Wednesday, February 11, 2009

EXCO BARU PERAK : KUALITI BUKAN KUANTITI

Salam Perjuangan...

Terbukti kualiti menjadi ukuran bukan kuantiti... kalau exco sampai 10 orang pun tapi kerja tak jalan-jalan... duit habis bayar gaji je... eloklah bertukar kerajaan tu...

Senarai exco yang mengangkat sumpah dan portfolia masing-masing seperti berikut:
  1. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Rapat, Hamidah Osman - jawatankuasa industri, pelaburan, pembangunan usahawan, teknologi telekomunikasi, pelancongan dan hal-ehwal wanita
  2. Adun Manong Datuk Ramly Zahari, yang juga setiausaha perhubungan Umno Perak - kemudahan awam, tenaga dan air,
  3. Adun Chenderiang, Dr Mah Hang Soon, juga ketua Pemuda MCA Perak - kesihatan, kerajaan tempatan, hal-ehwal pengguna, alam sekitar, pengangkutan awam dan hal-ehwal bukan Islam.
  4. Adun Kota Tampan, Datuk Saarani Mohamad - pembangunan luar bandar, pembasmian kemiskinan, perladangan dan kebajikan.
  5. Adun Kamunting, Mohd Zahir Abdul Khalid - pelajaran, pengajian tinggi, sains dan teknologi.
  6. Adun Sungai Manik, Zainol Fadzi Paharudin, juga ketua Pemuda Umno Perak - kesenian, kebudayaan, belia dan sukan.
Ramly dan Saarani hanya dua muka lama yang dikekalkan dalam barisan kecil exco Perak, berbeza sepuluh orang sewaktu dikuasai oleh Pakatan Rakyat.

Selamat berjuang... genggamlah janji bersama tekad tersemat dihati... berkhidmat sebaiknya demi rakyat... kepada rakyat... untuk rakyat. jangan biar peristiwa hitam perak dibawah Pakatan Rakyat berulang lagi...

No comments:

Post a Comment