KUASA POLITIK MELAYU TERHAKIS AKIBAT PERPECAHAN. APA MILIK KITA? EKONOMI? SOSIALPOLITIK? PENDIDIKAN? SEMUANYA DI JUARAI BANGSA LAIN... SUDAH KUATKAH KITA UNTUK BERSAING TANPA HAK KEISTIMEWAAN KITA... JIKA HAK KITA GAGAL DIPERTAHANKAN... KITA AKAN DITELAN DAN DISISIH DI TANAHAIR SENDIRI... KITA WAJIB BERSATU BERJUANGAN DEMI GENERASI AKAN DATANG... KITA HARUS BERHENTI MEMBERI KERANA KELAK KITA TIADA APA LAGI UNTUK DIPERTAHANKAN...
▼
Monday, February 23, 2009
SURUHANJAYA PENCEGARAN RASUAH MALAYSIA (SPRAM) : KHALID ADA KES BESAR SALAH GUNA KUASA
Salam Perjuangan
Petikan Media Massa : Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan ketika memaklumkan perkara itu berkata, Khalid akan didakwa berhubung dengan salah guna kuasa yang membabitkan penyelenggaan kereta peribadinya dan pembelian lembu korban. Menurut beliau, kertas siasatan mengenai perkara berkenaan telah pun siap untuk diserahkan kepada Peguam Negara untuk tindakan lanjut dalam waktu yang terdekat.
Bersiaplah kau Khalid... hafal teks baik-baik waktu dipanggil beri keterangan jangan gagap-gagap lagi ya... sebenarnya banyak lagi kes khalid ni... tunggu masa je nak meletup... cuba tengok ;-
1. Lembu pembelian hasil Selangor disedekah pada kariah Bandar Tun Razak - Kantoi
2. Kereta sendiri jadi kereta rasmi dan kerajaan selangor kena tanggung pulak penyelenggaraannya - Kantoi
3. Penganjuran sambutan 100 hari pemerintahan pakatan rakyat yang mana penganjuran guna wang kerajaan selangor (Rakyat) duit kutipan dan sponsor masuk ke tabing PKR - Kejap lagi
4. Mahu pindahkan laluan projek Kebel TNB dari kampung cina ke kampung melayu dipercayai terdapat unsur-unsur lain - Tunggu...
5. Tender-tender kerajaan selangor yang kononnya kesemua dibuat secara open tender... abis yang di awardkan terus atau direct nego yang dilakukan senyap-senyap melalui pejabat MB sebab kroni ha apa cerita??? - Tunggu
6. Tender yang di kaji semua dan ditamatkan dengan mengejut di seluruh negeri selangor dan kemudian di berikan kepada suku sakat Pakatan Rakyat atas nama arahan Pejabat MB - Tunggulah...
7. Penukaran dan perpindahan kakitangan yang dikatakan sebab pro BN dan UMNO (Aniaya)... kemudian kenaikan pangkat cepat individu yang pro Pakatan Rakyat Dan PKR dengan membelakangi kakitangan yang sewajarnya menerima - ha Tunggu
Lain-lain lagi... Tunggu dan lihat...
hallo bro, main serkap jarang tak best la nk baca. Yang ni lagi best, bukan takat tarikh nga masa jer, amount pun ada skali....
ReplyDelete20 kes rasuah Khir Toyo:
1. Meluluskan projek pembinaan jalan termahal merentasi bendang di Sekinchan sejauh 20.5 km bernilai RM92.5 juta kepada kontraktor yang hampir disenaraihitamkan, Meram Holdings.
Menurut taksiran JKR, kos jalan itu tidak boleh melebihi RM50 juta. Subkontraktor yang menjalankan semua projek berkenaan iaitu Cabaran Wangsa di miliki oleh Pua Kim An (27 tahun), tuan rumah yang pernah disewa oleh Khir, manakala seorang lagi pengarah syarikat itu, Ahmad Tarmizi Tajjeury adalah kroni Khir yang mendapat 100 ekar tanah yang memberikan keuntungan minimum RM20 juta.
2. Meluluskan tanah 400 ekar di Shah Alam, pada 20 Disember 2000 kepada empat syarikat berbeza (Layar Kekal, Tirai Gemilang, Samasys dan Usahasewa Sdn Bhd) tetapi seorang nama pengarahnya (Samsuri Rahmat) hadir dalam semua syarikat tersebut. Khir sebenarnya meluluskan tanah berpontensi tinggi itu kepada seorang sahaja.
Nilai tanah di kawasan berkenaan boleh mencapai RM1 juta untuk satu ekar. Samsuri boleh mengaut untung minimum RM300 juta dari tanah tersebut.
3. Meluluskan tanah kepada kroninya secara berulang kali dalam tempoh masa singkat. Daripada hanya dua mesyuarat Exco Kerajaan Negeri yang diambil secara rawak, iaitu pada 20 November 2000 dan 4 Julai 2001, sekurang-kurangnya empat nama bertindan yang mendapat 100 ekar setiap orang iaitu Ahmad Tarmizi Tajjeury, A. Rahman Mokhtar, Suzilawani Mustaphin dan Ali Nordin. Semua mereka ada hubungan, sama ada dengan Khir ataupun Setpol, Dr Karim Mansor. Sebahagian tanah ini telah dijual, dan pemiliknya boleh mengaut keuntungan RM200,000 seekar tanpa mengeluarkan modal walau satu sen.
4. Meluluskan tanah seluas 50 ekar setiap seorang kepada empat pemohon yang hanya baru berusia 20 tahun (Ahmad Azmir, Noor Ashikin, Mardhiah, Azril Yusri). Salah seorang daripada mereka adalah anak pegawai Daerah Kuala Langat, di mana lokasi tanah itu dikesan. Difahamkan sebahagian anak-anak muda ini tidak tahu pun yang mereka mendapat tanah berkenaan kerana mereka hanya penama bagi pihak yang rapat dengan Khir. Mereka ini hanya menjadi pengarah syarikat kurang 40 hari sebelum Exco meluluskan permohonan mereka. Beberapa syarikat terbabit dikenal pasti mempunyai pemegang syer yang sama, yang terdiri dari dua wanita yang ketika permohonan diluluskan baru berumur 24 tahun.
5. Bagaimana Khir, pada bulan Mac 2001, hanya selepas 5 bulan menjadi MB, boleh membayar semua baki pinjaman rumahnya sebanyak RM150,000 secara tunai kepada BBMB Kajang. Kalaupun beliau tidak membelanjakan langsung elaun MBnya, beliau tidak mampu membayar semua pinjamannya itu. Rumah itu juga diubahsuai dengan kos yang besar dan belum lagi dikira kos membina rumahnya sekarang di Simpang Lima, Tanjung Karang yang menelan belanja lebih RM300,000.
6. Menggunakan kuasa dan pengaruhnya sebagai Pengerusi PKNS untuk mendapatkan sebidang tapak banglo di Lot 14, Jalan 2/1G, Seksyen 2 Tambahan, Bandar Baru Bangi dengan diskaun hebat 50%. Khir berbohong di DUN Selangor pada 31 Oktober 2001 apabila mendakwa beliau tidak membeli tanah itu, kononnya kerana tidak mampu dan dia juga menafikan pernah menerima dua tawaran dari PKNS dengan harga yang berbeza-beza. Salinan pembayarannya telah diperolehi.
7. Khir memberi sumbangan peribadinya, berbentuk telur ayam, ayam dan peralatan sekolah kepada pengundi di kawasannya iaitu Sungai Panjang pada 25 Disember 2000. Nilainya hampir RM200 ribu. Apabila dipersoalkan dari mana sumber kewangannya, beliau, melalui akhbar Malay Mail pada 15 Januari 2001 mendakwa sumbangan ayam diperolehi dari Lintang Bistari Sdn Bhd sebuah syarikat bumiputera yang menurut Khir adalah syarikat ternakan ayam terbesar di Sungai Panjang. Tinjauan menunjukkan bukan saja ayam atau reban tidak ada di kawasan berkenaan, malahan bulu dan tahi ayam pun tiada.
8. Pada 17-18 April 2001, meluluskan kawasan kayu balak Kompartment 78 Hutan Simpan Hulu Langat kepada Fungsi Mewah Sdn. Bhd seluas lebih 1200 ekar. Fungsi Mewah dimiliki oleh Pua Kim Seng, adik Pua Kim An, yang mana rumahnya bersebelahan rumah sewa Khir di Sekinchan dahulu. Pua Kim An juga dikesan mendapat tanah 100 ekar di Shah Alam. Keluarga Pua ini menyumbangkan dana kewangan yang besar kepada Khir semasa kempen pilihan raya 1999 dahulu.
9. Projek membekal dan memasang paip air besi keluli MS1200mm, dari Semenyih ke Banting sejauh 37.3 km, bernilai RM82,385,182. Projek ini terlalu mahal dari taksiran awal, yang tidak boleh melebihi RM40 juta. Dan jika sumber air diambil dari Pekan Dengkil kemungkinan jaraknya dapat dipendekkan menjadi hanya 20 km dan ini lebih menguntungkan. Ahli keluarga terdekat Khir didakwa mendapat imbuhan berpuluh juta daripada kontraktor LBH Engineering.
10. Meluluskan konsesi membekalkan peralatan paip air untuk jabatan Bekalan Air Selangor kepada syarikat milik Naib Ketua Umno Tanjong Karang, JAKS Sdn Bhd. Harga paip JAKS 50% lebih tinggi daripada harga kilang. Bayangkan, untuk 1 meter paip, harga JAKS adalah RM900 sedangkan harga kilang hanya RM600. Selangor mahu tukar 5,000 km paip. Berapa untung JAKS?
11. Meluluskan kawasan balak di Kompatmen 78, Hutan Simpan Hulu Langat, seluas lebih 1,200 ekar kepada Fungsi Mewah, milik Pua Kim Seng, iaitu abang kepada Pua Kim An, bekas tuan rumah yang pernah disewa Khir di Sekinchan. Keluarga Pua ini juga mendapat kontrak membina jalan termahal (RM4.6 juta untuk 1km) merentasi sawah padi daripada Meram Holdings, kontraktor yang hampir disenarai-hitamkan.
12. Khir membayar RM10,000 sebulan bagi tapak banglonya, di Lot 14, Jalan 2/1G, Seksyen 2 Tambahan, Bandar Baru Bangi, yang dibelinya daripada PKNS dengan harga diskaun 50 peratus. Sumber pendapatannya dipertikaikan kerana sebelum ini beliau membayar tunai RM150,000 untuk selesaikan pinjaman rumahnya di Kajang selepas hanyalima bulan menjadi MB.
13. Beliau mengarahkan Pengarah JKR Selangor, melalui nota pensil (agar dapat dipadam jika timbul kontroversi kelak) supaya menyerahkan projek yang membawa keuntungan lumayan kepada kontraktor kroni. Antara projek terbabit ialah pembinaan jalan di Sabak Bernam, masjid di Puchong Perdana, kem wataniah dan kuaters kakitangan SUK di Shah Alam.
14. Khir mempunyai hubungan rapat dengan kontraktor yang memohon projek kerajaan negeri, misalnya beliau bersama keluarga pernah bermalam di sebuah resort mewah di Janda Baik milik kroninya, Majulia Sdn. Bhd. Ini bercanggah dengan surat akujanji yang ditandatanganinya di depan Sultan Selangor.
15. Menswastakan kutipan tunggakan pembayaran ansuran bulanan rumah awam kos rendah seluruh Selangor kepada syarikat kroni, Noble Nexus Sdn Bhd melalui perjanjian konsesi pada 27 September 2001. Untung lumayan dapat dipungut secara mudah kerana tugas Nobel Nexus hanya menghantar notis saman dan 30% kutipan menjadi miliknya.
16. Meluluskan pembelian kenderaan rasmi kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor dan Menteri Besar (dirinya sendiri) melalui mesyuarat Exco ke 25/2001 pada 26 September 2001, tanpa melalui prosedur yang lazim digunakan. Usia kereta rasmi MB belum sampai lima tahun (didaftarkan pada Jun 1997), dan tempoh Khir menjadi MB baru setahun iaitu tidak sampai lima tahun seperti sepatutnya. Beliau juga tidak merujuk kes ini kepada Perbendaharaan dan Ibu pejabat JKR di Kuala Lumpur. Meskipun menyentuh kepentingannya, di mana kereta rasminya Merc S320L, no. plat BGF7337 ditawar untuk dijual kepadanya, Khir masih mempengerusikan mesyuarat dan tidak mengisytiharkan kepentingannya.
17. Khir mengarahkan agar semua minit dan kertas mesyuarat exco dikutip semula selepas mesyuarat tamat, manakala segala bahan-bahan penting mesyuarat Exco yang dipengerusikannya sejak Ogos 2000 tidak dibenarkan disimpan oleh Exco lain. Kebiasaannya kertas-kertas penting itu diedarkan kepada anggota Exco sehari sebelum mesyuarat, iaitu pada Selasa, tetapi selepas isu rasuahnya terbongkar, ia hanya diserahkan selepas setiap Exco duduk di kerusi masing-masing. Maknanya, “Exco Selangor masuk mesyuarat berlenggang, keluar pun berlenggang.”
18. Meluluskan hampir 11 ekar tanah di Bandar Baru Bangi, yang diwartakan sebagai kawasan rekreasi, kepada syarikat kroni, Bestarama Sdn Bhd. Masyarakat setempat membuat bantahan kerana setakat ini banyak kawasan hijau dibangunkan demi mengejar keuntungan lumayan. Bestarama boleh untung segera lebih RM14 juta. Menariknya, pemegang syer Bestarama juga pemegang syer Noble Nexus. Kedua-dua wanita itu hanya penama bagi suku-sakat Khir.
19. Menggunakan ratusan ribu ringgit wang kerajaan negeri untuk membeli iklan dua muka penuh berwarna dalam Utusan Malaysia, sekurang-kurangnya pada 1 Feb, 16 Mac 2002, bagi menjawab serangan Lutfi Othman yang mendakwa Khir mengagihkan tanah (yang luas dan mahal), pelbagai projek besar, balak, buat kroni dan suku-sakatnya.
20. Mengeksploit mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES), untuk meluluskan segala tanah dan projek kepada sesiapa yang disukainya tanpa kehadiran Exco lain. Mesyuarat Exco esoknya (pada setiap Rabu) hanya mengesahkan saja. MTES, menurut bekas penasihat undang-undang negeri, adalah tidak sah dari segi legal kerana ia merampas kuasa mesyuarat Exco.
..... malangnya .....
Datuk Seri Ahmad Said Hamdan tidak boleh berbuat apa-apa kerana Khir Toyo merupakan salah seorang pemimpin parti rakan SPRM dalam Barisan Nasional.
.................. dari blog chegubard
Hebat komen dia...
ReplyDeleteApa serkap jarang... dah terbuktikan semua perkara tu berlaku... kalau tak takkan team cyber PKR sanggup tampal jawapan kat komen ni... kalau rasa tak syok tak payah baca blog ni kan...
Tak payahlah cakap banyak konon SPRM tak ambil tindakan sebab kroni UMNO ke BN ke???... itu hanya persepsi pembangkang... kalau tindakan menyebelahi kerajaan... SPRM digelar anjing kerajaan. Kalau keputusan memihak pembangkang lagilah dicanang kerajaan jahat etc... apa ni ??? prnsip "double standard".... nak semua pihak ikut kau barulah dikatakan betul dan demokrasi...
Maklumat yg diberi tu nampak "sedap" dan macam terperinci... tetapi berapa banyak data dalam tu dah di manipulasikan??? yang mana kes dibina dan nama-nama berkenaan sengaja di kaitkan melalui jalan cerita yang menarik...
Itu semua boleh dibuat lah kawan... bukan susah buat kajian sikit... cari nama... cari projek... bukak fail sulit kerajaan... lepas tu susun dan buatkan skrip cerita... kaitkan jalan cerita agar menarik... akhirnya lahirlah satu fakta kes yg berupa fitnah... aku boleh buat kej Nik Aziz dan Husam tebang balak kat kelantan dan sapu duit balak guna nama kroni...
Maklumat dari blog chegubard konon... terbukti banyak perkara dan maklumat yang kononnya fakta telah terbukti FITNAH dan PALSU akhirnya... apakah kita masih mahu percaya blog seperti itu???
Macam kita tak tahu PKR siap import intelligent luar sebagai pem,ikir utama untuk cipta isu dan sebagai pemikir utama Psi-War Pakatan agar rakyat terus terbuai dengan isu... memesongkan pemikiran rakyat sokong mereka...
BUKTI dakwaan itu TIDAK BENAR... kalau betullah maklumat ini TEPAT apa kau ingat L. Khalid nak duduk diam ke? L. Anwar tak berkokok ke? dan pemimpin Pakatan semua nak diam tak kecohkan benda ni... kalau BETUL alamat mereka semua akan menyalak ke seluruh malaysia canang TS Khir korup...
Sudahlah... TS Khir siap cabar bawa ke mahkamah dan SPRM kalau terbukti dia salah guna kuasa dan korup masa jadi MB dulu waktu L. Khalid amik jawatan MB... senyap je... sebab apa??? sebab sebenarnya tak ada kes pun...
YANG BENAR... khalid BERSALAH untuk 2 L : Lembu dan Lexus... yang lain-lain tunggulah...