Tuesday, June 30, 2009

BIODATA CALON PAS - HAJI MOHD FAUZI & CALON BN - TUAN AZIZ DUN MANIK URAI

Salam Perjuangan...

Mari sama-sama kita meneliti maklumat am berkaitan pengundian bagi kawasan DUN Manik Urai dan Calon yang bakal bertanding

Calon PAS bagi mempertahankan Dun Manek Urai : Haji Mohd Fauzi Abdullah

Latar Belakang:
Haji Mohd Fauzi Abdullah, 50 mempunyai lima anak hasil perkongsian hidup dengan Aminah Mahmood. Beliau lahir di Bukit Marak, Kelantan. Biarpun Mohd Fauzi tinggal di Guchil, beliau mempunyai keluarga yang ramai di Dun Manek Urai.

Politik :
Terbabit dengan PAS sejak muda lagi.
Beliau juga Ketua Cawangan PAS di Bandar Kuala Krai,
Pengarah MTD Guchil dan bekas Penyelia Dun Guchil.


Kemasyarakatan:
Beliau juga anggota jawatankuasa PIBG Maahad Rahmaniah, Kuala Krai.

Pengalaman Kerja
Penyelia Pilihanraya Dun Guchil
Ahli Majlis Daerah Kuala Krai
Pengusaha dan peniaga Ikan di Bandar Kuala Krai

Pendidikian :
Menengah Rendah



Calon BN bagi mencabar Kerusi DUN Manik Urai : Tuan Aziz Tuan Mat

Latar Belakang
Tuan Aziz Tuan Mat 39 adalah anak jati Kuala Krai merupakan anak keempat dari enam beradik. Suami kepada Suzana Husin, seorang guru di Sekolah Menengah Tengku Indera Putera II, Gua Musang dan bapa kepada tiga orang anak ini ternyata berpengalaman luas dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat setempat.

Pendidikan :
Pendidikan awal di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Yok Chai
Sekolah Kebangsaan Sultan Yahya Petra
Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yahya Petra
Sekolah Menengah Teknik Terengganu.
Universiti Teknologi Malaysia pemegang Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Teknologi

Pengalaman Bekerja
Bertugas di beberapa buah syarikat swasta di Kuala Lumpur seperti Kontena Nasional Berkhidmat bersama Kesedar pada tahun 1997
Bekas CEO KESEDAR Perkilangan Sdn Bhd (KPSB)
Pengurus Bahagian Pemantauan Projek Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar),

Aktiviti kemasyarakatan dan sosial
Majlis Belia

Persatuan Kelab-kelab Belia Malaysia (MAYC)

Politik
Ketua Pemuda UMNO Kuala Krai




BUKTI KAKITANGAN AWAM : RAMAI PEMBANGKANG & MILIKI JAWATAN BESAR DALAM KERAJAAN

Salam Perjuangan...

Suka saya memetik artikel lama saya bertajuk -
UMNO BODOH : KAKITANGAN TERTINGGI PERKHIDMATAN AWAM, PERUNDANGAN SOKONG PEMBANGKANG ada yang tak setuju dengan mengatakan bahawa mereka semua adalah neutral - so bila pilihanraya pangkah mana? pembangkang lah sebab itu hak peribadi katanya... abis macam mana tu... kakitangan awam sendiri tak faham dan tak jelas kenapa perlu sokong kerajaan...

Yg menyedihkan lagi kakitangan kerajaan gagal jadi agen untuk menerangkan kepada masyarakat polisi dan kebaikan serta pentingnya menyokong usaha kerajaan sebaliknya jadi talam 2 muka dengan menjadi penyebar fitnah, memburuk-burukkan kerajaan dan mensabotaj usaha kerajaan... sedih kerajaan yg didokong UMNO lah yg memberikan mereka rezeki untuk mereka membesarkan keluarga dan hidup dianggap kerajaan kafir... laknatullah... bagi saya org seperti ini tidak bersyukur dan berterima kasih... kalau tak suka UMNO & kerajaan berhenti kerja kerajaan... betul tak? ramai lagi graduan dan org diluar sana yg tulus ikhlas menyokong kerajaan tak dapat kerja kerajaan keraja disabotaj pegawai pro pembangkang...

So salah siapa? Salah UMNO bodoh lah kerana membiarkan perkara ini terjadi walhal jika mendapat penerangan sewajarnya kakitangan awam yg lebih 1 juta org ini mampu menjadi penyampai berita kebenaran kepada masyarakat... yg akhirnya akan memperbetulkan persepsi masyarakat dan UMNo itu sendiri... fikir sendirilah ada ke pekerja di SUK Kelantan yg menyokong UBN? alamat kena pecatlah!

BUKTI TERKINI - Perhatikan Keluarga Calon PAS Manik Urai : Haji Mohd Fauzi Abdullah
- bukti terbaik memperkatakan bahawa kerajaan dicemari pekerja PRO PAS! bukan calang-calang pekerja atasan mungkin JUSA!

Empat adik beradik Haji Mohd Fauzi Abdullah mendapat pendidikan tinggi hingga keluar negara - Fikir Siapa yang bagi biasiswa dan taja pengajian mereka kalau tak Kerajaan Kafir UMNO

Kakak sulungnya, Mariam isteri kepada seorang pesara polis
Seorang lagi kakaknya, Prof Dr Aminah pensyarah kanan di UKM;
ketiga, Ibrahim seorang peniaga buah-buahan;
keempat, Sabariah ketua jururawat di Hospital Temerloh.
Kelima, Mohd Yazid, pengarah jabatan kerajaan di Putrajaya.
adik lelakinya iaitu Razali memiliki syarikat perunding di Pulau Pinang
adik bongsu, Zaidi lepasan bidang IT di universiti, Australia.

Lihat sajalah betapa senangnya mereka, tinggi-tinggi pangkat mereka... namun apakah mereka ini menyokong dan mengundi kerajaan yg memberikan mereka peluang & rezeki untuk berjaya? Apakah mereka ini kakitangan awam yg benar-benar memahami dasar dan polisi kerajaan yg mana kalau betul-betul mereka faham nescaya mereka akan menyokong kerajan sekarang ini berbanding memalingkan wajah menyokong pembangkang...

fikir strategik lah sikit wahai pemimpin melayu!



Friday, June 26, 2009

NIK AZIZ SAKIT : SAMAKAN NASIONALIS BN ADALAH DENGAN KOMUNIS PKM

.
Salam Perjuangan
.
Tak tahu apa yg merasuk Nik Aziz baru-baru ini hinggakan kenyataan yg keluar dari mulutnya tidak rasional langsung seolah-olah dia bercakap menurut emosi & hawa nafsu berbanding akal fikiran yg waras... Apakah Nik Aziz sudah tidak dapat mengawal bisikan "khadam & sahabat" peliharaannya hinggakan dia semakin nyanyuk dan lupa... Nik Aziz telah memusnahkan harapan penyatuan Ummat Islam demi pelihara kerjasama dengan golongan Kafir Harbi, Berlagak Diktator dalam PAS - Suruh org keluar PAS, Restui Persetubuhan dan Bersekedudukan Si Sundal Elizabeth Wong... dan banyak lagi...
.
Terima kasih kepada Bloggers Angin Perubahan atas maklumat berharga ini. Berikut beberapa petikan ucapan Nik Aziz ketika berceramah di Kampung Guar Jering, Penanti, Bukit Mertajam pada 27 Mei 2009 (lihat video ini).
.
“Jika pada zaman PKM ramai mereka yang tidak bersalah dan berdosa dibunuh dan dizalimi. Apa bezanya pada zaman ini dimana mereka yang tidak bersalah mudah dizalimi oleh pemerintahan BN. Oleh kerana itu ada persamaan antara PKM yang dahulu dan BN yang wujud sekarang. Kedua-duanya sama saja"
.
"Kesan yang ditinggalkan oleh PKM pada ketika itu dapat dirasai sehingga sekarang. Begitu juga dengan kerajaan BN yang mengamalkan ISA sebagai satu akta yang menzalimi rakyat yang tidak bersalah. Bukankah ini juga semacam dengan mereka (BN sama dengan Komunis).”
.
Apakah beliau masih layak menjadi pemimpin "de factor" bagi PAS... Niz Aziz hanyalah manusia biasa yg boleh khilaf. Tambahan Husam Musa - anak didik Anwar telah meracun dan menjadi penasihat no 1 Nik Aziz. Kalau tindakan itu adalah demi kebenaran dan pembelaan ummat silam tidak salah & berdosa kita kerana membelakangi Niz Aziz dalam menentukan hala tuju PAS. Buat Hj Hadi & Ustaz Nasha fikirlah sendiri kemana nak bawa PAS selepas ini...
.
Salam Perjuangan
.
.

3 JAMBATAN KE SINGAPURA : NAJIB JANGAN SALAH LANGKAH

Salam...

Terbaca Blog Kuda Kepang mengenai keperluan sebenar adalah menggantikan tambak johor dan bukannya membina jambatan ketiga. Apa yang disabotaj Pak Lah berkaitan cadangan jambatan Tun M dahulu harus diteruskan.

Apapun keputusan Sultan Johor yang tidak berkenan untuk pembinaan jambatan ke tiga ini sudah dijangka memandangkan singnifikan keperluannya yg masih samar. Pembinaan jambatan ke 3 juga akan menimbulkan isu keselamatan seperti terlalu banyak pintu keluar masuk, kalau perang memudahkan tentera darat singapura menyeberang ke Johor... Impak alam sekitar dan sebagainya...

Najib jangan jadi Pak Lah... tolong lah rasional & profesional sikit... nanti sejarah berulang "harapkan pagar, pagar makan padi + harapkan penasihat, penasihat menjahanamkan diri"
Sendiri fikirlah ya... Salam Perjuangan

PEMIMPIN PAS BUAS : KETUA DEWAN ULAMA PAS PERLIS DERA & SIKSA ISTERI

.
Berita ini teman ambil dari blog brokenthecode : Isteri beliau minta cerai! tak tahan didera.
.

.
Dunia-dunia... kalau inilah wajah sebenar pemimpin PAS dan termasuk Pakatan Rakayat (PKR&DAP) nescaya apalah nasib Malaysia jika mereka memerintah. Inilah org yg kononnya beragama, ulama dan Islam tapi sebenarnya menjadikan Islam itu sebagai TOPENG, ALAT dan TANGGA untuk mencapai hiraki keduniaan.
.
Janji Allah itu benar dan akan tiba bahawa golongan yg benar pasti menang dan kebatilan akan didedahkan. Inilah golongan yang dikatakan ulama akhir zaman oleh Rasulullah SAW... ikuti intipati berita berkenaan Ustaz Abdul Rashid (ketua dewan ulama PAS) :-
.
1. Pada perbicaraan kes tuntutan fasakh yang difailkannya di Mahkamah Rendah Syariah Kangar bagi menuntut perceraian daripada suaminya selepas mengakui tidak tahan lagi dipukul dan didera.
.
2. Menurut Siti Rosmala (isteri Ustaz Abdul Rashid) lagi, nafkah RM300 itu diterima pada bulan pertama iaitu September 1999 dan tiada lagi nafkah sehingga hari ini (selama 10 tahun)
.
3. Siti Rosmala (isteri) berkata "Dari luar dia memang kelihatan baik dan warak, tetapi sebenarnya dia lelaki yang kejam dan panas baran,"
.
4. Siti Rosmala (isteri) berkata "Dari segi batin dia tidak pernah lupa. Kalau boleh setiap hari dia mahu sehingga kadangkala dia tetap memintanya walaupun saya dalam pantang," katanya.
.
5. Abdul Rashid juga dituduh mendera Isterinya juga. Siti Rosmala (isteri) turut mendedahkan suaminya juga bertindak kejam dengan memukulnya termasuk di kepala, selain dirotan hanya kerana kesalahan kecil.
.
Bacalah dan sendiri nilai bagaimana wajah dan watak sebenar manusia yang kononnya alim ulama - sebenarnya "Ular Dalam Semak" seperti kata Mat Sabu... ini kawan dia lah ni...
.
.

Thursday, June 25, 2009

SELSEMA BABI H1N1 : ANCAMAN SEMAKIN MEREBAK - KEMENTERIAN KESIHATAN BIMBANG



Salam Perjuangan...


Merujuk kepada siaran berita TV3 dan sumber berita Utusan (disini) telah mengesahkan artikel yang penulis siarkan sumber dalaman rakan penulis adalah BENAR, TEPAT DAN PADAT.


Boleh dibaca disini : Artikel pada June 23, 2009 bertajuk MINTA KERAJAAN TERLUS WABAK H1N1 - SELSEMA BABI MEREBAK : NEGARA SEMAKIN CEMAS


Sumber terkini memberitahu bahawa 80 kes HIN1 telah dikenal pasti dan jangkitan pasti akan meningkat memandangkan banyak suspek yg mendapat jangkitantidak dapat dihubungi / dikesan yg pastinya akan menginfeksi virus ini kepada individu sekitarnya - transisi domestik


Sumber Utusan : 12 lagi kes baru H1N1
Sumber Malaysia Kini : H1N1 kini 80 kes, 11 tempatan


Apa yang pasti jika diteliti fakta ini pasti membimbangkan (sumber berita jam 8.00 malam TV3 25/6/09) PC Ketua Pengarah Kesihatan:-


1. 69 kes jangkitan luar negara & 11 Domestik - 14% jangkitan tempatan : penularan dalam negara yg membimbangkan
2. Minggu lepas 21 - minggu ini 80 : Peningkatan 400%
3. Kementerian Kesihatan mengakui berlaku kebocoran dalam prosedur pengesanan - ada pesakit H1N1 terlepas masuk dalam negara kita yg tidak kita ketahui siapa.
4. Kementerian Kesihatan mengakui ada suspek kes H1N1 yang gagal dikesan hingga kini menyebabkan proses kuarantin tidak dapat dilakukan - dibimbangi menyebabkan menginfeksi domestik.
5. Kementerian Kesihatan mengakui ada suspek kes yang tidak mematuhi prosedur kuarantin sepenuhnya - dibimbangi menjangkiti org lain.
6. Enam Buah Sekolah (6) telah terlibat sama ada kuarantin / ditutup kerana terdapat pesakit positif H1N1 : bayangkan jika terjadi penyebaran berapa ramai sebenarnya terlibat.



Cadangan Kepada Kerajaan



1. Wujudkan Talian Pandemik - talian 1-800-***
2. Perketatkan saringan - telah dilaksanakan kerajaan
3. Larangan Perjalanan Ke Negara Jangkitan Tinggi - cth Larangan Ke Melbourne Kerana dah lebih 1,000 kes positif H1N1 dikesan
4. Laman Web Pandemik H1N1 - maklumat am + no contact kecemasan
5. Menggunakan media massa sebagai medium penyebaran amaran dan maklumat berkaitan H1N1.

Bersama Kita Mencegahnya..... Kepada Allah Berserah

FITNAH : KES MANOHARA & TENGKU FAKHRY - BUKTI RAKYAT INDON EMOSI, BUTA & TAK RASIONAL

Salam Perjuangan
.
Selain isu selsema babi ada satu lagi isu panas yg kalau kalian ke Indonesia menjadi topik perbualan sekiranya kalian diketahui sebagai warga Malaysia : Kes Manohara Odelia Pinot & Tengku Muhammad Fakhry, Tengku Temenggong Kelantan... Kononnya Manohara diseksa kejam selama ia tinggal di Istana Kelantan. Sorry kalau ada yg boring... tapi percayalah kalau pergi ke seberang anda pasti tension+boring+marah kalau di depan kita selamba org Indon kutuk Malaysia & tanpa usul periksa dan buat penghakiman sendiri... Nak menjawab lebih-leih kang kita balik kena... tak balik Malaysia aku...
.
Apapun sentimen kebencian terhadap Malaysia sudah tersemai dan terus disuburkan oleh media massa Indon... Itu kelemahan kalau media tak terkawal & terlalu bebas suka hati bapak mereka siar cerita fitnah dan yg bodohnya rakyat Indon terus percaya bulat-bulat. Media tak memikirkan langsung berkenaan hubungan luar Indonesia yg mungkin akan terjejas akibat berita fitnah itu... media+rakyat Indon terlampau "Gila+Emosi Melampau+Buta - kerana tak mahu melihat kebenaran sebaliknya memaparkan berita fitnah demi sensasi".
.
Isu Tengku & Manohara ni memang jelas kes INDON tak tahu dek untung... senang cerita ibu, kakak & manohara ambil kesempatan ke atas Tengku Fakhry... kepada tengku jadikanlah ini pengajaran lawa, bergetah, muda dan cantik TAK GUNA kalau peribadi BUSUK, JIJIK & BERNANAH... Kalau dah keturunan perempuan murahan dia tetap perempuan murahan walau dipakaikan EMAS, INTAN & BERLIAN. Jadi Kahwinilah seseorang wanita itu kerana Agamanya sesuai dengan saranan Nabi S.A.W.... Korang boleh bacalah KISAH SEBENAR KES MANOHARA DI SINI...
Aku bagi lagilah contoh kebencian yang ditanam media kepada rakyat Indon selain kes Manohara ni :
.
1. Kes pembantu rumah di dera & seksa di Malaysia - PANAS! macam semua majikan kat Malaysia macam tu... sampai ada ungkapan "Kalau pergi bekerja di Malaysia mencari maut/mati" pada hal punyalah ramai "bibik" Indon di negara Arab hilang tanpa dikesan, didera & seksa, ada yg di rogol & dianiaya secara seksual - tak ada pun media Indon hebohkan... senang cerita mereka memang benci Malaysia!
.
2. Malaysia mahu jajah Indonesia - Kes Pertikaian Kawasan di perairan Ambalat : macam-macam kapal perang Malaysia ancam kapal perang Indonlah... Tentera Malaysia tidak hormat, macam samseng dan lain-lain lagi... cerita seperti ini disensasikan dan digunakan untuk membakar semangat patriotik bangsa Indonesia kanon Malaysia musuh. Padahal setiap tahun hampir 3 Billion duit Malaysia masuk ke Indon sebab Malaysia bagi kerja kat org Indon... Bodoh punya Indon!
.
3. Termasuk isu politik tau jangan tak tahu... Media Indon gambarkan kerajaan Malaysia zalim, rasuah, tidak adil, suka aniaya & rakyatnya dikongkong... siap dia media Indon membela lagi Anwar itu sebagai pemimpin agung di Malaysia dan lain-lain. Gila! media indon pula yg lebih lebih... bayangkan contohnya kalau media Malaysia... Utusan, BH, Metro, TV3 putar belit berita sokong golongan pemisah selatan Thai atau sokong gerakan yg nak tumbangkan kerajaan di Thailand - ko rasa apa yg akan kerajaan Thailand lakukan??? tu nak kata Media Indon GILA!
.
Padahal kalau kau nak tahu sebenarnya masalah dari rakyat Indonesia kepada Malaysia lagi banyak :-
.
1. Pendatang Haram
2. Datang Malaysia merompak, menyamun & mencuri
3. Masalah sosial kepada masyarakat (gejaka sosial etc)
4. Melakukan pembunuhan + samun + peras ugut
5. Masalah Ekonomi (bunuh peluang ekonomi org tempatan)
6. Melarikan anak dara, isteri dan janda
7. Merosakkan rumah tangga org
8. Sendiket penyeludupan dadah dan manusia etc
9. Sendiket penyeludupan senjata api
10. Sendiket curi kenderaan (kereta+motor etc)
11. Kes Rogol + culik + tebusan
12 Dan macam-macam lagilah yg ko boleh fikirkan sendiri.
.
Maklumat rakan bagi tau kat penjara sekarang 50-50 pendatang dengan tempatan... sebenarnya kes jenayah banyak dilakukan pendatang jugak...
.
So fikirla sendiri sama ada bagus sangat ke bangsa INDON ni... dan org INDON perlu berterima kasih dan bersyukur sebab Malaysia lubuk rezeki kalian serta membalas jasa bukan membalas kebaikan Malaysia dengan mencaci maki, menaburkan fitnah dan membusukkan hubungan kedua negara ini serta bersikap tak tahu dek untung.
Jangan jadi INDON yang Emosional tak tentu hala, Gila Terlampau dan Buta tak mahu menyelidik mencari kebenaran sebenar...
.
Fikirlah sendiri...
.
.

Tuesday, June 23, 2009

MINTA KERAJAAN TERLUS WABAK H1N1 - SELSEMA BABI MEREBAK : NEGARA SEMAKIN CEMAS






Salam Perjuangan



Rakan memberi tahu saya agar mengelakkan untuk hadir dengan sengaja ke tempat awam yang ramai pengunjung dan mengelak dari melakukan penerbangan domestik apatah lagi antarabangsa kerana tahap sebenar merebaknya penyakit selsema babi H1N1 sebenarnya serius. Menurutnya apa yang didedahkan media dan kerajaan hanyalah sebahagian kecil melalui cerita sebenar seperti sekolah ditutup, pesakit dikuarantin dan sebagainya... (baca sini)



Hakikat sebenar terdapat beberapa kelemahan dalam mengesan dan monitoring system yg dilaksanakan contohnya apakah mereka-mereka yang dikhuatiri dijangkiti ini dapat dikesan dengan segera dan dikuarantin tanpa sempat menginfeksikan org lain semasa diluar... contoh penumpang kapal terbang yg bersama dalam penerbangan dengan pesakit yg confirm mengidap H1N1... sebenarnya tidak 100% ke semua yg disyaki dapat dikesan atau dikuarantin dgn segera yg memungkinkan penyebab berlaku jangkitan domestik...

Pandemik atau wabak H1N1 ini bukan wabak biasa kerana jangkitannya boleh membawa maut dalam tempoh 2-7 hari jika tidak mendapat rawatan antiviral. Selain itu ia juga terlalu amat mudah berjangkit melalui titisan air ketika bersin... bercakap etc. Kerajaan tidak perlu berfikiran terlalu jumud bimbang dengan pendedahan sebenar akan menimbulkan suasana panik dan tidak terkawal... sebaliknya dengan penapisan maklumat sebenar akan menambahkan keparahan yg berlaku sedangkan ia dapat ditangani dengan lebih baik melalui pendedahan maklumat sebenar. Rakyat kini kian bijak jika tidak kenapa kerajaan BN hampir tumbang pada PRU lalu...

Mohon kepada kerajaan melakukan hebahan sebenar maklumat berkaitan H1N1 agar rakyat dapat mengambil langkah berjaga-jaga dan pencegahan bagi mengelakkan penularan wabak H1N1 ini. Wujudkan talian free tol dan hebahkan di TV sebagai talian pandemik bagi melaporkan suspek jangkitan H1N1...

Kepada Allah berserah...


SABOTAJ : POSTER PRESIDEN PAS DS ABDUL HADI TIDAK ADA DI MANIK URAI KERANA ISU KERAJAAN PERPADUAN


Salam Perjuangan...

Makin menjadi-jadi... apakah dosa Ustaz Hadi hinggakan untuk Pilihanraya Kecil Manik Urai tiada satu poster pun dicetak gambar Ustaz Hadi untuk menunjukkan seterusnya memperkenalkan PRESIDEN PAS kepada penduduk manik urai... alasan ia mahu dijadikan isu "lokalisasi" dengan semua poster dicetak hanya gambar Nik Ajis...
Sumber dalaman memetik Pasukan Endorgan yg sememangnya menguasai kelantan melalui Husam Musa mahu meminggirkan pengaruh Ustaz Hadi atas alasan sebab tak mahu isu Kerajaan Perpaduan mempengaruhi trend pengundi. Ni sapa Presiden PAS ni? Nik Ajis kah? Husam Musa Kah? atau Ustaz Hadi? tuan-tuan bayangkan poster UMNO tiada poster Presiden UMNO untuk berhadapan dalam pilihan raya... kan kerja gila tu. Husan terus terang jelah kata Ustaz hadi kena sabotaj dikelantan jangan bagi alasan macam-macam.
Bagi Nik Aziz semua org kena ikut cakap dia kalau tak ikut alamat derhaka... tak Islamik... keutuhan pakatan bersama kafir harbi lebih penting berbanding penyatuan Ummat Islam...

Tiada lagi poster sebegini... apakah PAS akan mengalami perpecahan... 1 : team endorgan/profesional yg PRO Anwar dan mengamalkan Anwarisme atau 2 : team Ulama/agama yang pro Ustaz Hadi & Nasharuddin + Haron Din yang mampu berfikiran jauh dan terbuka berkaitan kemaslahatan ummah. Masa akan menentukan segalanya...

Petikan Sumber :

Poster Nik Aziz 'bernilai komersil tinggi'

Tiada poster Hadi selepas reda isu k'jaan perpaduan

Mahfuz tidak tahu tiada poster Hadi

KES KEMATIAN K SUJATHA : WARAN TANGKAP PEMIMPIN PKR MANIKAVASAGAM

Salam Perjuangan

Satu demi satu skandal dan kes jenayah terus dikaitkan dengan kepimpinan Pakatan Rakyat... dari kes demostrasi ganas hinggalah kes liwat pemimpin agungnya ditambah dengan rencah seperti skandal perempuan simpanan hingga ke pendedahan gambar bogel dan menyambil pulak yang cina bersekedudukan dengan pemuda melayu Islam - kata Islamik sangat apa Anwar ambil pemimpin kongsi gelap ke jadi pemimpin Pakatan Rakyat. (lanjut di sini)

Ni pulak waran tangkap dah keluar untuk Manikavasagam Ahli Parlimen Kapar & Pemimpin PKR kerana gagal hadir untuk siasatan dipercayai beliau ada "contact" dengan pelakon S Sujatha semasa hayat mendiang.

Kenapalah rakyat tak fahanm-faham & mahu terus menyokong Pakatan Rakyat walau terbukti pemimpin mereka sendiri tidak "sesuci & sebersih" yg dicanangkanoleh mereka...

letih tulis... ko fikir-fikir dan sendiri mau ingatlah!



NIZAR PENIPU & PEMBOHONG : TAHNIAH PENGUNDI PARLIMEN BUKIT GANTANG & DUN PASIR PANJANG


Salam Perjuangan...
Sejurus selepas angkat sumpah Nizar melakukan aksi menjulang tangan sambil menjerit "Hidup Rakyat, Bubar DUN" dalam parlimen pada 15 Jun 2009. . .
.
Tahniah kepada pengundi Parlimen Bukit Gantang & DUN Pasir Panjang kerana sudah tentunya nasib anda semua dikawasan akan terbela kerana mengundi calon YB anda yg aktif berteriak tak tentu pasal... tak tahu adab dan peraturan... suka berdemonstrasi dan melanggar undang-undang... mesti anda semua suka nizar ni menjadi contoh kepada anak-anak kalian tu yang undi Nizar... kepimpinan melalui tauladan katakan... mesti kawasan anda membangun pesat kerana YB anda tahu bagaimana nak majukan kawasan yg diwakilinya... sibuk dengan macam-macam usaha menjahanamkan kaum melayu dan Islam... yelah kebanyakan pelabur kan cina kena jaga hati cina... melayu buat apa satu sen pun tak boleh pakai!
.
'Waktu itu merupakan peluang keemasan kerana semua menteri berada di Dewan Rakyat. Itu adalah tindakan spontan. Tindakan spontan lebih berkesan," kata Nizar Jamaluddin (Ahli Parlimen Bukit Gantang) di lobi parlimen pada 17 Jun 2009. (baca sini).
.
Kata Nizar dia bertindak sepontan abis kenapa siap ada kain lilit dan ada MP yg juga bawak kain lilit sama dan terus bangun sambut teriakan ala mawas dari Nizar??? Nizar sah menipu dan berbohong... masyaAllah pemimpin PAS yg kononnya membela agama Islam dan Alim berbohong... ini ulama atau pemimpin apa ni... bertopengkan agama tapi tutur kata dan tindakan berbohong... Terima kasih kepad Blogger Angin Perubahan atas maklumat berkenaan!
.
.
Bisik-bisik perkara ini telah dirancang oleh beberapa MP dari Perak yang mastermindnya adalah DAP (Ngo & Nge) - entah bila Allah nak beri hidayah agar Nizar berhenti ikut cakap kafir Harbi dan berfikir dengan cara Islam. Yang lebih seronok lagi Pemimpin PAS sendiri tidak diberitahu awal akan tindakan ala beruk zoo yg akan dilakukan oleh Nizar pada waktu itu...
.
Kalau dah org jalanan dan kemaruk demonstrasi mana-mana tempat, bila-bila masa boleh jadi tiba-tiba tak kira tempat apa pun... itu PEMIMPIN ULUNG & CONTOH Pakatan Rakyat yang hang pa semua sanjung-sanjung...
.
Fikirlah semasaknya... Nizar sebagai pemimpin contoh... biar betul!
.
.

KERAJAAN PERPADUAN : PAS BERDOSA BESAR PADA AGAMA DAN UMMAT ISLAM MELAYU



Salam Perjuangan

Berkubur sudah jalan-jalan yg dirintis Ustaz Hadi akibat disabotaj bukan oleh "UMNO yg dianggap musuh" tetapi musuh dalam PAS sendiri di dalangi oleh golongan "mujedar" dan "kafir harbi"... berita disini.

Idea suci demi menyatu padukan ummat Islam telah digagalkan oleh tangan-tangan yg kononnya berjuang demi ISLAM... tetapi akhirnya jelas mereka yg kononnya yg mengaku ulama berjuangan lebih utama demi kuasa berbanding kemaslahatan penyatuan Ummat ISLAM.

Nik Aziz menentang keras hingga mengeluarkan kenyataan kontroversi minta ustaz nasharuddin keluar PAS & masuk UMNO jika sokong idea penyatuan Ummat ISLAM... berita disini.



Sebab penolakan kononnya sebab sejarah silam UMNO & PAS... tapi sebenarnya Nik Aziz dipengaruhi penasihat no 1 nya iaitu Husam Musa - org kanan Anwar dalam PAS yg telah menerima imput agar menggagalkan usaha kerajaan perpaduan ini demi agenda kekuasaan gerakan Anwarisme yg didokong oleh team endorgan dalam PAS. Kerajaan Perpaduan pasti menggagalkan impian Awar nak jadi PM... walaupun team endorgan kalah teruk sewaktu muktamar pas lalu namun jelas perwakilan yg menolak team endorgan gagal melenyapkan pengaruh Anwar dalam PAS kerana telah beranak pinak dan bergayut didahan kepimpinan tertinggi PAS... nampaknya PAS tidak akan dapat menyelamatkan diri lagi dari ditelan Anwarisme...


Hinggakan sepuluh daripada 24 anggota Dewan Rakyat PAS membuat kenyataan di lobi Parlimen mengisytiharkan menolak kerajaan perpaduan (dirancang team endorgan). Dalam kenyataan ringkas tiga perenggan, mereka sebulat suara menegaskan bahawa idea kerajaan perpaduan seperti disarankan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang "tidak pernah merupakan agenda PAS."Kenyataan bersama tersebut ditandatangani sepuluh anggota Dewan Rakyat berkenaan iaitu Dr Hatta Ramli (Kuala Krai), Khalid Samad (Shah Alam), Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor), Datuk Kamaruddin Jaffar (Tumpat), Siti Zailah Mohd Yusoff (Rantau Panjang), Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja), Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali (Titiwangsa), Dr Mohd Hayati Othman (Pendang), Taib Azamuddin Md Taib (Baling) dan Dr Mujahid Yusof Rawa (Parit Buntar).

DAP terang-terang menyatakan tidak suka dengan kenyataan-kenyataan dalam muktamar PAS lalu yg antaranya mahu PAS memimpin perubahan, pembentukan negara Islam dan yg paling ditentang penubuhan kerajaan perpaduan. Hinggakan pemimpin DAP tuduh Ulama PAS PEMBOHONG dan tak mencerminkan Islam langsung kerana sanggup menipu demi menyokong idea kerajaan perpaduan sebab Ustaz Hadi kata dah bincang dalam mesyuarat pemimpin Pakatan tapi Lim Kit Siang kata tak pernah idea kerajaan perpaduan ini dibincangkan. Sebenarnya DAP tak mahu melihat Melayu & Islam bersatu kerana bakal menggugat "master plan" cina menguasai Malaysia dan keran itu Cina benci Ummat melayu dan Islam bersatu. Rujuk disini


Akhirnya "DOSA KEGAGALAN MENYATUKAN UMMAT ISLAM ADALAH DOSA PAS" dosa ini ditanggung seluruh institusi PAS yg kononnya institusi ulama dan memperjuangkan Islam. Bagi PAS mempertahankan kerjasama dengan golongan KAFIR HARBI (DAP) dan golongan mujedar - org Islam yg mengkhianati Islam (PKR) lebih penting dari menyatukan ummat Islam... fatwa rujukan mana yg PAS ambil dalam buat keputusan ini kita pun tak tau...

Allah sudah menunjukkan wajah sebenar PAS... fikirkanlah sendiri... akhirnya manusia tetap manusia yg penuh dengan penipuan, kelemahan dan sifat mementingkan diri walau setinggi mana kononnya dirinya beragama.......


Kepada Allah Berserah...

LAGI FATWA KONON PAS LEBIH MULIA DAN BERAGAMA

Salam Perjuangan

Sesungguhnya Orang yang lebih tinggi darjatnya disisi Allah SWT adalah org yang bertakwa dan beriman... dan siapalah kita sebagai manusia mahu menilai manusia lain dengan menilai dan meletakkan darjat kemuliaan beragama untuk seseorang itu sedangkan ketinggian darjat serta kemuliaan seseorang manusia disisi Allah SWT itu merupakan rahsia dan hak mutlak Allah SWT.

Inilah jadinya pada manusia di dalam PAS bila merasakan merekalah paling beragama dan tinggi darjatnya disisi Allah SWT... ikuti kegilaan yg melanda PAS sejak akhir-akhir ini

1. Ketua Dewan Pemuda PAS Nasrudin Hassan menyebut beliau mengumpamakan perbincangan PAS-Umno sebagai "usaha berdakwah Nabi Musa kepada Firaun" -
rujuk disini

Komen : PAS = Nabi Musa dan UMNO = Firaun siapa dia dan hak mana yg memberikan dia kuasa nak menyamakan manusia lain dengan golongan kufur dan ingkar yg terang-terangan dinyatakan Allah didalam Al-Quran... kira UMNO ni kafir & kufur lah sebab disamakan dengan Firaun...

2. Seorang ahli strategi PAS Datuk Wan Rahim Wan Abdullah berkata poster Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat "bernilai komersil yang tinggi" dilaporkan mengakui menteri besar Kelantan memang mempunyai tarikan tersendiri di kawasan DUN tersebut sehingga "seorang imam di masjid mukim Manek Urai menganggap seolah-olah mendapat pahala apabila memandang poster Nik Aziz". rujuk disini

Komen : satu lagi kesesatan dalam PAS... pandang poster nik aziz seolah-olah mendapat pahala... apa ingat senang ke nak dapat pahala... nik aziz ni nabi ke? masyaAllah... ni apa cerita ni... cuba kalau UMNO kata "memandang gambar Pak Lah seolah-olah mendapat pahala" sure heboh lepas tu PAS keluarkan fatwa haram... murtad... kafir dan sebagainya... kalau PAS yg buat HALAL... SYURGA... inilah dia kepimpinan ulama akhir zaman... demi kuasa jual agama... buat pakatan dengan kafir Harbi...

Sendirilah fikir... malas nak ulas panjang lagi... kalau tak sedar jugak tak tau lah...

.
.

ANWAR BACUL : KEMPEN DESAK ANWAR HADIR PERBICARAAN LIWAT

Salam Perjuangan...

Seperti biasa Anwar dengan penuh licik akan menggunakan segala ruang yg ada dalam undang-undang untuk mengelak dari berhedapan dengan kebenaran... pelbagai helah digunakan bagi menangguhkan perbicaraan kes LIWAT beliau... rasanya sudah beberapa kali kes ini ditangguhkan sebab dia tak hadir le pastu buat petisyenlah dan macam-macam...


Konon benar tapi mengelak untuk bersumpah atas nama Allah dan lebih menyedihkan jadi macam org tak beragama bila pertikai sumpah yg dibuat Atas nama Allah itu tidak sah dan sebagainya... Kalau dia benar kenapa takut nak bersumpah atas nama Allah dan lebih-lebih lagi hadir ke mahkamah untuk perbicaraan kes liwat Anwar...

Sudah lah ANWAR! mari kita laksanakan kempen mendesak Anwar untuk hadir ke perbicaraan LIWAT... Sumber disini



Teman teringat ucapan anwar di masjid negara 10 tahun lalu "kalau takut berdepan risiko usah sebut pasal perjuangan" cis! penat aku hadir waktu itu konon nak membela pejuang Islamik yg rupanya syaitan bertopengkan manusia... menjual agama dan bangsa demi kuasa... nasib baik aku sempat dan segera tersedar+insaf... bagi mereka diluar sana yg masih mengagungkan Anwar... lu fikirlah sendiri!

Teruskan Perjuangan.......

.

.

HILANG DAN MENGHILANG

Salam Perjuangan...

Lama rasanya tidak meng-update idealismalaysia dan selaku pengendalinya maaf dipinta kerana kekangan kerja yang agak mendesak demi Islam, Melayu & Malaysia katakan... Isu-isu politik dan semasa kian menarik seperti kerajaan perpaduan dan pilihanraya kecil manik urai serta Anwar yg bacul kerana asyik mengelak dari hadir ke mahkamah kerana tak mahu berdepan kes liwat... penyakit selsema kebabian H1N1... dan pelbagai lagi semestinya wajar menarik perhatian kita agar menjadi lebih matang, terbuka dan berfikiran jauh... berfikir bukan untuk kesenangan kita sekarang SAHAJA tetapi juga apalah nasib anak dan cucu serta generasi kita di masa hadapan...


Sorry lah ole-ole tak ada untuk semua tapi ana tetap ingat rakan-rakan semua so ana bagi hadiah gambar sajalah, semua kongsi-kongsi sama-sama la....

Monday, June 22, 2009

ANWAR IBRAHIM SOKONG CHIN PENG KOMUNIS BALIK : KENAPA & MENGAPA?



Salam Perjuangan...

Pertamanya tahniahlah kepada askar dan anggota keselamatan sama ada yg masih berkhidmat atau tidak yg menyokong Anwar Ibrahim dan pakatan rakyat kerana jelas Anwar rela "meliwat" maruah kalian demi mendapatkan sokongan kaum cina... pengorbanan anda semua jelas tidak dihargai dan mendapat tempat dalam hati Anwar Ibrahim walaupun ada yang kehilangan suami, anak, isteri, saudara mara malah ada yg buta, putus kaki, putus tangan, lumpuh dan sebagainya demi berjuang mempertahankan negara menghadapai pemberontakan berdarah KOMUNIS.

Itulah wajah Anwar... tiada prinsip setiakawan atau nilai jati diri tulen dalam dirinya yg ada hanyalah apa jua jalan dan cara bagi memperolehi kuasa sama ada halal atau haram adalah yg teragung dan penting yg lain termasuk sahabat, rakan, atau apa sahaja bagi beliau boleh dikorbankan demi menjayakan politik. Terbukti Ezam, Nalla Karrupan dan banyak tokoh dalam era reformasi yg berjuang ikhlas dan sanggup dipenjara dan kehilangan segalanya demi membela Anwar telah dikorbankan dan diketepikan. baca disini


Kenapa Anwar Sokong Chin Peng "Bapak Komunis" balik ke Malaysia... berikut adalah rasional tindakan beliau :-

1. Anwar mahu mendapatkan simpati dan sokongan kaum cina - perlu diingat komunis memiliki sokongan ramai dan didokong oleh kaum cina dan ramai cina mahukan dan simpati chin peng untuk pulang dan sokongan Anwar pasti membuatkan Anwar popular dikalangan kaum cina.

2. Anwar mahu mengukuhkan pakatan rakyat terutama bersama DAP kerana seperti yg kita tahu DAP menyokong usaha membawa pulang Chin Peng selain pertubuhan cina lain Dong Ziong etc.

3. Anwar mahu melemahkan UMNO dan merenggangkan ikatan parti dalam BN kerana sudah pasti UMNO akan melenting mengamuk tidak mahu chin peng pulang dan kesan ini pastinya menjauhkan kaum cina pada BN dan UMNO yg sememangnya kaum cina simpati pada chin peng.

4. Anwar tidak bimbang populariti dirinya terjejas pada kaum melayu kerana Anwar sedar bahawa sokongan kepada nya oleh kaum melayu boleh diimbangi oleh Parti PAS melalui pendekatan sokongan undi demi agama Islam kerana yg paling penting memenangi sokongan undi kaum cina yg merupakan penentu undi kemenangan kebanyakan kawasan.

5. Anwar sedar bahawa undi golongan muda tidak akan terjejas kerana peristiwa komunis hanya menjadi cerita penglipur lara dan golongan muda tidak akan ambil kisah akan perkara ini dan akan terus menyokong beliau.

6. Anwar mahu memperlihatkan beliau merupakan pemimpin yg terbuka, liberal dan sama rata dengan bersikap terbuka dan neutral dengan menyokong untuk membenarkan kepulangan chin peng yg pastinya akan menambat hati golongan profesional dan atasan yg menyokong idea demokrasi ala amerika yg mendapat pendidikan barat & luar negara yg tidak langsung memahami sejarah dalam pembinaan negara bangsa untuk menyokong beliau.

7. Anwar mahu terus mewujudkan sentimen politik yg memihak kepadanya agar dapat mengekalkan momentum sokongan rakyat untuk menjamin kemenangan pada PRU13 nanti. Selepas ini dipercayai Anwar akan terus menerus menimbulkan kontroversi dan isu panas bagi mengekalkan momentum dan populariti.

Kepada anak cucu waris mangsa kekejaman Komunis... fikirlah apakah kita mahu pemimpin yg mementingkan diri seperti ini yg telah menafikan pengorbanan ayah, datuk nenek kita yg berjuang menentang komunis atau menafikan penderitaan keluarga kita yg pernah menjadi mengsa komunis diangkat menjadi pemimpin kita semua? Dengan menyokong kepulangan Chin Peng... Anwar Ibrahim layak diangkat sebagai pengkhianat kepada bangsa dan negara... layak kah dia dan Pakatan Rakyat mendapat sokongan dan undi kita???

fikrilah sendiri!