Tuesday, June 23, 2009

MINTA KERAJAAN TERLUS WABAK H1N1 - SELSEMA BABI MEREBAK : NEGARA SEMAKIN CEMAS






Salam Perjuangan



Rakan memberi tahu saya agar mengelakkan untuk hadir dengan sengaja ke tempat awam yang ramai pengunjung dan mengelak dari melakukan penerbangan domestik apatah lagi antarabangsa kerana tahap sebenar merebaknya penyakit selsema babi H1N1 sebenarnya serius. Menurutnya apa yang didedahkan media dan kerajaan hanyalah sebahagian kecil melalui cerita sebenar seperti sekolah ditutup, pesakit dikuarantin dan sebagainya... (baca sini)



Hakikat sebenar terdapat beberapa kelemahan dalam mengesan dan monitoring system yg dilaksanakan contohnya apakah mereka-mereka yang dikhuatiri dijangkiti ini dapat dikesan dengan segera dan dikuarantin tanpa sempat menginfeksikan org lain semasa diluar... contoh penumpang kapal terbang yg bersama dalam penerbangan dengan pesakit yg confirm mengidap H1N1... sebenarnya tidak 100% ke semua yg disyaki dapat dikesan atau dikuarantin dgn segera yg memungkinkan penyebab berlaku jangkitan domestik...

Pandemik atau wabak H1N1 ini bukan wabak biasa kerana jangkitannya boleh membawa maut dalam tempoh 2-7 hari jika tidak mendapat rawatan antiviral. Selain itu ia juga terlalu amat mudah berjangkit melalui titisan air ketika bersin... bercakap etc. Kerajaan tidak perlu berfikiran terlalu jumud bimbang dengan pendedahan sebenar akan menimbulkan suasana panik dan tidak terkawal... sebaliknya dengan penapisan maklumat sebenar akan menambahkan keparahan yg berlaku sedangkan ia dapat ditangani dengan lebih baik melalui pendedahan maklumat sebenar. Rakyat kini kian bijak jika tidak kenapa kerajaan BN hampir tumbang pada PRU lalu...

Mohon kepada kerajaan melakukan hebahan sebenar maklumat berkaitan H1N1 agar rakyat dapat mengambil langkah berjaga-jaga dan pencegahan bagi mengelakkan penularan wabak H1N1 ini. Wujudkan talian free tol dan hebahkan di TV sebagai talian pandemik bagi melaporkan suspek jangkitan H1N1...

Kepada Allah berserah...


No comments:

Post a Comment