Thursday, April 9, 2009

TERKINI 3.55 PTG: KABINET BARU NAJIB - IMPIAN PERUBAHAN UMNO

TERKINI : KABINET BARU DATO' SERI NAJIB - HARAPAN BARU MALAYSIA

Terkini 3.50 Petang - akan diperincikan nanti

Timbalan perdana menteri : Muhyiddin Yassin

Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Koh Tsu Koon - perpaduan dan prestasi
Nazri Abdul Aziz - Parliamen
Jamil Khir Baharum - hal-ehwal agama

nor mohamed yakcop - Unit Perancangan Ekonomi (EPU) di JPM

Kewangan
Najib Abdul Razak
Ahmad Husni

Pelajaran
Muhyiddin Yassin

Pengangkutan
Ong Tee Keat

Dalam negeri
Hishammuddin Hussein

Penerangan, komunikasi dan kebudayaan
Rais Yatim

Tenaga, teknologi hijau dan air
Peter Chin

Pembangunan luar bandar, wilayah
Shafie Apdal

Pengajian tinggi
Khaled Nordin

Perdagangan antarabangsa dan industri
Mustapa Mohamed
Deputy: Mukhriz

Pelancongan
Ng Yen Yen

Pertanian dan perniagaan asas tani
Noh Omar

Pertahanan
Ahmad Zahid Hamidi

Kerja raya
Shaziman Mansur

Kesihatan
Liow Tiong Lai

Belia dan sukan
Ahmad Shabery Cheek

Pembangunan sumber manusia
S Subramaniam

Perumahan dan kerajaan tempatan
Kong Cho Ha

Wanita, keluarga dan masyarakat
Shahrizat Abdul Jalil

Luar
Anifah Aman

Wilayah persekutuan
Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin

2.30 P.M

Menjelang pengumuman senarai kabinet baru Datuk Seri Najib Tun Razak petang ini, enam orang - yang dipercayai turut disenaraikan - akan mengangkat sumpah sebagai senator petang ini.

Mereka ialah Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil; Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon; Ketua Pemuda Wanita MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun, bekas timbalan menteri kewangan, Datuk Awang Adek Husin, Datuk Jamil Khir Baharom pengrah KAGAT, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin. Dewan Negara telah mengeluarkan notis mengenai upacara mengangkat sumpah senator baru itu petang ini.

Sementara itu difahamkan, dalam satu perkembangan yang berkaitan, peruntukan kuota empat menteri untuk MCA dikekalkan, walaupun sebelum ini, timbul kebimbangan yang jumlahnya akan dikurangkan.

.

.

11.25 a.m : Datuk Seri Najib Razak keluar dari Istana Terengganu di sini, selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin bagi mendapatkan perkenan pembentukan Kabinet barunya. Perdana Menteri dijadual mengumumkan barisan Kabinet berkenaan jam 3 petang ini di Jabatan Perdana Menteri (JPM), di Putrajaya.
.

10.55 a.m : Datuk Seri Najib Razak tiba di Istana Terengganu di sini untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin bagi mendapatkan perkenan pembentukan Kabinet barunya.

.


.


ARTIKEL AWALAN
.
Berita ini dipetik daripada pelbagai sumber namun begitu bayangan sebenar sama-sama kita tunggu penuh debaran jam 3 petang ini di Pejabat Perdana Menteri...
.
Sehubungan itu, Najib menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara jam 11 pagi tadi untuk mendapat perkenan baginda terhadap senarai kabinetnya. Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri hari ini, para menteri dan timbalan menteri akan mengangkat sumpah taat setia dan menyimpan rahsia di Istana Negara, Jumaat ini.
.
Majlis angkat sumpah Kabinet baru tersebut akan diadakan pada jam 9.30 pagi dan disiarkan secara langsung oleh RTM.
.
Muhyiddin Yassin yang akan diumumkan sebagai timbalan perdana menteri dijangka akan memegang portfolio Kementerian Pelajaran yang mengabungkan Kementerian Pengajian Tinggi dengan Menteri Pelajaran.
.
Ahmad Zahid Hamidi pula dikatakan akan memegang porfolio Menteri Dalam Negeri di samping terus beretanggungjawab terhadap Hal Ehwal Agama.
.
Hishamudin Hussein akan bertukar kemeterian mungkin mengambil alih tempat Muhyiddin, Kementerian Perdagangan dan Industri Antarabangsa.
.
Manakala Najib sendiri akan turut memegang Menteri Kewangan dan Pertahanan.
.
Shafei Afdal pula akan dijangka akan bertukar kementerian yang lebih kanan.
.
Manakala Kementerian yang bakal di gabungkan adalah Kementerian Kesenian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan yang di serapkan ke Kementerian Pelancongan. Kementerian Pengajian Tinggi ke Kementerian Pelajaran dan Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komuniti bergabung dengan kementerian Asas Tani.
.
Muka baru yang dijangka dibawa masuk ialah Fuad Zarkasi, dari Johor dan Tajuddin Rahman dari Perak serta seorang muka baru dari Sabah dan Sawarak.
.
Ketua wanita Umno Shahrizat Abdul Jalil juga besar kemungkinan dibawa masuk ke dalam Kabinet untuk menjaga hal ehwal wanita, kebajikan dan perpaduan. Muka lama yang dijangka diberi peranan dalam Kabinet Najib, Jamaluddin Jarjis, Tengku Adnan Mansor. Bekas Setiausaha Politik Tun Abdullah Badawi, Alwi Che Amat dan Fatmi Che Salleh juga disebut-sebut akan dimanfaatkan Najib.

.

Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon akan di lantik sebagai senator. Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis juga di katakan akan kembali dalam kabinet manakala Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Husni Handzalah. Timbalan Menteri Kesihatan Datuk dr Abdul Latiff Ahmad, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Temapatan Datuk Hamzah Zainuddin akan dinaikkan menjadi menteri.
.
Kejutan juga bakal berlaku esok bila mana negeri Melaka yang ketiadaan wakil dalam jemaah menteri mungkin terisi. Timbalan Menteri Pengajian Tinggi besar kemungkinan akan dinaikan pangkat menjadi menteri penuh. Kalau jadi ia merupakan satu sejarah buat Melaka.
.
Mereka yang dikatakan akan digugurkan termasuklah Azalina Othman Said, Syed Hamid Albar, Muhammad Mohd Taib, Zulhasnan Rafiqe. Nama Rais Yatim juga turut sama disebut-sebut bakal digugurkan. Antara menteri yang bakal di gugurkan adalah Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Ong Ka Chuan yang tewas jawatan Timbalan Presiden MCA.
.
Bagaimanapun berita yang mengejutkan ialah kemungkin anak Mahathir Mohamad, Mukhriz yang kalah dalam pertandingan ketua pemuda mungkin turut dimanfatkan Najib. Lebih mengejutkan sekiranya ketua pemua, Khairy Jamaluddin di ketepikan Najib.
.
Sumber sempat menghubungi beberapa orang yang dikatakan akan dilantik dan mereka yang hampir dengan beberapa orang yang dikatakan akan dilantik atau dibawa masuk ke dalam Kabinet Najib. Mereka ini rata-rata mengunci mulut tidak mahu menceritakan apa yang berlaku hatta ke atas diri mereka sendiri."Tidak boleh sebut kerana belum angkat sumpah, segala-galanya boleh berlaku. Nak lantik menteri ini samalah nak pilih calon pilihan raya. Baik nama kita disenaraikan tiba-tiba boleh hilang begitu saja," kata seorang ahli Parlimen nun jauh dari Sabah.Khabarnya dua muka baru di Sabah akan menyertai Kabinet Najib.
.
Manakala sehingga saat ini nama-nama menteri yang dikatakan kekal terbuang, Azalina Othman Said, Muhammad Mohd Taib, Syed Hamid Albar masih kekal 'dibuang' oleh Najib. Nama-nama turut yang akan terpelanting lain, Rais Yatim, Nur Mohammad Yaacob.
.
Rais juga berada dalam kemungkinan sama ada dikekalkan sebagai menteri ataupun dilantik sebagai Setiausaha Agung Umno. Mereka itu dianggap sebagai orang Abdullah Badawi.
.
Menteri Wilayah Persekutuan, Zulhasnan Rafique yang juga dianggap orang Abdullah bagaimana pun masih kekal. Katanya pengekalan Zulhasnan itu memandangkan performancenya di Wilayah memberangsangkan.
.
Kedudukan Khairy Jamaluddin seperti sudah pasti tidak tersenarai dalam Kabinet Najib. Khabarnya Kahiry telah pun dimaklumkan! Jika ini berlaku ia sesuatu yang malang bagi Najib kerana jelas ketiadaan Khairy nanti menunjukkan beliau ditangani oleh Dr Mahathir Mohamad.

.

SAMA SAMA NANTIKAN PERKEMBANGAN SELANJUTNYA...



No comments:

Post a Comment