Wednesday, March 25, 2009

SOKONG PAKATAN BAWA BENCANA DAN MALAPETAKA : KOMEN

Salam Perjuangan....

Saba noo... berita terkini bakal diulas sebentar lagi... apapun post ni sebab nak paparkan komen dari rakan kita 'lancang kuning" yg rasanya penyokong UMNO berkenaan komen sorang rakan kita dari Pakatan Rakyat... bagi saya terjawablah persoalan dan komen dari "penyokokng pkr ampang" oleh "lancang kuning"...

Saya ucapkan terima kasih.... moga percambahan idea semakin panas dan dapat membuka minda semua... selamat berjuang


penyokong pkr ampang said...

Umno xde guna nak hapuskan rasuah. Mcm penagih dadah nak hapuskan penyalahgunaan dadah.Sampai kiamat x jadi.Kalau Anwar sepakat ngan kafir harbi DAP, UMNO sepakat ngan MCA.Same je. Mana bukti Anwar rasuah?.Kalau dia rasuah knp rakyat masih sokong dia?.Kalau UMNO mmg sahla.Pakatan Rakyat lg bagus pd UMNO.Walaupun ada segelintir wakil dia 'x boleh pakai'(terutama sekali yg jd katak kat perak), PR tak rampas kuasa macam BN.Lihat apa berlaku di Perak.Kr terlalu inginkan kuasa, maruah sanggup digadaikan.Hak rakyat sanggup dinafikan.Inikah moral BN?.Fikir2kanlah.

Lancang kuning said...

Siapa kita nak bagi takdir macam tuhan..."sampai kiamat x jadi..." Allah berfirman "Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum kecuali kaum itu berusaha mengubah nasibnya" UMNO dah berusaha & tegas bab rasuah ni insyaAllah akan berjaya hapuskannya tapi ambil masa sikit kan... mana ada hari ini berusaha esk terus jadi... kecuali ada JIN ke KHADAM belaan macam sesetengah pemimpin PAKATAN RAKYAT... ;)

Anwar dah terbukti RASUAH... kes 1999 dia disabitkan hukuman penjara kerana penyalahgunaan kuasa dan rasuah... bab liwat tu je dia lepas bukan sebab dia tak buat... bukti dah ada cukup lengkap cuma teknikal sahaja ada percanggahan tu dia terlepas... nak bukti apa lagi?... tanya Azmin Ali, Kamarudin Jaafar, Ezam... semua tau ANwar bapak kuat rasuah dan cuba semak harta kroni-kroni dia dan agai mana dari org sederhana tiba-tiba jadi kaya raya tak sampai 2-3 tahun jadi og kuat Anwar... dalam blog ni pun ada... bacalah bro... " Iqra'" Surah pertama turun pun Allah suruh baca dan sambil tu buka minda serta hati tu...

MCA dan DAP berbeza...


MCA tidak taksub dan boleh bertolak ansur dengan UMNO demi mencari keharmonian serta tidak extrem yg mana ini boleh dikatakan golongan kafir Zimmi (kafir yg tunduk akur kepada pimpinan Islam dan mempu bekerjasama dan bertolak ansur)...

DAP pulak parti exstrem & memperjuangkan kesamaan bangsa dan kesamaan AGAMA (mencabar agama ISLAM) setiap agama sama taraf dan hak (walau cabar Islam)... hingga tak setuju penubuhan negara Islam... siap kata langkah mayat dia... DAP juga dalang cetus ketegangan kaum... ketegangan agama dgn terang-terang buat kecoh cabar agama Islam... senang cerita DAP boleh dikatakan kafir Harbi (kafir yg tak patuh dan memusuhi pimpinan Islam)... so ini ke yg PKR dan PAS yg kononnya ISLAM sgt tu mahukan... merelakan diri diperkudakan DAP hingga tanpa segan membela cina dan tanpa rasa bersalah dalam masa sama meragut dan menggadaikan maruah & hak keistimewaan bangsa dan cabar AGAMA ISLAM...

Jelas PAS dan PKR hanya nak kuasa demi kuasa sanggup pakat dengan kafir harbi runtuhkan bangsa mencalarkan agama... PAS dan PKR macam golongan "mujedar" iaitu sekumpulan org Islam (waktu zaman keruntuhan kerajaan Islam abasyiah) tetapi menyokong tentera salib kerana demi mengharapkan kekayaan kuasa dan harta serta rampasan hingga sanggup mengkhianati kerajaan Islam yang amna dengan pengkhianatan mereka runtuhnya kerajaan Islam dan Baitulmuqaddis - Palestin berjaya ditawan tentera salib... yg mana hingga sekarang tak dapat ditebus balik oleh umat Islam... Apakah itu yg PAS & PKR mahu... demi kuasa sanggup melihat Malaysia jatuh ke tangan cina dan bangsa melayu serta agama Islam ditindas sama seperti melayu di singapura yg telah hilang semuanya...

Soal Lompat Parti dan Rampas Kuasa... Mari kita fikirkan... sapa yg dulu mula-mula nak tarik ahli parlimen dan ADUN utk lompat parti... JAWAB! JAWAB! kalau tak Anwar... betul tak??? siap hantar MP PAKATAN pergi TAIWAN nak pujuk MP BN konon... siap buat pengumuman dah ada 36 nama ahli MP BN nak lompat... siap bagi tarikh nak tubuh kerajaan... kenapa masa ANWAR cuba tarik MP BN lompat baik PAS DAP ke PKR sangat setuju tindakan tu siap sokong dan baking ANWAR... tak timbul soal keji, hina dan tak bermaruah sebab apa mereka yg buat dan akan dapat untung....

Hingga ADUN UMNO BN lompat masuk PKR sokong Pakatan Rakyat di PERAK disambut oleh Nizar dan Anwar dengan hati terbuka siap kata bagus lah dan sebagainya... Kata Nizar ADUN BN yg lompat ini mengikut kehendak rakyat siap Anwar kata apa "inilah satu proses demokrasi"... dengan takdir Allah SWT... tiba-tiba ADUN Pakatan Perak lompat dan masuk BN hingga runtuhlah kerajaan perak...

Kenapa tiba-tiba Anwar dan Nizar serta seluruh pemimpin PAKATAN rakyat tiba-tiba melompat bertukar menjadi beruk bila benda tu berlaku balik pada dia... kenapa? apakah kalau sesuatu yg dulu dia katakan baik (sebab dia untung ADUN atau MP BN masuk Pakatan) berlaku kini pulak pada BN dan UMNO (ADUM Pakatan Lompat masuk BN) tindakan itu kepada BN dan UMNO... adalah HARAM, Tak Bermaruah dan sebagainya... tapi kalau berlaku pada Anwar dan PAKATAN barulah HALAL, BAGUS, DEMOKRASI... ... ini yg kita kata politik munafik PAS, PKR dan DAP dalam kepala otak dia... dia saja betul org lain tetap salah... fikirlah...

Penubuhan kerajaan baru dibawah UMNO dan BN adalah sah disi undang-undang tubuh perak... tak kisahlah Pakatan Rakyat nak saman ke bawak mahkamah antara galaksi ke... jelas dalam undang-undang tubuh perak proses itu sah... bacalah ulasan undang-undang mana pun... Karpal, Majlis Peguam dan byk lagi kata benda yg sama (proses sah)... cuma biasalah Pakatan Rakyat walau tau benda tu betul dan mereka bakal kalah (cabar keputusan)dia tetap nak cabar... kerana apa... demi politik mereka dan nak buat fikiran rakyat keliru...

Apapun terdedah taktik kotor dan jijik PKR dan Pakatan Rakyat bila rupa-ruapanya ADUN dan MP diminta tandatangan surat kosong tak bertarikh berkaitan meletakkan jawatan... yg digunakan sebagai satu senjata ugutan jika mahu keluar parti, kerana dengan surat itu kononnya mereka (PKR PAS DAP) boleh kosongkan mana-mana kerusi DUN dengan mengatakan mereka letak jawatan dengan kemukakan surat kosong yg ditandatangani itu... terbukti mereka cuba guna taktik jijik ini diperak terdedah... speker DUN Perak keling Parya bangsat tu telah gunakan surat ini namun tak berjaya... sultan perak membuktikan kebijaksanaan menilai situasi ini... dengan akuan bersumpah ADUN Pakatan yg keluar dan keraguan yg timbul... surat itu tidak lagi diakui sah...

Dahulu waktu kerajaan BN tumbang tak ada pun penyokong BN dan UMNO merusuh UMNO & BN akur dan patuh sebagai anak jantan... kenapa sekarang kerajaan PAKATAN runtuh mereka mengamuk dan sanggup menderhaka... ugut dan hina sultan, pecah belahkan melayu... kenapa tak bertindak seperti org yg bertamadun serah kuasa dengan rela... walhal mereka tau proses yg berlaku adalah benar... hanya sebab GILA KUASA dan demi gimik politik serta untuk dapatkan publisiti murahan sanggup timbulkan isu sebegini dan kelirukan pemikiran rakyat hingga memecah belahkan rakyat...

Apa yg rakyat Perak dapat waktu PAKATAN memerintah??? hak melayu dan Islam digadai terang terangan... sebaliknya org cina dapat macam-macam... Agama Islam diperendahkan dengan pelbagai usaha dan tindakan licik DAP... yg peliknya PAS dan PKR terutama MB PAS Nizar merelakan diri menjadi boneka tunggangan DAP... kenapa tak ada rasa bersalahpun mereka menggadai hak melayu dan maruah Islam dengan mengikut telunjuk DAP tu... kita dah bagi peluang mereka memerintah... dan mereka buktikan mereka banyak buat kerosakan dan onar terutama kepada melayu dan Islam... Buatlah tinjauan kepada rakyat Melayu Islam Perak betapa mereka bersyukur perubahan ini berlaku dan betapa menyesalnya dulu mereka sokong Pakatan Rakyat... kalau yg masih sokong tu sbb taksub dan fanatik serta Allah telah gelapkan hati mereka hinggakan hidayah terang-terangan depan mata mereka pun mereka tak nampak... kalau Allah buka minda dan hati nescaya mereka akan melihat kebenaran... kebenaran yg menyokong Pakatan Rakyat di perak umpama mengundang malapetaka kepada Melayu dan Agama Islam...

Kita yg duduk di luar mungkin tak terasa so usah kita yg diluar yg lebih-lebih biarkan lah rakyat perak menyelesaikan masalah mereka sendiri... kepada penyokong Pakatan Rakyat... fikir renung dan selami suara hati anda... nilai fakta dan bukti menggunakan Hati dan fikiran yg tenang dan rasional tanpa rasa emosi kebencian dsb... insyaAllah anda akan dapat melihat kebenarannya... sama-sama kita berdoa agar Allah tunjukkan kebenaran sebenar dan membawa kita kejalan benar berlandakan perjuangan demi Agama Bangsa Dan Negara... fikir lah sendiri

Teruskan Perjuangan...



No comments:

Post a Comment