Friday, December 19, 2008

PAKATAN RAKYAT JANGAN BELI CAMRY : DI PROTON RAMAI PEMBANGKANG

Salam Perjuangan

Mungkin pelbagai alasan dijadikan sebab untuk menghalalkan penukaran kereta kerajaan di negeri dikuasai pakatan pembangkang kepada CAMRY menggantikan PROTON.

SEBAB POPULAR PAKATAN RAKYAT TUKAR CAMRY

1. Kualiti kereta PROTON yang kurang baik - memang diakui ini terjadi tetapi proton boleh dianggap masih baru dibandingkan pengeluar kereta "import" yang dah berpuluh-puluh tahun menguasai teknologi ini. Atas dasar patriotik kerajaan WAJIB lah menggunakan PROTON - kepimpinan melalui tauladan... baru rakyat sokong PROTON... ini kalau pemimpin pun tak patriotik macam mana anak buah - jelas Pakatan Rakyat tidak Patriotik

Namun begitu hasil maklumat kita tahu 70% kakitangan PROTON merupakan penyokong pembangkang dan mereka buat kerja sambil lewa demi gaji dan OT sahaja... yang mana selaku penyokong pembangkang mereka tidak bersemangat tinggi dan patriotik dalam bekerja demi memajukan PROTON dan membanggakan negara... Kalau PROTON maju kerajaan (BN & UMNO) yang dapat nama... Kalau begitu salahkan saja mereka kalau kualiti PROTON tidak sebagus mana kerana dalam hati dan jiwa mereka milik pembangkang & dalam diam sikap mereka inilah yang mensabotaj PROTON....

2. Servis kereta ini dikatakan jauh lebih mahal berbanding - telah dinafikan oleh PROTON DISINI. Rasanya sesiapakun tahu servis PROTON lebih murah berbanding kereta import juga barangan gantinya - apakah ini menjimatkan???

Persoalannya apakah tindakan pembelian ini menuntungkan pembangkang??? tidak sama sekali yang mana menyerlahkan kelemahan pembangkang.

TERSERLAH IMEJ SEBENAR PEMBANGKANG & KELEMAHANNYA

1. Pembangkang TIDAK PATRIOTIK - tidak menunjukkan contoh yang baik kepada rakyat supaya menyokong produk tempatan dahulu - BUY MALAYSIA FIRST.

2. Menunjukkan pembangkang rakus mahu bermewah-mewah menggunakan wang rakyat walhal ternyata penukaran itu belum sampai masanya ( 5 tahun untuk setiap kereta) konon lebih menjimatkan sedangkan sesiapapun tahu servis PROTON lebih murah berbanding kereta import juga barangan gantinya

3. Ada maksud tersirat disebalik pembelian ini yang memungkinkan Pakatan Rakyat meraih laba keuntungan hasil penukaran kenderaan ini... siapa tahu ada individu yang mendapat keuntungan hasil tander pembelian kereta ini - mungkin agen kereta yang bersekongkol dengan mereka

4. Pembangkang tidak prihatin kebajikan rakyat - jika proton gulung tikar dan ditutup seramai hampir 5 ribu orang akan kehilangan pekerjaan termasuk dari syarikat vendor pembekal proton... ini membuktikan bukan menjaga kebajikan sebaliknya menjahanamkan...

5. Pembangkang tidak berfikiran strategik - Proton juga menyumbanga Jutaan Ringgit hasil cukai pintu di perak... kalau proton tutup apa yang akan diperolehi kerajaan perak? Tindakan Pakatan Rakyat Perak seperti "Diberikan Susu tetapi dibalas TUBA"

6. Pembangkang bakal kehilangan sokongan kerana kebanyakan atau hampir 70% kakitangan PROTON adalah pembangkang - tengok pembangkang menganiaya penyokong mereka sendiri... bukan mereka tak tahu - mereka sanggup mengorbankan penyokong mereka demi bermewah - kalau mereka kehilangan kerja nanti Pakatan Rakyat nak jaga kebajikan mereka ke?

Mengikut sumber di SINI - Ramai pekerja PROTON penyokong tegar pembangkang

Berikut Maklumat dipetik dari Blog Berkenaan :-

Untuk pengetahuan pembaca majoriti pekerja Proton adalah orang Kelantan,Kedah dan Perak.Zemi boleh katakan tujuh puluh peratus pekerja Proton ini adalah penyokong Pas.Malah info yang Zemi dapat daripada kawan-kawan Zemi yang masih bersama Proton sekarang,bukan saja penyokong Pas,penyokong PKR juga semakin ramai di dalam Proton sekarang.

Ini menunjukan Proton dikuasai oleh penyokong-penyokong Parti Pembangkang.Kalau kualiti Proton teruk maka pekerja-pekerja Proton yang menyokong Pembangkang inilah yang harus dipertikai. Untuk pengetahuan pembaca setahu Zemi sindrom politik kepartian terlalu kuat di dalam kilang Proton.

Mereka banyak membuang masa berpolitik daripada memberi tumpuan kepada kerja dan memberi idea-idea yang bernas kepada Majikan mereka.Dalam kepala mereka telah tersemat “peduli apa aku dengan kualiti bukan kereta aku nak pakai ,janji aku kerja, boleh buat OT cukup bulan dapat gaji”.

PROTON MASIH ADA KEKUATAN

1. PROTON merupakan syarikat yang menjaga kebajikan kakitangannya yang mana bekas kakitangan dan maklumat diterima PROTON diakui sebuah syarikat yang begitu menjaga kebajikan kakitangannya.

Berikut Petikan dari Blog berkenaan :-

Banyak pengalaman berharga yang dapat dikutip semasa di Proton. Malah Zemi boleh katakan kejayaan Zemi pada hari ini adalah sumber inspirasi daripada pengalaman bekerja di Proton. Mereka adalah Majikan yang bertanggungjawab dan menjaga kebajikan Pekerja.

Malah jika ada Pekerja yang meninggal dunia diluar waktu kerja sekalipun mereka akan tanggung segala kos sehingga ke lubang kubur.Siap beri duit untuk tahlil lagi.Dan pelbagai lagi kemudahan lain yang diberikan oleh Proton kepada pekerja-pekerja mereka

2. Proton berjaya menembusi pasaran baru dan mendapat sambutan diluar negara membuktikan PROTON diterima diperingkat antarabangsa.

3. Kalau PROTON mahu dijual percayalah PROTON akan menjadi rebutan syarikat-syarikat kenderaan ternama kerana diyakini memiliki prospek dan asset terbaik untuk maju lebih jauh.

4. PROTON disokong teguh kerajaan (BN & UMNO) : Walaupun pembangkang menganggap tindakan sokongan oleh kerajaan kepada PROTON merugikan wang rakyat namun sokongan ini pasti membawa PROTON jauh maju kehadapan... sedar atau tidak tindakan Kerajaan (BN & UMNO) menyelamatkan PROTON semasa krisis kewangan sebenarnya telah berjaya menyelamatkan 5 Ribu pekerja PROTON dari hilang pekerjaan yang mana 70% daripadanya penyokong pembangkang....

KESIMPULAN : Kalau Pakatan Rakyat tetap nak beli siapa boleh halang... mereka dah ada kuasa mereka boleh buat apa sahaja... tahniah kepada pengundi pembangkang yang menggunakan kuasa undi untuk menaikkan mereka-mereka ini yang telah terbukti bukan menjaga kebajikan seperti dijanjikan sebaliknya terbukti lebih mementingkan penjagaan diri, bermewah & mengkayakan kroni serta menghabiskan wang rakyat....

Renungkan Apakah kita mahu mereka-mereka ini kekal nanti memerintah & memimpin kita???.... tepuk dada... fikirkan menggunakan akal fikiran waras tanpa berbaur emosi

No comments:

Post a Comment