Wednesday, September 30, 2009

CALON PRK DUN BAGAN PINANG - BIODATA : TAN SRI ISA SAMAD vs ZULKEFLY MOHAMAD OMAR





Mohamad Isa Abdul Samad

PROFIL

Nama: Tan Sri Mohamad Isa Abdul Samad
Jawatan: Ketua Umno bahagian Teluk Kemang
Tempat lahir: Sungai Udang, Melaka.
Tarikh: 14 November 1949
Isteri: Puan Sri Hazizah Tumin (meninggal dunia pada 7 Disember 2005).
Anak: 4 (Mohamad Najib, Megawati, Lelawati dan Juhaida)


PENDIDIKAN

Ijazah Sarjana Muda Sastera (Pengajian Melayu) Universiti Malaya
Diploma Pendidikan (1968)

PENGALAMAN KERJA

1. Guru Sekolah Datuk Abdul Razak, Seremban (1969)
2. Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) (1978-1982)
3. Menteri Besar Negeri Sembilan (1982-2004)
4. Menteri Wilayah Persekutuan (2004-2005)

PENGALAMAN POLITIK:

1. Ketua Pemuda Umno Negeri Sembilan (1978)
2. Ahli Majlis Tertinggi Umno (Hingga 2000)
3. Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan (hingga 2004)
4. Naib Presiden Umno (2004)

PILIHAN RAYA:

1. Mewakili Dewan Undangan Negeri (DUN) Linggi (1978-1999) dan Parlimen Jempol (2004).
2. Tidak bertanding Pilihan Raya Umum 2008.


______________________________________________________________



ZULKEFLY MOHAMAD BIN OMAR
.
.
PROFIL
.
NAMA: ZULKEFLY MOHAMAD BIN OMAR
PROFESION: AHLI PERNIAGAAN
UMUR: 45 TAHUN
TARIKH LAHIR: 14/5/1964
KELULUSAN: MASTER SAINS (UPM) & IJAZAH KOMUNIKASI (UITM)
NAMA ISTERI: SAEIAH BINTI TARMIZI
ANAK: 6 ORANG (AHMAD FAKHRURAZI 20, FARAH WAHIDAH 18 ,MOHAMAD FADLI 14,MOHAMAD FADHIL 11,FADHLIN SAKINAH 8,MOHAMAD FAWWAS 4)

JAWATAN DALAM PAS:

PESURUHJAYA PAS NEGERI SEMBILAN- 2 PENGGAL (2007 - HINGGA SEKARANG)
TIMBALAN PESURUHJAYA PAS NEGERI SEMBILAN - 1 PENGGAL - (2005 - 2007)
SETIAUSAHA BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI SEMBILAN (2001-2005) EXCO
PEMUDA PAS PUSAT (2001 - 2005)
PEMANGKU KETUA PEMUDA PAS NEGERI SEMBILAN (2004 - 2005)
TIMBALAN KETUA PEMUDA PAS NEGERI SEMBILAN (2001 - 2004)
KETUA PENERANGAN PEMUDA PAS NEGERI SEMBILAN (1999 - 2001)
BENDAHARI DEWAN PEMUDA PAS SEREMBAN (1997 - 1999)
LAIN-LAIN JAWATAN:
1.PENGERUSI 'NO INCINERATOR' BROGA
2.TIMBALAN PENGERUSI TERAS KEUPAYAAN MELAYU NEGERI SEMBILAN

PENGALAMAN KERJA:
1.PENGARAH URUSAN, L & R ENTERPRISE SDN BHD.
2.PENGURUS KANAN, IS TECHNOLOGIES TELECOMMUNICATION SDN BHD.
3.PERANCANG PEMASARAN, TELEKOM MALAYSIA BERHAD.
4.EKSKUTIF PERHUBUNGAN KORPORAT, PUSAT ZAKAT SELANGOR.
5.PEGAWAI PERHUBUNGAN, KOPERASI CELCOM BERHAD.
6.PEGAWAI PERHUBUNGAN, BIRO ANGKASA.


KALAU ITU SUDAH TAKDIRNYA : CALON BN BAGAN PINANG TAN SRI ISA SAMAD

.
.
Salam Perjuangan...
.
Kalau itu sudah takdirnya maka kita kenalah terima dengan rela hati... Tan Sri Isa Samad kini sah calon BN untuk Pilihan Raya Kecil DUN Bagan Pinang...
.
Apapun kepada semua pengkritik & yg mungkin tidak bersetuju sebelum ini desas-desus TS Isa bakal menjadi calon penulis nasihatkan supaya kita terimalah dengan redha...
.
Redha untuk kita kembali merapatkan barisan... kembali bersatu... kembali berpadu teguh & bekerja sama bagi memastikan calon BN ini menang di bagan pinang... usah kita terbawa-bawa rasa... rasa tak puas hati, rasa nak sabotaj, rasa nak boikot atau rasa nak pulau terus dari berkerja...
.
Ingatlah semua itu hanya akan membawa padah bukan sahaja kepada UMNO & BN tetapi juga padah kerana kita dengan tidak langsung merelakan Melayu, Islam & Malaysia dilacur kerana telah menyumbangkan kearah kemenangan Pakatan Rakyat...
.
Penulis akui ramai juga org2 lama & baru kecewa namun perjuangan tetap perlu diutamakan... parti, kesatuan & survival Bangsa Melayu dan kemenangan adalah perkara yang tertinggi yg harus kita utamakan...
.
Namun penulis berharap rakan di Bagan Pinang sudah menyenaraikan segala kebarangkalian isu yg bakal di bawa pakatan rakyat sebagai psi-war untuk memburukkan calon BN ini. Kalau boleh senaraikan dan terus drafkan jawapan kepada isu itu mulai sekarang agar kita bersedia dengan sebarang kemungkinan...
.
Selamat berjuang... kepada Allah kita berserah segalanya... semoga kemenangan menjadi milik kita...
.
GAMBAR SEWAKTU MAJLIS PENGUMUMAN CALON BN YANG MANA PENYOKONG HADIR SEKITAR 5,000 ORG.... RAMAI TU BERBANDING SEWAKTU PAS UMUM CALON LEBIH KURANG 400 ORG JE HADIR
.
MOGA ITU SUDAH MEMBERIKAN KEMENANGAN PSIKOLOGI PUAT JENTERA BN
.







Tuesday, September 29, 2009

PILIHANRAYA KECIL DUN BAGAN PINANG - TAN SRI ISA SAMAD CALON MEMBAWA REBAH

Salam Perjuangan...

Apa yang dicari dalam pilihan raya? Imej parti atau kehendak rakyat? Ini tentulah seperti diluah mati bapak, ditelan mati emak.

Kes 1 : YB Lim Guan Eng dipenjara selama 18 bulan di bawah dua Akta, iaitu Akta Hasutan dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, menjalani hukuman dan akhir menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang.

Kes 2: Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjara selama enam tahun atas kesalahan salah guna kuasa. Dibebaskan dari hukuman liwat kerana Mahkamah Persekutuan mendapati bukti-bukti yang dikemukakan tidak cukup kukuh untuk mensabitkan kesalahan biarpun hakim-hakim tersebut percaya wujud kejadian tersebut dan mahkamah sebelumnya telah mensabitkan kesalahan ke atasnya. Hari ini beliau menang di Parlimen Permatang Pauh dan menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen.

Kes 3: Mat Sabu - Ada juga wakil rakyat bukan UMNO yang ditangkap berkhalwat dengan isteri orang kemudiannya dibebaskan oleh mahkamah atas sebab teknikal telah juga menang pilihan raya beberapa kali selepasnya.

Kes 4: YM Tengku Razaliegh Hamzah (Ku Li) pernah dituduh terbabit dengan skandal BMF, bertanding atas tiket S46, tetapi masih menang di Gua Musang. Malah saya percaya walau apa pun tuduhan dan tohmahan terhadap Ku Li beliau tetap akan menang di Gua Musang kerana perkhidmatannya yang baik kepada rakyat di sana.

Kes 5: Bekas Menteri Besar Selangor, Allahyarham Datuk Harun Idris didapati bersalah oleh Mahkamah atas tuduhan salah guna kuasa, menjalani hukuman penjara dan kemudiannya mendapat pengampunan yang Di Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad. Jika tidak silap saya Allahyarham turut memegang jawatan Ketua UMNO Bahagian Kuala Langat selama 3 tahun sehingga 1984. Beliau kemudiannya di pilih oleh Ku Lu untuk bertanding dalam Pilihan raya kecil Parlimen Ampang Jaya pada 1989 atas tiket Semangat 46 dan disokong oleh Pas. Sungguhpun kalah beliau tetap mendapat undi yang memberangsangkan.

Mengapa mereka masih menang biarpun sudah didapati bersalah oleh Mahkamah dan menjalani hukumannya? Jawapannya tentulah kerana rakyat di kawasannya mahukan beliau menjadi wakil mereka. Biar apa pun pandangan undang-undang dan masyarakat terhadap mereka namun mereka tetap menjadi pilihan rakyat di kawasan mereka.

PERSOALAN OH PERSOALAN

Apa pula yang dikatakan wakil yang dimahukan parti?

Apa yang dikatakan wakil yg dimahukan rakyat?

Kehendak rakyat :

Mahukah lagi penduduk bagan pinang dan negeri sembilan khas nya menerima semula TS Isa Samad? apa kata lantik badan bebas buat soal selidik nescaya majoriti rakyat negeri sembilan sudah tidak mahukan lagi TS Isa Samad... bukan tidak ingat jasa TS Isa tapi byk juga keadaan dan skandal kurang menyenangkan semasa pemerintahan beliau... senang cerita cukuplah TS Isa... sejukkan keinginan nak jawatan semula... tanyalah golongan marhen, ahli biasa UMNO... nak ke pada TS Isa??? tanya rakyat biasadan pembangkang apa imej dan pandangan mereka pada TS Isa???
.
Kehendak UMNO:
.
Suka saya merujuk kepada artikel "Teluk Kemang Tetap Mahu Isa" - Malaysia Kini.
UMNO yang nak atau rakyat yang nak?
Apakah suara individu berjawatan & perwakilan UMNO di cawangan mahupun bahagian di bagan pinang adalah serupa dan sama dengan kehendak sebenar rakyat di bagan pinang?
.
Kenapa individu berjawatan & perwakilan UMNO di cawangan mahupun bahagian di bagan pinang nak sangat TS Isa... kena di ingat rakan-rakan semua mereka-mereka itu adaah individu yg telah pun termakan budi & didokong oleh TS Isa untuk mendapatkan jawatan di bahagian dan cawangan. Jadi tidak hairan mereka berkokok sekuat-kuatnya mahukan TS Isa... Senang cerita mereka-mereka ini dibela secara langsung atau tidak langsung oleh TS Isa...
.
Itulah UMNO... masih tidak insaf lagi walhal keadaan dah dihujung tanduk tetap mahu SYOK SENDIRI tanpa mahu mendengar suara akar umbi UMNO & Rakyat... TS Isa masih mementingkan diri... apa nak jadi ni....
.
Tun Mahathir sudah tegur!
Muhyiddin Sudah Bagi Nasihat!
Najib Sudah Bagi Ingatan!
Mat Hasan juga sudah bagi isyarat!
Cuma PAK tidoLAH terus tido....! tak hirau nasib bangsa
UMNO Mau ikut terus tidur ka?
.
Malas Sendiri fikir la... %$&###@$%^

Tuesday, September 22, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI & MAAF ZAHIR BATIN




Saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam terutama pengunjung setia Blog Idealis Malaysia ini

Saya turut memohon maaf sekiranya terdapat salah dan silap terutama dalam penulisan saya yang mungkin mengguris hati sesetengah pihak...
Namun itulah realiti... sepahit manapun kita tetap perlu menerima hakikat kebenaran
yang sebenar...

Semoga Penghayatan Terhadap Ramadhan & Ketibaan Syawal mampu menginspirasikan diri kita agar lebih gigih, bersemangat & tidak kenal erti jemu
dalam perjuangan demi membela Islam, Melayu & Malaysia...

Salam Lebaran...

Friday, September 4, 2009

ROBOH KG BUAH PALA : TERBUKTI LIM GUAN ENG KAFIR HARBI MUSUH ALLAH MEMPERGUNAKAN NAMA SYAIDINA UMAR

.
.
Salam Perjuangan...
.
- Lim Guan Eng tekad guna pendekatan Umar Abdul Aziz
BAYAN LEPAS, 19 Mei (Hrkh) - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sekali lagi menyatakan kesediaan menggunakan pendekatan sebagaimana diamalkan Khalifah Umar Abdul Aziz dalam pentadbirannya. "Bagaimanapun saya tidak mahu pemerintahan saya berakhir seperti Khalifah Umar (Abdul Aziz) yang hanya sempat memerintah tiga tahun kerana dibunuh musuh yang tamakkan kuasa dan projek," katanya pada perasmian pusat khidmat rakyat KeADILan Parlimen Bayan Baru di sini, kelmarin.
.
SIAPA LIM GUAN ENG ??? nak jadi seperti Khalifah Agung Syaidina Umar Abdul Aziz... kata-kata ini hanyalah retorik bagi menarik dan mengumpan org melayu Islam untuk berasa selamat dibawah pemerintahan DAP Pulau Pinang...
.
Ikuti Kisah Agung menggambarkan betapa mulianya Syidina Umar Abdul Aziz
.
Saydina Umar r.a seorang yang bekerja keras dan teliti kerana beliau seorang hamba Allah yang sejati. Seorang khalifah mestilah mengambil berat tentang umat Islam di dalam negaranya, seperti seorang ayah yang mengambil berat tentang anak-anaknya. Saydina Umar r.a. cuba sedaya upaya untuk berbuat demikian. Di waktu siang pula beliau biasanya bekerja di rumah. Di waktu malam pula beliau keluar ke bandar Madinah untuk membantu setiap orang yang memerlukan bantuan.
.
Suatu malam sedang Saydina Umar r.a berjalan di dalam bandar dia terdengar suara tangisan beberepa kanak-kanak. Tangisan itu datang dari sebuah rumah kecil. Bila Saydina Umar r.a.melihat ke dalam beliau ternampak seorang wanita yang sedang duduk dengan anak-anak disekelilingnya. Wanita itu kelihatan sangat sedih manakala anak-anaknya kelihatan sangat lapar.
.
Saydina Umar r.a melihat terdapat sebuah periuk yang sedang menyala api di bawahnya. Fikirnya tentu ada makanan di dalam periuk itu dan sudah tentu wanita itu akan menghidangkannya dan anak-anak itu akan berhenti menangis. Saydina Umar r.a. melihat dan menunggu sementara isi di dalam periuk itu terus mendidih tetapi wanita itu masih tidak memberikan anak-anaknya makan. Akhirnya beliau menjadi hairan.Saydina Umar r.a. lantas masuk ke dalam rumah tersebut dan menanyakan kepada wanita itu kenapa anaknya menangis.
.
Dia memberitahu Saydina Umar r.a. yang mereka menangis kerana lapar. 'Tidakkah makanan dalam periuk itu sudah masak?' tanya Saydina Umar r.a.Wanita itu menghampiri Saydina Umar r.a dan berbisik ke telinganya, "Jangan beritahu mereka yang tidak ada makananpun di dalam periuk itu, kerana saya tidak mempunyai duit lagi untuk membelinya. Periuk itu hanya berisi air tetapi anak-anak saya fikir tentu ada makanan di dalam periuk. Mereka sekarang lapar tetapi saya terus menunggu hingga mereka letih, mereka tentu akan tertidur.
.
Kemudian mereka akan terlupa rasa lapar.Setelah anak-anaknya tidur, wanita itu menerangkan kepada Saydina Umar r.a yang suaminya baru sahaja meninggal dunia. Itulah sebabnya dia tidak mempunyai duit untuk membeli makanan. Malangnya orang yang menguruskan Baitul Mal tidak tahu akan kesusahan yang ditanggung oleh wanita itu. Jika mereka tahu, tentunya mereka akan menolong.Kemudian,Saydina Umar r.a, yang merasa kasihan dengan wanita miskin itu berkata, " Kenapa engkau tidak adukan perkara ini kepada khalifah?""Aku seorang perempuan" jawab wanita itu.
.
Saydina Umar r.a berlari ke Baitul Mal dan memasukkan tepung, daging dan gula ke dalam sebuah karung. Sebaik sahaja beliau hendak membawanya balik kepada wanita itu, salah seorang suruhannya menawarkan diri untuk membawakan karung itu."Aku akan membawa karung itu sendiri." kata Saydina Umar r.a."Di hari pengadilan nanti engkau tidak akan dapat memikul bebanan-bebanan aku, jadi tidak ada sebab kenapa engkau mesti membawanya hari ini."sambungnya lagi.Khalifah membawa karung berisi makanan itu ke rumah wanita tersebut.
.
Bila beliau sampai, beliau sendiri yang memasakkan makanan untuk anak-anak itu dan malah beliaulah yang memberi mereka makan. Sebaik sahaja beliau hendak meninggalkan rumah itu, wanita itu berkata kepadanya, "Engkaulah yang sepatutnya menjadi khalifah, bukannya Umar r.a.. Engkau baik, murah hati dan faham perasaan orang. Itulah sepatutnya yang ada pada seorang khalifah.""Puan", jawab khalifah, "Akulah Umar . Adalah kesalahan aku kerana tidak mengetahui kesusahan engkau. Tetapi sekarang anak-anakmu telahpun makan dan sedang tidur dengan sukacita. Aku juga telah mengatur mulai hari ini, Baitul Mal akan memberi sumbangan kepada engkau supaya engkau dapat menyara mereka secara sempurna sehinggalah mereka dewasa."
.
Jelas Bukan... Lim Guan Eng hanyalah Kafir Harbi & musuh Allah yang mempergunakan nama Syaidina Umar semata-mata untuk kepentingan politik seterusnya mengaburi ummat Islam... malangnya ada yg terpercaya...
.
Apa yg dah berlaku di Pulau Pinang sepanjang pemerintahan Khalifah Lim Guan Eng... Projek-projek kini hanya dapat kepada kontraktor cina... yalah tender terbuka ingat dapat ke syarikat melayu bersaing secara sama rata dengan syarikat gergasi cina... Tanah melayu satu persatu kini jatuh ketangan pemaju @ org cina... pengangguran org melayu meningkat yelah byk company cina nak pakai org cina je dah kerajaan pun org cina... kuota kakitangan kerajaan penang dengarnya dah disama ratakan melayu tidak lagi diberi keutamaan... bantuan kini sama rata walau jelas org melayu & india jauh ketinggalan berbanding org cina...kemiskininan & masalah sosial meningkat dikalangan bangsa melayu & bangsa-bangsa lain... senang cerita Pulau Pinang kini dah jadi negeri cina atau singapore kedua kerana sekarang banga cina dibela dengan sebaiknya disana... melayu & kaum lain ditinggalkan secara perlahan-lahan... time kerajaan BN dulu sekurang-kurangnya UMNO garang bersuara membela juga nasib melayu & bangsa lain sekarang siapa nak bersuara semua tunduk patuh baik PAS, PKR semua bacul & ikut bontot DAP.
.
KAMPUNG BUAH PALA
.
"dulu waktu kerajaan BN, walau tidak dapat geran, tetap sambung boleh duduk... kerajaan sekarang sudah lupa janji-janji mereka yang mau beri kami duduk tetap (geran) " itulah luahan salah seorang penduduk kg Buah Pala...
.
Ada mulut bacul pembangkang kata "kene ikut undang-undang la" - ohh sekarang kata ikut undang2, abis kenapa dulu sebelum pilihanraya janji macam-macam sekarang kenapa tak boleh tunaikan... waktu kerajaan BN roboh rumah haram dengan cara ikut undang-undang wah! bukan mainlah pemimpin pembangkang melolong kata kerajaan kejam dan sebagainya...sekarang kau juga yg buat perkara sama... dulu kata undang-undang manusia buat... abis kenapa tak boleh selesaikan...
.
Lim Guan Eng yang sebelum pilihanraya rajin turun bertemu rakyat menaburkan janji palsu... sekarang tidak langsung mahu bertemu wakil penduduk untuk berbincang... sebaliknya menyerahkan pada exco sahaja... Kata mau jadi macam Syaidina Umar... ini dah jadi setan nampaknya... mana pemimpin india PKR atau DAP semua senyap yang tampil membele penduduk adalah Pemuda MIC dan beberapa ahli UMNO... kan nampak betapa hipokritnya mereka...
.
Mungkin baru sekarang rakyat terutama kaum India sedar bahawa pemimpin Pakatan Rakyat hanya bersandiwara dan menabur janji palsu demi meraih undi... naum selepas menang rakyat ditinggalkan... Tangisan sekarang sudah tiada ertinya lagi kerana nasi sudah menjadi bubur... betapa menyesalnya dulu memberikan undi kepada pembangkang... kalau lah kerajaan BN memerintah mungkin perkara sebegini tak terjadi...
.

Kenapa tak mahu pindah? kalau kerajaan BN roboh atau pindahkan penempatan akan dapat pampasan "setimpal" ada yang mendapat rumah baru... wang tunai bersama perjanjian yang jelas & nyata tidak berat sebelah... tapi lihat kerajaan Pulau Pinang menawarkan satu perjanjian yang nyata hanya menguntungkan Pemaju & kerajaan P.Pinang... tambahan sekiranya berlaku apa-apa penduduk yg akan menanggung akibatnya & liabiliti tidak ditanggung kerajaan Pulau Pinang dan pemaju...
.


Namun apa yang diperjuangkan nyata tidak menjadi di mana semalam sekurang-kurangnya 4 buah rumah telah dirobohkan dan hari ini 5 lagi dijangka akan dirobohkan (baca berita di sini). Kerajaan negeri memandang sepi perkara ini tanpa mahu membela mereka... pemaju dengan keras hati tetap mahu merobohkan rumah... polis pastinya terpaksa bertindak emngikut lunas undang-undang... mangsa tetap rakyat yg menerima natijah sandiwara politik pemimpin Pakatan Rakyat yg hanya tahu berjanji namun menunaikan betum tentu sama sekali... berikut gambar kejadian semalam...
.


.
KESIMPULAN
.
Jadikanlah ini pengajaran....
.
1. Pemerintahan BN/UMNO lebih adil dan saksama untuk semua kaum berbanding Pakatan
.
2. Nasib bangsa Melayu tidak boleh diletakkan di tangan bangsa lain kerana ternyata bangsa lain lebih mementingkan diri mereka danbangsa mereka jika diberikan kuasa dan peluang berbanding bangsa melayu yang lebih bertolah ansur & mementingakan semua
.
3. Pengajaran hebat kepada kaum india dan kumpulan pelampau HINDARF yg sebelum ini mengutuk kerajaan BN/UMNO... nah lihat sekarang rupanya kerajaan Pakatan Lebih teruk lagi...
.
4. Jangan kita terlalu percaya dengan janji-janji manis & impian indah yang dijaja Pakatan yg mana belum terbukti kesahihannya lagi... bimbang kalau kita terus percaya dan menolak keselesaan yg dinimati sekarang rupanya janji & impian itu merupakan HARAPAN PALSU yg mendatang rupanya bencana dan kesengsaraan seperti pepatah melayu "mendengar guruh dilangit air ditempayan dicurahkan" - terlalu tamak mengejar sesuatu yg tidak pasti dnegan meninggalkan sesuatu yg sudah pasti dimiliki yg akhir nya membawa kerugian...
.
5. Kaum cina pantang diberikan peluang pasti mereka mengambil kesempatan semaksimum mungkin dengan menyisihkan kaum lain secara terancang tanpa disedari hinggalah kita tersdar selepas kehilangan segalanya - BUKTI MELAYU SINGAPORE
.
Bersama kita fikirkan... mahukah kita mengundi yg pihak yg akhirnya memporak perandakan bangsa, agama dan negara kita... apa jadi anak cucu & generasi kita ditangan pihak sebegini... jangan hanya fikir keseronokan kita SEKARANG tapi fikirkan juga apa akan jadi pada masa hadapan hasil tindakan kita sekarang.... tepuk dada tanya Iman... buka mata & hati menerima kebenaran...
.
Teruskan Perjuangan...
.
.

Thursday, September 3, 2009

KERAJAAN TERENGGANU BN BAKAL TUMBANG : Y.B LOMPAT MASUK BN HARAM, TAK BERMORAL, JIJIK & HINA... KALAU MASUK PAKATAN ??? MASUK SYURGA?

.
.
Salam Perjuangan...
.
Penulis ingin melahirkan rasa gusar berkaitan perkembangan politik di Terengganu yang mana MB Lembik Ahmad Said masih gagal membina kesepakatan dengan team Idris Jusoh... walhal isu & punca pertelingkahan serta masam muka amat mudah diselesaikan asal ada tolak ansur... dah tahap merbahaya sebegini pun MB Lembik Ahmad Said masih ego & sombong tak mahu akur dengan tuntutan Y.B 10 walhal tuntutan mereka berasas atas dasar menentukan penguasaan politik & merencana agenda pembangunan kawasan masing-masing.
.
Kini Anwar telah mengacau daun dengan memancing kumpulan Y.B 10 untuk melompat parti seterusnya menumbangkan kerajaan BN di Terengganu... pertemuan telah diadakan antara Anwar Al-Jubury dengan Kumpulan Y.B 10 ini dan maklumat yang diterima Anwar telah memasang agen dalam kumpulam Y.B 10 ini bagi melobi mereka menyertai Pakatan disertakan dnegan pakej tawaran yang tiada tolok bandingnya.... hingga ada yang sanggup mengugut untuk keluar UMNO... Peh! setakat ini kumpulan Y.B 10 masih menanti langkah seterusnya yg pasti Agen Anwar confirm nak lompat tetapi tidak mahu secara berseorangan... sekurang-kurangnya mahu melompat dengan jumlah yang dapat meruntuhkan kerajaan BN & membentuk kerajaan baru iaitu sekurang-kurangnya 8 atau 9 orang.
.
Baca berita :
.
Kalau berlakunya "lompat-melompat" di Terengganu ianya merupakan PADAH yg maha hebat buat UMNO & BN... penulis & rakan rakan sependapat tak guna "FBI" berusaha memperbaiki UMNO kalau pemimpin UMNO sendiri dari peringkat pertengahan hinggalah tertinggi sendiri tidak mahu memperbaiki diri, bermuhasabah & mencari jalan terbaik menyatupadukan kekuatan dengan mengetepikan kepentingan diri serta rela berkorban demi kejayaan UMNO....
.
Kalau terjadi lompat melompat ini nescaya ia akan mengukuhkan banyak teori antaranya... terbuktilah Anwar raja lompat kerana berjaya meruntuhkan kerajaan Sabah hinggalah ke Terengganu.... Terbatallah fatwa PAS bahawa lompat melompat parti itu haram & sebagainya demi menghalalkan tindakan lompat itu hingga tumbangnya kerajaan Terengganu... Anwar terbukti lidah bercabang yaitu kalau benda tu baik bagi dia, dia kata bagus, baik & halal tapi kalau baik untuk org lain & dia rugi nescaya kenalah sebaliknya... walau benda tu baik... Kemudian ke semua pemimpin Pakatan Rakyat dipercayai akan "MENJILAT BALIK LUDAH MEREKA" dengan menyokong kejadian lompat yg bakal berlaku ini...
.
Apapun harapan penulis & rakan-rakan PM & TPM serta Dato' Hishamuddin segera ambil tindakan... bertindaklah sebaiknya seperti menarik rambut dalam tepung... rambut dapat tepung tak berselerak... tindakan penuh hikmah yg dapat menyatupadukan UMNO Terengganu. Nasib Islam, Melayu & Malaysia diambang kemusnahan jika kumpulan Anwar Al-Jubury ini dibenarkan memerintah...
.
Janganlah kita harapkan MB Lembik Ahmad Said kerana kalau tunggu dia bertindak alamat dah kalah UMNO & BN satu Malaysia dia masih tak buat apa-apa masih terkangkang tunggu projek yang tak dapat-dapat dari Istana... sudah terlalu lama berlarutan masalah ini...
.
Kepada Anwar Al-Jubury kami akan memastikan hasrat anda hanya tinggal angan-angan yang tidak mungkin kesampaian...
.
.

BINA KUIL DI SEKSYEN 23 SHAH ALAM : BUKTI PAKATAN PANDANG RENDAH ISLAM & MELAYU

.
.
Salam Perjuangan,
.
Terkini : Selesaikan isu kuil - Sumber UTUSAN
SHAH ALAM 2 Sept. – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mencari jalan terbaik bagi menyelesaikan isu cadangan pembinaan kuil di Seksyen 23 di sini bagi mengelak perselisihan kaum. Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata, titah baginda itu disampaikan kepada Abdul Khalid dalam sepucuk surat bertarikh 24 Ogos lalu.“Baginda juga telah menitahkan perkara itu pada sesi menghadap hari Rabu iaitu sebelum mesyuarat Exco berlangsung,” katanya dalam kenyataan bagi mengulas berita yang disiarkan Utusan Malaysia hari ini bertajuk Sultan Selangor diminta campur tangan. - lembab betul MB ni sampai Sultan kena bertitah baru nak ambil tindakan kot... selama ini duduk senyap2 dengan harapan konon boleh selamat apabila isu semakin reda... sekarang sila jawab dari MB Khalid Gagap sampai Y.B Khalis Samad serta PAS...
.
Siapa kata isu pemindahan Kuil Maha Mariama ke Seksyen 23 Shah Alam satu isu yang remeh... mulut-mulut busuk penyokong "BUTA TULI" pembangkang yang beragama Islam tergamak kata isu ni remeh walhal itu hak kita... hak org Islam, Agama Islam... kata perjuangkan Islam tapi kenapa bila isu ni timbul mulut "kononnya Pejuang Islam" seakan terkunci... apakah terkunci kerana sogokan PKR dan DAP terutama kepada PAS?
.
Berita Berkenaan Isu Ini :-
.
Inilah wajah Kuil yang dikhabarkan dibina secara "HARAM" tanpa kelulusan mahupun permit... atas pertimbangan baik kerajaan BN dahulu telah memperuntukkan tanah di sekyen 22 sebagai tapak baru (kawasan bukan majoritinya melayu) - namun pihak Kuil tak bersetuju kemudian tuntut kawasan di seksyen 19 pula (kawasan Melayu). Kerajaan sekarang (pakatan) setuju untuk pertimbangkan namun bila penduduk seksyen 19 buat bantahan pihak Kuil tukar tuntut & mahu kawsan seksyen 23 pula... kali ini lebih drastik kerajaan sekarang (Pakatan) meluluskan permohonan itu walaupun dalam kawasan majoriti Melayu Islam...
.
Fakta ini terbukti apabila permohonan tanah berkenaan untuk dijadikan Bilik Gerakan & Pusat Latihan Squad Penyelamat Malaysia ditolak (BUKTI SURAT DIATAS)

.
Kemudian satu bukti yang menggemparkan terbocor iaitu keputusan Mesyuarat Pemindahan Kuil Sri Maha Mariaman yang mana kerajaan telah bersetuju untuk memberikan tapak di seksyen 23 Shah Alam kepada pemindahan kuil ini yang ditandatangani Y.B Khalid Samad, Y.B Rodziah Ismail dan Wakil Kuil berkenaan yang mana proses mendapatkan kelulusan akan dipanjangkan ke Mesyuarat Kerajaan Negeri dan selewatnya 30 September 2009 keputusan pemindahan ini akan diluluskan... kuil berkenaan akan beroperasi ditapak lama sehingga mendapat kelulusan MBSA pembinaan selewatnya Mac 2010... (BUKTI DI ATAS)
.
Ini membawa kepada satu demonstrasi aman Gabungan NGO Malaysia & penduduk seksyen 23 Shah Alam yang mana surat pemberi tahuan demo dan tujuan telah disampaikan kepada beberapa pihak termasuk media (seperti diatas).
.
Maka berlakulah demo yang bermula di perkarangan masjid Shah Alam sehinggalah berarak ke Pejabat SUK Selangor bagi menyerahkan memorandum bantahan. Berikut adalah gambar-gambar dihari kejadian :-
.














Namun kini kalau kita semua sedar... Pakatan Rakyat telah memanipulasi dan memainkan fokus masyarakat bukan kepada isu Pemindahan Kuil sebaliknya kepada kejadian dalam perarakan dan demonstrasi aman iaitu membawa kepala lembu yg kononnya menghina Agama Hindu...
.
Habis penghinaan pada Agama Islam dalam pelbagai isu masyarakat macam mana??? dari caci makian kepada agama Islam oleh Pemimpin DAP hingga lah Kafir Cina & India membaca ayat Al-Quran & membuat tafsiran sendiri hingga menuduh org Islam sendiri kurang faham dan menghayati ayat Al-Quran berbanding mereka lantas sanggup lah seorang pemimpin Cina DAP laknatullah beliau memerintah umpama Khalifah Islam Syaidina Umar Abd Aziz... Lihat Bangsat tak permainan golongan Kafir Harbi ini...
.
SIAPA SALAH??? kenapa Y.B Khalid & Y.B Rodziah senyap? Kenapa MB Y.B Khalid Gagap tak bangkit menjawab? sebab bukti yg ada pada umum jelas & nyata betul tak? sehinggakan pemimpin PAS dikawasan Shah Alam di arahkan pimpinan Ulama mereka agar tidak membuat sebarang komen... ini apa cerita? isu BOGEL... Bersekedudukan dengan Lelaki Melayu Islam... boleh bagi kenyataan sampai keluar FATWA, isu kemaslahatan Ummah dan Hak agama Allah serta org Islam sneyapkan diri??? Sekarang adakah anda percaya bahawa PAS perguna & perkudakan Agama Islam untuk sokongan & kuasa bukan menjadikan ISLAM sebagai panduan dalam jihad & perjuangan mereka serta berjuang dalam politik demi mengangkat ISLAM & menegakkan syiar Islam.
.
Jelas Xavier Jayakumar (Kafir Harbi) lebih berkuasa & gagah dari Y.B Khalid & Y.B Rodziah serta MB Y.B Khalid dan juga seluruh pimpinan dan ahli PAS selangor kerana bertindak menghina hak penduduk Islam tanpa dibantah oleh mereka...
.
Isu Rampasan Arak - Islam Kalah! Arak kena pulang
Isu Kuil - Islam Kalah Lagi! Kuil akan dibina percayalah walau bermula haram kini jadi HALAL
Isu Moral Pemimpin - Islam kalah! Bogel & bersekedudukan tak salah
Isu Laluan Pencawang TNB - Pendudk Islam Kalah! Alih Dari Kampung cina ke kampung melayu
Isu Penutupan Pusat Pelacuran & Perjudian - Islam Kalah... Penguat kuasa dan polis dihalang Y.B Ronie
.
SELEPAS INI TAK TAHU APA LAGI HAK ISLAM AKAN DIGADAIKAN DI SELANGOR...
.
Fikirlah Sendiri... Nasib Anda, Anak, Cucu & Generasi Akan datang jika pimpinan sebegini terus memerintah... MasyaAllah!
.
.

ANWAR LIWAT PERGUNA UNDANG-UNDANG : SEBUTAN SEMULA KES TUNDA LAGI - 3 NOVEMBER

Salam Perjuangan
.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menetapkan 3 Nov ini untuk sebutan semula kes melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dituduh meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada Jun tahun lepas. (baca di sini)
.
Inilah kebijaksanaan putar alam dan pembelit... Anwar & peguamnya terus menggunakan ruang & kelemahan undang-undang untuk terus menerus menangguhkan perbicaraan ANWAR LIWAT... kalau tak silap dah kali ke 20 agaknya ditangguhkan... dengan taktik peguam anwar mohon itu ini... tak puas hati buat rayuan pula... & setiap tindakan itu memerlukans ebutan pada tarikh berbeza... so tertangguh dan terus tertangguh... Anwar terut membelit - so mana hak Saiful Bukhari? kalau tak salah kenapa takut berdepan di mahkamah sebaliknya guna taktik licik macam ini? Dah lah bersumpah atas nama Allah pun takut... kepada pembaca fikirlah sendiri? mahu terus percaya kepada permainan licik Anwar Al Juburi ini?
.
Memetik luahan seorang sahabat Saiful di Facebook "Mungkin selepas ini dia akan minta gugurkan juga hakim dan bangunan mahkamah itu" . Seorang lagi; "Anwar nak gugurkan hakim serta pendakwaraya. Nak senang, Anwar lantik diri dia sendiri aje jadi pendakwaraya dan hakim. Tapi Anwar boleh buat macam tu kat tanjung rambutan."
.
Setiap permohonan akan memakan masa dan helah seperti ini hanya dibuat bagi melambatkan perbicaraan, boleh rujuk artikel yang ditulis oleh Tun Dr Mahathir, disini..
.
Memetik kenyataan Siful Bukhari (Rujuk Di sini) :-
.
"Inilah 'hasil' helah atau dolak-dalih tertuduh, beliau buat pelbagai permohonan untuk melewatkan perbicaraan. Mahkamah pula perlu mendengar setiap permohonannya. Setelah keputusan permohanan dibuat, salah satu pihak pasti tidak akan berpuas hati dan membuat rayuan. Rayuan pula akan memakan masa. Tidak puas hati lagi, ke Mahkamah Persekutuan pula. Proses diulang untuk permohanan-permohonanya yang lain."
.
"Kesimpulannya, matlamat beliau melakukan semua ini hanya untuk melunturkan semangat saya dan berharap saya akan mengalah. Dalam pada masa yang sama, beliau tidak berputus asa mengarahkan orang2nya mencari saya, untuk apa? Wallahualam..Maaf Datuk Seri, Saya TIDAK akan menyerah kalah! Pantang Berundur Sebelum Ajal!Saya tidak bergantung pada mahkluk, saya bergantung pada Allah swt.. Walaupun perit menahan sabar, namun saya tetap akan terus bersabar, berdoa dan berserah pada Allah swt, kerana saya yakin, pasti ada hikmah disebaliknya. "
.

Inilah wajah sebenar pemimpin Pakatan Rakyat... Kalau ketua pemimpin dah macam ni setakat anak buah bogel, bersekedudukan dengan suami org, skandal seks, ada perempuan simpanan dan macam-macam lagi tentu tak mengapa... betul tak? masih boleh jadi Y.B tak tahu malu... kalau tersebar keburukan dia wah! macam-macam alasan siap keluar fatwa lagi dan paling best salahkan Barisan & UMNO...

Rakyat sekalian, Rakan-Rakan & Pembaca saksikan lakonan POLITIKUS yg menerima anugerah politikus "sesumpah" & anugerah lidah "bercabang" beraksi dalam sebuah FILEM "PANJANG" paling popular masa kini "ANWAR LIWAT KE TAK LIWAT" - pastikan anda teruskan menonton kerana ANWAR AKAN MEMBERIKAN ANDA KLIMAKS PALING BEST lagi mendebarkan di akhir drama ini...

Teruskan Perjuangan...

.