Thursday, March 26, 2009

NAJIB MAHUKAN SAF PIMPINAN UMNO AMPUH DAN PADU & BERSIH RASUAH : HAK PERWAKILAN MENENTUKAN DEMI WANG ATAU PERJUANGAN




Salam Perjuangan

Kejutan memang dah berlaku... puteri dan wanita ok... Pemuda KO! Akhirnya Pak Lah berjaya meletakkan Menantu tersayangnya selaku ketua Pemuda walaupun terbukti menantunya bersalah main duit sbb ada backing dia kena amaran je. Kenapa perwakilan pemuda tetap pilih khairy walau satu malaysia tahu Khairy SALAM ISI (Rasuah) dan Mukhris SALAM KOSONG (SK) (demi integriti dan pembersihan UMNO) hingga menyebabkan dia tertewas...

Sudahlah... persetan dengan Khairy dan perwakilan pemuda yg mengundi dia demi setia kawan kepada Wang, Harta, Pangkat, Kedudukan, Wanita, Karaoke, Disko, Rumah Urut dan lain-lain lagi...

Insaflah wahai perwakilan semua... tidak cukupkah kekalahan teruk UMNO PRU lalu menjadi pengajaran berguna untuk kita membersihkan UMNO dari segala unsur negatif - jijik, keji dan tak bermaruah... marilah kita tolak pemimpin dan calon yang mengamalkan politik wang dan rasuah dalam apa jua cara pun! UMNO perlukan pemimpin bersih dan berwawasan selaku pejuang tulen dan sejati untuk ISLAM, Melayu dan negara...

Ini peluang terakhir dan kalau rakyat dan ahli UMNO tidak berpuas hati nescaya PRU akan datang UMNO pasti berkubur... masa itu sudah terlambat buat kita semua... apakah nasib anak cucu dan generasi kita mahu kita letak ditangan DAP, PKR dan PAS yg terbukti sebenarnya DAPlah yg dominan dalam PAKATAN RAKYAT... insaflah sepenuhnya.

Kepada perwakilan wanita UMNO apakah kalian mahu menjadi wanita pelacur yang melacurkan tubuh badan, maruah, nafsu dan meletakkan kaki ke neraka dengan makan wang HARAN dengan mengundi calon politik wang...

Kepada perwakilan lelaki UMNO apakah kalian mahu menjadi Lelaki Sumbang Mahram yang merogol dan memuaskan nafsu dengan meragut maruah, mengkhianati dan menempah tiket ke neraka dengan membiarkan diri menerima wang HARAM untuk menaikkan calon rasuah...

Fikirkan... inilah peluang terakhir kita... peluang terakhir yang Allah berikan fikirkan...

1 comment:

  1. Salam Perjuangan...

    Betullah takdir Allah SWT... namun kita berpegang bahawa Janji Allah itu Benar iaitu kebenaran pasti akan terserlah akhirnya... Allah menguji Pemuda dengan menaikkan KJ.

    Kita semua tahu dan ini bukan fitnah atau omong kosong yg KJ sudah tabur duit dan pelbagai imbuhan keseronokan lain (rahsia lelaki) kepada perwakilan demi kemenangan itu... lagi satu terbukti KJ bersalah dan hukuman hanya diberi amaran yg mana sepatutnya dia digantung macam dato ali sebab amal politik wang.
    - apa sebab dia menantu Pak Lah ke dia selamat?

    Kalau ikutkan logik ke mukhriz kalah walhal dapat pencalonan terbanyak dan bilangan pencalonan yg jauh tinggalkan calon lain...

    Kalau ikutkan kalau lah undian itu demi perjuangan suci dan jitu tanpa pengaruh politik wang nak ke perwakilan undi pemimpin macam KJ ni???

    Kalau tak main duit kenapa exco yg menang top semuanya proksi KJ yg kita tahu turut melaburkan wang demi kemenangan dirinya dan tuannya KJ... tengok saja Pemuda Putrajaya dengan Zaki and gang yg amat amat rapat dengan KJ sinonim dgn tingkat 4.

    Ingat lah KJ hanya disokong 1/3 perwakilan dan 2/3 lagi tidak menyokongnya termasuk 2/3 ahli bawahan atau golongan marhaen yg berdaftar dalam pergerakan pemuda ini...

    Kami mengharapkan perubahan sebaliknya KJ yg menang... kami yakin ramai yg tidak rela bertuankan manusia seperti KJ... hipokrit, talam dua muka serta bertuankan wang dan hart.

    Ingatlah perwakilan pemuda berjumlah 304 org yg memilih KJ lah yg akan menanggung dosa kerana merekalah menjadi punca kemusnahan, kerosakan dan akhirnya kekalahan UMNO dan penyebab Pergerakan Pemuda semakan ditinggalkan nanti...

    *p/s : tak kenal maka tak tahu, dah kenal maka kena tipu...

    ReplyDelete