.
Salam Perjuangan...
.
Tahniah kepada YB Ahmad Maslan kerana kini mendapat kepercayaan dan diamanahkan jawatan yang bukan kepalang beratnya demi sebuah perjuangan membela Agama Bangsa Dan Negara... Kini dengarnya antara organisasi dibawah "jagaan" beliau kini ialah FELDA & BTN...
.
Siapa Ahmad Maslan... dulu dia merupakan antara pemimpin pelapis ANWAR IBRAHIM di mana waktu ANWAR pegang BTN Ahmad Maslan dibawa masuk dan dijadikan pegawai BTN... kemudian dia mula naik (hasil bantuan Anwar) menjadi SUS Tok Pa... bila Anwar jatuh Najib letak Ahmad Maslan di Yayasan Restu... dan selepas "sepak kertas" agak lama juga Ahmad Maslan kini bukan lagi seperti dulu... kini dia Timbalan Menteri merangkap Ketua Penerangan UMNO Malaysia. Cuma harap link dengan Anwar tu jgn sampai memakan diri ya...
.
.
Ni berita sakit hati yg saya terima dari BTN bawah jagaan Ahmad Maslan... kalau tak silap 15 April lalu Ahmad Maslan ada melawat BTN... nak ingatkan tuan bahawa BTN sekarang amat berbeza dan semakin busuk dibawah pimpinan KP sekarang...
.
.
Kawan cerita, di sebelah paginya KP BTN mengeluarkan arahan dalam taklimat kepada kesemua pegawai BTN bahawa "Kita tidak boleh membantu UMNO" dan "Kita perlu bertindak neutral" yang lagi best "Mana-mana pegawai yang ada kaitan dengan UMNO sila letak jawatan". Nampak tak BTN kini dibawah naungan KP BODOH tak sedar diri... pelik tapi benar kerana kita tahu kewujudan BTN adalah kerana UMNO dan begitu banyak peranan yg jelas ataupun SULIT berkait rapat dengan UMNO hinggakan org kata kalau PAKATAN memerintah organisasi pertama kan dibubarkan ialah BTN...
.
Tidak hairan waktu PRU 12 lalu BTN GAGAL memberikan peranan berkesan tidak seperti semasa dibawah KP Pak Din (kini Tan Sri) dahulu... Sampai banyak pegawai dan "sahabat" mengeluh masa PRU 12 lalu BTN tidak ada peranan atau boleh berbuat apa-apa langsung untuk membantu kerana tiada panduan dan arahan atasan... hinggakan BN dan UMNO kecundang teruk dibelasah akibat kebebalan jentera UMNO dan jentera dalam kerajaan sendiri seperti BTN...
.
Lagi lucu... sebelah petangnya Ahmad Maslan datang dan bagi ucapan berapi-api "BTN sebagai tulang belakang kerajaan dan UMNO"... "BTN perlu main peranan lebih besar"... "Misi utama BTN adalah merencanakan projek agar UMNO diterima dan memperoleh kemenangan besar dalam PRU13" berbeza sekali harapan Ahmad Maslan dengan kehendak KP BTN sekarang... dengar cerita ada pegawai BTN tanya Ahmad Maslan terus status penglibatan pegawai BTN dengan UMNO dan Ahmad Maslan kata bagus tak ada masalah teruskan... bertentangan dengan arahan KP BTN... selepas itu dengar cerita beberapa pegawai dipanggil KP BTN berkenaan dan diberikan amaran kerana dikatakan memandai-mandai bertanyakan Ahmad Maslan soalan itu sedangkan katanya dah jelas arahan yang dia berikan sebelum ini...
.
Kepada Ahmad Maslan... BTN semakin hancur... BTN sudah hilang taringnya... BTN seakan hilang peranan menentukan halatuju politik negara... terus terang BTN tidak seperti semasa tuan Ahmad Maslan berada di dalamnya... maklumat sahabat saya mengatakan BTN sudah amat jauh dari UMNO... hampir 5 tahun BTN meminggirkan diri dari politik arus perdana & UMNO... kerana arahan dan hasil kepimpinan KP sekarang ini... Pembangkang sudah tidak takut pada BTN, hanya yg tinggal ialah nama BTN yg masih digeruni kerana peranannya DAHULU era 80an dan 90an...
.
BTN sekarang hanya sibuk buat kursus... kursus demi kursus dan berkursus... dan dalam kursus ajar kepentingan majoriti 2/3 hinggakan sekarang UMNO hilang majoriti 2/3... sekarang BTN ajar kepentingan majoriti mudah... selepas ini UMNO hilang majoriti mudah dan kerajaan.... dengan sebab beranggapan tugas BTN buat kursus, BTN telah mengambil pegawai sebanyak-banyaknya... tidak kira sama ada pegawai yg diragui latar belakang & tanpa melalui tapisan politik serta tidak memiliki karisma dan kemampuan menjalankan operasi-operasi sulit...
.
Kualiti pegawai BTN sekarang ini jika dibandingkan waktu dahulu bagai langit dan bumi... kalau dulu hanya individu yg TERPILIH dan TERBAIK yg diprojekkan untuk memainkan peranan langsung atau tidak langsung dengan politik semasa diambil melalui rekomen politik... dan mungkin selepas meninggalkan BTN akan mampu menjadi SUS, SUSK atau SUTPOL... seperti Ahmad Maslan dan angkatan lama... tapi sekarang...??? bayangan pun tak ada... hinggakan boleh dibilang berapa kerat pegawai yang memiliki jaringan politik mantap dan mampu bertindak terus kalau diberikan "political task".
.
Kepada Y.B Ahmad Maslan... sebelum anda terus dihidangkan mainan wayang oleh KP BTN ini sebaiknya tuan bertindaklah... KP BTN sekarang perlu DITUKARKAN ke tempat sewajarnya tapi bukan di BTN... mungkin ada "sahabat" yg akan membela KP BTN ini untuk dikekalkan (SEBAB KEPENTINGAN TERTENTU) tapi tuan Ahmad Maslan sendiri nilailah apa pencapaian dan sumbangan politik dibawah pimpinan KP BTN ini sepanjang dia dilantik... apa yg cemerlang? TIADA!... BTN memerlukan wajah baru... pemimpin muda yg berkualiti... pernah bersama UMNO... berpengalaman bersama BTN... yang penting pemimpin yg mampu menterjemahkan kehendak dan tugas yg diamanahkan oelah Y.B Ahmad Maslan... bukan KP yg pada hari pertama Y.B datang dah mula main wayang di depan dan di belakang...
.
Selamat Berjuang atas misi yang diamanahkan... sebagai sahabat ingatlah kuasa datang dengan tanggungjawab... kuasa dan pangkat itu adalah godaan... ingatlah kepada rakan-rakan dibawah... rakan-rakan lama... sahabat yg tidak putus menyokong walaupun sewaktu keperitan dahulu... di dalam dunia ini tidak akan sesiapa menyalahkan kita atau meninggalkan kita jika selalu kita merendahkan diri dan memiliki jiwa besar selaku pemimpin...
.
Teruskan Perjuangan... Kepada Allah Berserah
.
.
Patut UMNO dan BN kalah... BTN jadi penyebabnya... makan gaji buta je la kau Shagul... ke dendam kau pada Anwar kau nak jahanamkan BTN?
ReplyDeletemu ambik mano berita nih..mu pegawai BTN ko..tahu semua nih...tok se dok tipu orang kg la weh..
ReplyDeletehang tu yang bodoh.. lembu dan samdol.. dah la kerja krjn pastu nak gila guasa nak bertanding untuk umno.. orang-orang macam ni la yang buat UMNO jadi lembu...
ReplyDeletedasar pegawai kerajaan yang lembu.. kalau betul2 nak berjuang utk rakyat letak jawatan hang tu.. ada hati nak jadi wakil rakyat konon perangai pun macam lembu..
Salam Perjuangan...
ReplyDeleteApa yang saya perolehi adalah sumber "sahih" dari dalam yg mana boleh tanyalah pegawai BTN sendiri...
Kalau nak tipu org kg tak payah pakai blog la mana org kg baca beb!... lagi senang tipu org kg guna cara BTN pegi ceramah berdegar-degar kat org kg pasal integriti, amanah dan sebagainya... tapi tgk dalam BTN sendiri lah ok ke semua tu sebelum nak tegur & ceramah pada org lain...
kepada syahboy siapa lembu? berapa lama dah hidup? berapa lama main dalam sepak terajang politik? kalau hingus pun tak kering kena sedarlah diri dulu ya... Kita kena tengok walau BTN dalam kerajaan... apa sebenarnya peranan, dasar & sebab awal penubuhannya dulu... sama ke macam agensi lain? jawapannya TIDAK... BTN macam sebuah agensi special task yg boleh dibubarkan bila-bila masa dan kewujudannya adalah kerana UMNO... tak percaya?
Tanyalah kenapa semua pegawai dalam BTN tinggi mana sekalipun JAWATAN semuanya kontrak KEKAL yg tak boleh diserapkan dalam perkhidmatan... dari dulu lagi sampai sekarang... BTN perlu turut bersama dalam politik semasa... dan tindakan mengasingkan diri hanya menghancurkan BTN kerana tindakan itu akan menyebabkan BTN gagal melaksanakan tugas sebenar (bukan buat kursus sahaja)bagi menyalurkan maklumat tepat kpd rakyat... menjaga kestabilan politik (terutama antara kaum) dan menyemai semangat patriotik (faham pembinaan negara bangsa)...
so mungkin terjawab siapa sebenarnya lembu... lebih lembu lagi kalau jadi pegawai BTN ke... sahabat BTN ke tapi tak faham... tak tahu... tak sedar... peranan SEBENAR BTN selain buat kursus... lu fikirla sendiri!