Tuesday, September 1, 2009

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE 52 MALAYSIA

.
.
SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN NEGARA KE-52
SEMOGA SEMANGAT MERDEKA AKAN MENYEMARAKKAN NYALAAN BARA
PERJUANGAN DEMI MEMARTABATKAN AGAMA, BANGSA & NEGARA
.

Sesungguhnya KITA MEMINJAM KEMERDEKAAN NEGARA INI daripada Anak, Cucu & Generasi kita yang akan datang...

Sebagai peminjam yang baik Kita bertanggungjawab memelihara dan memulangkan KEMERDEKAAN NEGARA INI kepada Anak, Cucu & Generasi kita yang akan datang...

Sama ada memulangkan KEMERDEKAAN NEGARA INI dalam keadaan aman, makmur & baik seperti sekarang atau dalam keadaan yang lebih baik lagi dari segenap segi...

AMAT BERDOSALAH DIRI KITA andai kita memulangkan KEMERDEKAAN NEGARA INI kepada Anak, Cucu & Generasi kita yang akan datang dalam keadaan lebih buruk, lebih teruk dengan keadaan huru-hara & kestabilan yg terancam... hingga memungkinkan Anak, Cucu & Generasi kita yang akan datang MENJADI PEREMPAT DI TANAHAIRNYA SENDIRI...

Waktu itu sepanjang hayatnya Anak, Cucu & Generasi kita yang akan datang akan menyalahkan kita Generasi yang hidup pada waktu ini kerana kesilapan kita hari ini...

Pilihan di tangan kita semua... fikir dan renungkanlah tindakan & sokongan kita terutama dalam menentukan pemimpin yang akan kita serahkan kuasa & nasib serta masa depan kita semua ... Amat buruk natijahnya andai kita tersalah membuat pilihan

Fikirkanlah sedalamnya demi memulangkan KEMERDEKAAN NEGARA INI dalam keadaan terbaik kepada Anak, Cucu & Generasi kita yang akan datang...

KEPADA ALLAH BERSERAH...
.
.

No comments:

Post a Comment