Tuesday, November 11, 2008

PETRA BEBAS ISA : HAKIM DAN TUNJUK BELANG

Raja Petra dibebas, alasan penahanan ISA tidak sah
Oleh Rafidah Mat
Ruzkifidahruzki@bharian.com.my

Komen : Pembebasan Raja Petra amat begitu memeranjatkan... setelah apa yang dilakukan beliau... kenapa harus insan sebegini dibebaskan. Merenung kisah di zaman Syaidina Umar dahulu di mana berlakunya kes seorang itu diasingkan dari masyarakat kerana tindakan individu itu yg telah mengkucar-kacirkan masyarakat... menunjukkan Islam ISLAM AMAT MEMENTINGKAN TINDAKAN PENCEGAHAN AGAR SESUATU YG BURUK DAPAT DIELAKKAN....

Apakah dengan dasar keterbukaan yg di berikan PLah HAKIM-HAKIM telah mula dengan membuka topeng mereka dengan membuat keputusan yg pro pembangkang dengan membelakangi kepentingan keseluruhan masyarakat, negara dan Islam... apakah Hakim Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad ini sekadar mencari kesalahan alasan prosedur dari kepentingan memelihara keamanan, keselamatan & keharmonian masyarakat & negara... atau itu sekadar alasan demi memperlihatkan sokongan kepada pembangkang kerana pembebasan Raja Petra seakan memberikan impak & kemenangan moral kepada pembangkang menyebabkan lebih ramai lagi selepas ini ebrani menimbulkan isu-isu sensitif dan memporak perandakan negara melalui idea & fitnah menerusi blog masing-masing....

Kalau salah prosedur PLah sendiri kata tiada silapnya prosedur yg dilakukan... cuba rujuk DISINI. Yang silapnya adalah dasar PLah yg terlalu terbuka hinggakan mereka semakin berani & makin lemak tambah berminyak...

Kepada HAKIM-HAKIM SEMUA... jangan membodohkan diri kerana terlalu mahu mencari kesempurnaan... yang perlu dicari adalah kebenaran & melihat kesan keseluruhan pengadilan sesuatu kes... apakah kepentingan seorang insan lebih besar berbanding kesan keseluruhan kepentingan masyarakat, negara dan Islam...

Renung-renungkan selamat berjuang...

SHAH ALAM: Pengendali dan penulis blog Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin dibebaskan daripada tahanan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selepas Mahkamah Tinggi di sini semalam, membenarkan permohonan habeas corpus untuk mengisytiharkan penahanannya tidak sah. Hakim Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad membuat keputusan itu selepas mendapati alasan penahanan yang dikeluarkan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar mengikut Seksyen 8 ISA tidak mematuhi undang-undang. Membacakan penghakimannya, beliau berkata walaupun semakan penghakiman tidak boleh dilakukan terhadap perintah mengikut Seksyen 8(1) ISA, mahkamah boleh berbuat demikian jika ia dibuat tanpa mengikut peruntukan undang-undang berkenaan. Secara umum, katanya, Seksyen 8 (1) ISA adalah selari peruntukan Artikel 149 Perlembagaan Persekutuan, tetapi perintah dikeluarkan Menteri Dalam Negeri terhadap Raja Petra tidak selari peruntukan mengikut seksyen itu. Sehubungan itu, Syed Ahmad Helmy memerintahkan Raja Petra, 58, yang ditahan di Kem Tahanan Kamunting, dibebaskan selewat-lewatnya jam 4 petang dan sebaik tiba jam 3.15 petang, dia dibebaskan. Suasana dalam mahkamah riuh-rendah apabila 50 penyokong Raja Petra bersorak sebaik mahkamah membuat keputusan, menyebabkan Syed Ahmad Helmy menegur mereka dengan berkata: "Ini adalah Mahkamah Undang-Undang." Isteri Raja Petra, Mable @ Marina Lee Abdullah dan dua anak mereka, Suraya 34, dan Sarah, 19, menangis dan berpelukan sebaik hakim membebaskannya.

Perintah penahanan terhadap Raja Petra antara lain menyebut dia, sejak 16 Januari 2008 sehingga ditahan 12 September lalu, bertindak secara sedar, sengaja dan tidak bertanggungjawab menyiarkan artikel tulisannya dan komen pembaca yang mempersenda dan menghina orang Islam, kesucian Islam dan peribadi Nabi Muhammad SAW sehingga membangkitkan kegelisahan dan kemarahan masyarakat Islam di negara ini. Raja Petra memfailkan permohonan habeas corpus pada 30 September lalu dengan menamakan Syed Hamid sebagai responden, untuk mendapatkan pembebasannya daripada penahanan mengikut ISA dengan alasan penahanannya tidak sah dan tidak mengikut peruntukan dalam perlembagaan.

1 comment:

  1. Hakim tu tak melihat gambaran keseluruhan kut... yg penting prosedur dsb bukan keputusan yg bakal dia buat dan kepentingan pada negara... ala macam Gomen... asyik-asyik prosedur tu dan ini, meeting-meting akhirnya keputusan lambat keluar wujudlah karenah birokrasi... biasalah kerja kerajaan...

    ReplyDelete