Tuesday, April 7, 2009

TERBUKTI DAP MAHU HAPUS HAK KEISTIMEWAAN MELAYU : MUSUH ISLAM DAN MELAYU



Pada 25 November 1999, Lim Guan Eng (ketika menjawat jawatan Timbalan Setiauasaha Agung DAP) berjanji akan menghapuskan hak orang Melayu. "Kami masih berpegang dengan pendirian, menolak kerajaan Islam kerana gagasan Malaysian Malaysia tidak akan memberi sebarang keistimewaan kepada mana-mana kaum, sebaliknya semua pihak akan mendapat taraf sama rata yang lebih adil" ujar Guan Eng. Maka tidak menghairankan, mengapa Guan Eng menghapuskan Dasar Ekonomi Baru bila menang sahaja di Pulau Pinang pada 13 Mac 2008.
Nik Aziz telah menyatakan bahawa Perdana Menteri Malaysia boleh dari DAP.

Apa akan jadi kalau Guan Eng atau Kit Siang menjadi Perdana Menteri? "Tidak mustahil jika rakyat Malaysia menerima Setiausaha Agung DAP, Lim Kit Siang sebagai bakal calon Perdana Menteri berdasarkan kriteria bahawa beliau adalah seorang rakyat Malaysia" ujar Dr Chen Man Hin (Bekas Pengerusi DAP) dalam Utusan Malaysia, 4 Jun 1999. Nampaknya pakatan pembangkang memang sudah merancang untuk mengilirkan jawatan Perdana Menteri pada ketika itu. PAS dan Keadilan sanggup beri kuasa pada DAP semata-mata untuk jatuhkan kuasa orang Melayu.

Jika satu kerusi parlimen lagi diberikan kepada PAS, lambat laun DAP akan menuntut apa yang dijanjikannya. Nik Aziz pun sudah bersetuju dengan mereka. Terjaminkah hak orang Melayu kalau PAS gagal bertegas dengan DAP tentang hak orang Melayu? Untuk apa lagi pilih PAS, jika PAS gagal untuk martabatkan kekuatan orang Melayu dalam Parlimen. Berilah kekuatan itu pada UMNO untuk terus bersama dengan kepimpinan baru di bawah Dato' Seri Najib Tun Razak. Cukuplah sekali tersilap undi PAS di Bukit Gantang. Kali ini undi itu adalah untuk menghukum penderhaka dan pengadai tanah orang Melayu.

Ihsan : Angin Perubahan

No comments:

Post a Comment