Friday, May 15, 2009

PAS MANGSA SELEPAS UMNO MELALUI POLITIK WANG : PERMAINAN ANWAR

.
Salam Perjuangan...
.
Wadah perjuangan ISLAM... apakah PAS masih relevan?... saya harus melahirkan simpati bahawa PAS tidak lagi boleh menjadi penanda aras perjuangan demi ISLAM... bertopengkan Islam mungkin... kerana apa PAS sudah diresapi nilai hina dan buruk pembawaan Fahaman Anwari...
.
Semenjak Anwar dibebaskan rakan-rakan lama beliau (keluar dari UMNO) di PAS dan PRM sudah mengorak langkah agar Anwar mampu menguasai 2 parti itu melalui kaedah remote control... terbukti berhasil dimana PRM dah bergabung dengan Pati keadilan membentuk PKR... manakala pengaruh anwar dalam PAS semakin kukuh dibawah pakatan ENDORGAN dan penebaran fahaman Anwari - di ketuai husam dan kamaruddin...
.
PAS yg dulu suci telah tercemar... kini golongan alim (Org PAS) daripada ulama atau profesional juga sudah tahu bagi duit belanja makan... bagi duit minyak... bagi duit untuk anak-anak... dan macam-macam lagilah agar tak dikatakan rasuah... daripada bahana dan akibat pengaruh Anwari... kini perancangan licik mereka adalah untuk menggulingkan kepimpinan ulama... kerana katanya mereka dah kolot serta hanya tahu bercakap... itu bukan lagi satu rahsia, satu Malaysia sampai Barrack Obama pun sudah tahu kerana laporan berterusan agen Amerika... yelah mereka nak tau duit yg dibagi pada Anwar digunakan untuk apa...
.
Pertembungan golongan ulama dan profesional (anwar team) kini telah dimulakan... selepas gagal menggulingkan tun M dalam UMNO kini model operasi yg sama ilaksanakan bagi memastikan parti-parti dalam PAKATAN RAKYAT BERADA DIBAWAH DI TELUNJUK ANWAR IBRAHIM... orang-orang Anwar akan ditempatkan sebagai secara strategik sebelum menggulingkan keseluruhan pimpinan tertinggi sebijik seperti master plan team wawasan Anwar... senjatanya apa? tidak lain tidak bukan WANG, DUIT & KEPALA AGUNG
.
Teringat waktu Anwar umumkan " dengan nama Allah saya tidak akan melawan tok guru saya Gaffar Baba( Allahyarham)" seminggu lepastu Anwar terus umum bertanding... tak bercabang dan munafik ke ANwar ni... lepas tu agen dia turun dari cawangan ke bahagian hingga ke perwakilan sogok untuk undi sokongan... hinggakan Tun Gaffar ( Allahyarham) akhirnya terpaksa buat keputusan tarik diri dari bertanding jawatan timbalan presiden UMNO... mana taknya hampir tiada yang mahu menyokong ghaffar ( Allahyarham) hasil politik wang Anwar Ibrahim...
.
Tahun 1994 atau 1993 kalau tak silap tahun bermulanya politik wang besar besaran demi lobi mendapatkan jawatan dalam UMNO... tahun yang merupakan titik HITAM dan HINA dalam sejarah UMNO yg hingga kini amat sukar politik wang ini hendak dibenteras yang mana telah dimulakan oleh insan munafik yang bernama ANWAR IBRAHIM!
.
Sekarang diluar UMNO dia lantang mengkritik kerajaan dan UMNO rasuah... walhal dialah sebenarnya bapa segala rasuah yang memulakannya dahulu waktu dia dalam kerajaan dan UMNO... tender dan projek kerajaan kroni sapa sapu? tanya kamaruddin jaafar s/u agung PAS macam mana dia jadi kaya tiba-tiba???
.
Sekarang Anwar mahu menggunakan cara yg sama meresapi Ideologi Anwarisme ke dalam PAS... saudaraku! PAS dalam bahaya berhati-hatilah dengan manusia munafik Anwar... tolaklah segera pemimpin PAS yg menjadi proksi Anwar dalam PAS iaitu team endorgan...
.
Siapa yg lantang menolak kerjasama dengan UMNO walhal itu usaha menyatukan Ummat Islam?
Siapa yang meyakinkan untuk PAS bekerjasama dengan KAFIR HARBI walau jelas DAP tentang Islam dengan cara terbuka?
Siapa yg merosakkan dan memecahkan kesatuan fikrah dan pemikiran dalam PAS?
Siapa yang membuatkan PAS mengugurkan berjuangan demi negara Islam dan hukum Hudud?
Siapa yang membuatkan pas mengugurkan perkara yg menjadi asas pembentukannya... ISLAM?
.
Anwar terbukti tidak jujur dan ikhlas... PAS dipergunakan untuk kuasa sahaja... apakah nasib PAS bila dia berkuasa... fikirkan! bila diperlukan disanjung... bila tidak berguna lagi dibuang begitu sahaja... lihat rakan karib Anwar waktu susah senang dahulu yg kini meninggalkan Anwar sbb katanya Anwar dah berubah... Dato Nalla, Ezam, Shaari dan lain-lain lagi yg merasa apa yg Anwar rasa dipenjara... dihina... setia kepada pejuangan tetapi meninggalkan Anwar kerana kecewa dengan permainan Anwar...
.
Percayalah jika PAS membiarkan perkara ini berlaku... nescaya kehancuran dan barah yang menimpa UMNO juga akan terjadi pada PAS... dan PAS akhirnya menjadi remote control yang di dalangi oleh Anwar Al-juburi (kata Mat Sabu)
.
Terbukti artikel di SINI
.
Teruskan Perjuangan... Kepada Allah Berserah
.
.

1 comment:

  1. Bro

    Mulanya rasuah dalam UMNO kerana si Anwar bermula dari jawatan Ketua Pemuda UMNO kepadalah Tim. Presiden. Dia lah yang Boy gelarakan "BAPA RASUAH"

    Datang ke Bahagian rasmikan Mesyuarat UMNO bawa "hadiah" utk Ketua Bahagian.

    Tak lama lagi PAS akan jadi macam UMNO jugak. Nasib baik pemimpin UMNO sekarang cepat sedar dan sekarang ini dalam proses mengubah akta parti kalo tak taik Anwar akan kekal selamanya hingga ke anak cucu kita dalam UMNO.

    ReplyDelete