Thursday, March 26, 2009

KEPUTUSAN PEMILIHAN WANITA : PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2009

Salam Perjuangan...

Jangkaan awal meleset kerana keputusan pemilihan wanita amat menyerlahkan kehendak suara akar umbi Pergerakan Wanita UMNO yg mahukan ombak perubahan dengan majoriti besar oleh Datuk Seri Sharizat berbanding Tan Sri Rafidah...



Jelas Zaman Tan Sri Rafidah telah berakhir dan momokan beliau yg mahu mengekalkan jawatan satu penggal lagi akibat rasa tercabar dan dendam atas alasan Dato Seri Sharizat menolak pelan perubahan kuasa nyata memakan diri... itulah hakikat yg harus diterima zaman ini bukan zaman beliau lagi... persoalan kuasa demi kepentingan diri dan peluang dengan mengetepikan suara akar umbi dan hakikat real politik menjerat Tan Sri Rafidah... keegoaan tidak mahu dilantik sebagai penasihat dan keyakinan terlampau yg dimiliki membuatkan beliau dilihat tidak lagi berjuang demi pergerakan wanita sebaliknya untuk kepentingan diri... Apakah Tan Sri Rafidah akan menjilat kembali ludahnya dnegan menerima tawaran sebagai penasihat wanita... kita tunggu dan lihat... mungkin inilah balasan kerana menutup terus dan mematikan karear politik Datuk Zaharah Sulaiman suatu ketika dulu ... mungkin Allah mahu memberikan pengajaran dan peluang buat beliau bertaubat...

Walau apapun Pergerakan Wanita seharusnya WAJIB merapatkan kembali Saf perjuangan yg telah longgar akibat pemilihan ini... lupakan menang atau kalau kedua-dua pihak harus berlapang dada dan memikirkan jauh kehadaan dengan melibatkan pihak aklah dan menang dalam memastikan kekutan Wanita tidak tergugat dengan pemilihan yg berlangsung ini...

Moga wanita dapat memperbetulkan kembali landasan dan idealogi perjuangannya agar persepsi masyarakat dapat diperbetulkan terutama kepada UMNO keseluruhannya... Bersihkan segala unsur negatif yg wujud dalam pergerakan Wanita dan Semoga Allah merahmati dan memberikan sinar cahaya kepada kejayaan Pergerakan Wanita ini nanti.. Amin

3 comments:

  1. Datuk Paduka Norhayati Onn tu yang kantoi skandal dengan Datuk Rahman ex-MP Gombak tu.. kan?

    ReplyDelete
  2. camno la.. kata nak berubah.. tapi pilih exco bermasalah lagi..

    --ikhlas dari akar umbi.

    ReplyDelete
  3. http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=19891&Itemid=77

    ReplyDelete