MENJILAT BALIK LUDAH MEREKA" dengan menyokong kejadian lompat yg bakal berlaku ini...
.
Apapun harapan penulis & rakan-rakan PM & TPM serta Dato' Hishamuddin segera ambil tindakan... bertindaklah sebaiknya seperti menarik rambut dalam tepung... rambut dapat tepung tak berselerak... tindakan penuh hikmah yg dapat menyatupadukan UMNO Terengganu. Nasib Islam, Melayu & Malaysia diambang kemusnahan jika kumpulan Anwar Al-Jubury ini dibenarkan memerintah...
.
Janganlah kita harapkan MB Lembik Ahmad Said kerana kalau tunggu dia bertindak alamat dah kalah UMNO & BN satu Malaysia dia masih tak buat apa-apa masih terkangkang tunggu projek yang tak dapat-dapat dari Istana... sudah terlalu lama berlarutan masalah ini...
.
Kepada Anwar Al-Jubury kami akan memastikan hasrat anda hanya tinggal angan-angan yang tidak mungkin kesampaian...
.
.

No comments:

Post a Comment