Thursday, November 6, 2008

ISU PERKAUMAN : CUKUP, JANGAN CABAR MELAYU

Salam Perjuangan...

Sultan Perak secara terbuka mahu sebarang isu atau kenyataan berbaur perkauman dan mencabar hak keistimewaan orang melayu dan pendatang dihentikan... terima kasih, DAULAT TUANKU !!!

Siapa yang sebenarnya yg menimbulkan isu perkauman ini??? adakah Melayu??? tidak melayu hanya bereaksi kerana dicabar org lain... SIAPA??? siapa lagi kalau tak dimulakan oleh kaum cina... mereka yg mula-mula sekali mempersoalkan kontrak sosial... mereka mahu menuntut hak yg sememangnaya dijamin oleh perlembagaan milik melayu... jangan lupa tragedi 13 mei dulu pun kaum cina yang memulakannya...

Kaum cina jangan lupa daratan... lupa diri kerana merasakan melayu kini lemah dan mereka cuba mengambil kesempatan... JANGAN KURANG AJAR... terutama DAP dan juga parti komponen BN GERAKAN & MCA... "SARANG TEBUAN JANGAN DIJOLOK"

Melayu memiliki ingatan yang kuat & tidak mudah melupakan... Apakah dengan mengambil kesempatan dikala Melayu lemah akan menguntungkan kaum cina dalam jangka masa panjang... fikirkan para pemimpian GERAKAN, MIC ... semangat setiakawan yg dirobek & dicabar ini akan kami kenang... dan akan kami tuntut semula hak yg telah kami korbankan apa bila tiba masanya...

Melayu akan akur kepada saranan Yang Mulia Sultan Perak & Majlis Raja-Raja melayu untuk tidak mencetus atau menjadi pemla kepada isu perkauman lagi bermula tika ini... diharapkan kaum lain terutama cina juga faham dan jangan cuba-cuba menduga kesabaran kami... ingat jangan cuba walau sekali untuk cuba mencabar melayu... kesabaran kami ada batasnya...



KUALA KANGSAR 5 Nov. – Sultan Perak, Sultan Azlan Shah meminta rakyat supaya berfikiran rasional dan segera menghentikan tindakan-tindakan bersifat politik secara berlebihan dan keterlaluan yang mengguris hati dan emosi orang Melayu. Bertitah semasa menerima memorandum daripada Gabungan Melayu Perak (GMP) di Istana Iskandariah di sini hari ini, baginda menegaskan, apa yang penting pada masa ini ialah menjaga kepentingan rakyat yang telah memilih kerajaan.

Titah baginda, ini bermakna, keamanan dan kerukunan warga tidak harus dikorbankan hanya kerana perebutan kuasa di kalangan pemimpin dan kumpulan tertentu.‘‘Hari ini, jika berlaku kesilapan dan kepincangan di peringkat pelaksanaan dasar tertentu, yang perlu diperbetulkan adalah mekanisme pelaksanaan.

‘‘Oleh itu, dasar tunjang yang menjadi asas kepada pembinaan sebuah negara merdeka tidak harus disentuh, diuji dan dicabar sama sekali. ‘‘Perbuatan demikian jika tidak dihentikan dibimbangi akan mengguris hati dan emosi orang-orang Melayu,” titah baginda.

Turut berangkat pada majlis itu ialah Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah, Raja DiHilir Perak; Raja Jaafar Raja Muda Musa serta ahli-ahli Dewan Negara Perak. Memorandum itu disampaikan oleh Presiden Gabungan Melayu Perak, Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail.Kira-kira 2,000 wakil pertubuhan bukan kerajaan, ahli persatuan silat dan persatuan dari seluruh Perak dan Kuala Lumpur menyertai perarakan aman yang bermula dari Masjid Ubudiah ke Istana Iskandariah di sini bagi menyerahkan memorandum itu.

Memorandum berkenaan mengandungi hasrat dan perasaan orang Melayu yang menjunjung kasih kenyataan khas Majlis Raja-Raja ke-215 pada 16 Oktober lalu. Sultan Azlan bertitah, kebimbangan orang Melayu dijawab melalui jaminan perundangan dengan memaktubkannya ke dalam Perlembagaan Merdeka (Perlembagaan Persekutuan).Titah baginda, ia termasuk klausa- klausa tertentu menyentuh agama Islam, Raja-Raja Melayu, adat istiadat Melayu, bahasa Melayu dan kedudukan istimewa orang Melayu.

Baginda menjelaskan, sebarang pindaan Perlembagaan menyentuh raja- raja serta bidang kuasa raja merangkumi agama Islam, bahasa kebangsaan, kedudukan orang Melayu serta bumiputera di Sabah dan Sarawak perlu mendapat perkenan raja-raja. Dalam hubungan ini titah baginda, institusi raja berupaya memberikan keyakinan psikologi untuk melindungi kepentingan bangsa di samping memberikan keadilan kepada warga keseluruhannya.

‘‘Institusi raja berperanan sebagai lambang penyatuan dalam kepelbagaian. Raja-raja memahami bahawa perlembagaan merdeka juga memberi pengiktirafan dan perlindungan kepada warga pelbagai bangsa, agama, bahasa dan budaya.
‘‘Persefahaman dan persetujuan yang telah termaktub dalam kontrak sosial berkenaan telah membolehkan negara mencapai kejayaan, kemajuan, keharmonian dan kestabilan. ‘‘Negara yang aman dan warga hidup secara rukun dalam dimensi sosiopolitik yang mengiktiraf fakta dan hakikat sejarah,” titah baginda.

Sultan Perak bertitah, orang Melayu bimbang akan pencapaian taraf sosioekonomi mereka yang jauh ketinggalan berbanding kaum-kaum lain.Titah baginda, untuk itu orang Melayu memerlukan jaminan dan pembelaan demi memastikan kedudukan mereka sebagai pribumi tidak terancam.

‘Persekutuan Tanah Melayu masih wujud dalam undang-undang kita atau dengan lain perkataan, negara Malaysia adalah berteraskan kepada sejarah Melayu, evolusi politik Melayu dan nasionalisme Melayu yang hidup subur dalam kepulauan Melayu yang mempunyai sejarah kebudayaan Melayu.‘‘Faktor-faktor dan hakikat inilah yang melahirkan negeri-negeri Melayu, Persekutuan Tanah Melayu dan akhirnya Malaysia,” tegas baginda.

2 comments:

  1. Melau.. melayu.. melayu... kena berkorban kaum lain takkan boleh terus hina mencabar hak melayu... tolong kerajaan ambil tindakan bagi senyap org tak faham bahasa melayu ni...

    ReplyDelete
  2. JANGAN TERUS MENGURIS HATI ORANG MELAYU

    GPMS menyambut baik saranan Sultan Perak berkenaan keperluan untuk mana-mana pihak untuk tidak mengguris hati orang Melayu.

    GPMS cukup yakin, bahawa saranan tersebut hadir dalam ketika dan masa yang tepat, melihat kepada suasana politik yang semakin tidak mengambil kira sensitivity orang Melayu.

    Ingatan sama mesti turut sama difahami, dihayati dan diperhalusi oleh sekumpulan minoriti orang Melayu yang mula sanggup mengemukakan cadangan dan saranan yang sama celupar seperti orang lain.

    GPMS mengharapkan agar orang Melayu sendiri tidak mengeluarkan apa juga saranan yang melukakan hati dan menggugat kepentingan bangsa sendiri.

    Pandangan yang berbunyi populis, tetapi tidak responsive kepada kelansungan dan survival bangsa adalag sangat tidak bertanggungjawab.

    GPMS benar-benar menginginkan agar saranan Duli Sultan Perak diambil serius semua pihak. Permainan politik yang ’keterlaluan’, sekaligus mampu meranapkan ’asas dan fundamental’ negara bangsa, tidak akan memberi manfaat kepada mana-mana pihak.

    ReplyDelete