Berita : UTUSAN
Kerajaan membayar ex-gratia berjumlah RM10.5 juta kepada bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas dan lima lagi bekas hakim kanan.Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, bayaran tersebut adalah Tun Salleh berjumlah RM5 juta, Tan Sri Azmi Kamaruddin (RM2juta), Tan Sri George Edward Seah Kim Seng (RM2juta) dan yang lain iaitu Tan Sri Wan Hamzah Mohd. Salleh, Allahyarham Tan Sri Eusoffe Abdolcadeer dan Allahyarham Tan Sri Wan Suleiman Pawanteh berjumlah RM500,000 setiap seorang. - Utusan.
Kerajaan membayar ex-gratia berjumlah RM10.5 juta kepada bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas dan lima lagi bekas hakim kanan.Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, bayaran tersebut adalah Tun Salleh berjumlah RM5 juta, Tan Sri Azmi Kamaruddin (RM2juta), Tan Sri George Edward Seah Kim Seng (RM2juta) dan yang lain iaitu Tan Sri Wan Hamzah Mohd. Salleh, Allahyarham Tan Sri Eusoffe Abdolcadeer dan Allahyarham Tan Sri Wan Suleiman Pawanteh berjumlah RM500,000 setiap seorang. - Utusan.
Salam Perjuangan
Kerajaan PLah sepatutnya tidak membuka langsung kes ini... sebenarnya kes ini tiada salah dan silapnya kerajaan ketika itu...kes ini juga diperjuangkan pembangkang & langkah kerajaan buka kes ini dan bagi ex gratia telah menunjukkan seolah-olah pembangkang betul & kerajaan bersalah... kesannya impak & imej buruk kepada kerajaan BN. Sepengetahuan kes ini dibuka kerana mastermind PLah nak kenakan Tun Mahathir sbb pada waktu tu Tun banyak komen PLah... nak bagi mulut Tun senyap kononnyalah...
Cuba fikir lah masak-masak, duit sebanyak itu patut digunakan untuk perkara lain seperti membina sekolah atau bagi tujuan kebajikan rakyat... mereka-mereka ini tak perlukan duit ini sebab mereka dah hidup senang, kaya dan mendapat pencen penuh kerajaan... Percayalah selepas ini mereka-mereka ( peguam-peguam) ini akan naik lemak dan berminyak... BUKTINYA baru kerajaan bg ruang sikit kat badan kehakiman tengok mereka anjurkan FORUM MEMELUK ISLAM : PERTIKAIKAN BAB AGAMA ISLAM...
BAYANGKAN KALAU KITA BAGI LEBIH BANYAK RUANG LAGI... Harus diingat penguam dan hakim ini belum tunjukkan topeng sebenar mereka yang mana mereka ini kebanyakannya PRO-PEMBANGKANG... Dengan buka kes Tun Saleh Saga ini dan buat bayaran Ex-Gratia.... APA KERAJAAN NAK BUKTIKAN SEBENARNYA???
Lihat Fakta Kes ini:
SEMUA MESTI BACA MAKLUMAT DARI TUN MAHATIR disini
sumber ulasan - http://test.chedet.com/che_det/2008/06/the-tun-salleh-saga.html
1. Sebenarnya kes terhadap Tun Salleh tercetus kerana surat-suratnya kepada Yang di Pertuan Agong yang baginda anggap melanggar tatasusila serta menghina.
2. Di dalam surat pertamanya, Tun Salleh telah menulis kepada DYMM YDP Agong untuk mengadu berkenaan bunyi bising kerana kerja-kerja baikpulih di Istana YDP Agong yang terletak berdekatan dengan rumah Tun Salleh.
3. Ini sahaja boleh dianggap melanggar tatasusila. Seseorang yang begitu kanan kedudukannya boleh meminta izin untuk mengadap YDP Agong dan menyampaikan aduannya secara lisan.
4. Untuk memburukkan lagi perbuatan menghina Istana dia telah menghantar salinan suratnya kepada Raja-Raja lain. Ini seolah-olah menunjukkan yang dia tidak punyai keyakinan terhadap YDP Agong dan menghendakkan Raja-Raja Melayu lain untuk mengadakan tekanan terhadap YDP Agong.
5. Ini kemudiannya disusuli dengan satu lagi surat kepada YDP Agong yang mengadu berkenaan tindak-tanduk eksekutif iaitu Perdana Menteri. Salinan surat ini juga telah dihantar kepada Raja-Raja-Tun M kritik hakim sbb salah tafsir undang-undang dari sepatutnya undang2 itu dibuat.
6. Dalam surat berkenaan dinyatakan ketidak puasan hati dan mengkritik hebat kerajaan dan terdapat kenyataan gangguan-gangguan berkenaan menyebabkan dia tidak lagi boleh bertindak dan berfikir dengan rasional- kalau tak boleh bertindak & fikir rasional mana boleh jadi HAKIM???.
7. Dalam surat tu juga dikatakan dia tak mahu kritik kembali secara terbuka walhal dalam ucapan-ucapan Tun Salleh sebelum itu terbuka mengkritik kerajaan... dan kritikan Tun Mahathir adalah benar kerana disebabkan penafsiran undang-undang yg dibuat oleh hakim yang lari dari tujuan sebenar undang2 itu.
8. Jadi disebabkan tiada persefahaman yang begitu meruncing adalah molek & difikirkan perlu Tun Salleh berundur dari jawatannya - dari duduk dalam dan hentam kerajaan baik berenti.
9. Kabinet juga bersetuju perlembagaan harus dipatuhi & YDP Agong bersetuju tubuh tribunal timbang kes Tun Salleh ini yang mana tutut melibatkan Hakim Asing bg memastikan keterlusan - Tun Salleh Abbas tak setuju dan Boikot Tribunal berkenaan dan cari sokongan hakim-hakim lain. Ada 5 Hakim sokong dengan terbuka dan membuat usaha melalui proses mahkamah mengetepikan Tribunal berkenaan hingga mewujudkan konflik... Hakim yang menghakim jelas pro Tun Salleh dan proses mahkamah dipergunakan untuk kepentingan mereka memeprjuangkan Tun Salleh... mereka tahu segala vcara sbb mereka semuakan hakim dan segala macam prosedur dia org mahir.
10. Akhirnya selepas melalui tempoh proses yang sukar & penuh ketegangan Tun Salleh dan hakim yang terlibat di pecat... salah laku, salah guna kuasa, melanggar tatacara perkhidmatan dan banyak lagi...
11. Mereka sepatutnya tak dapat pancen mereka dipecat kerana perbuatan mereka yg mencalar badan kehakiman demi kepentingan diri mereka sahaja. Namun Tun Mahathir meluluskan membayar PANCEN PENUH pada mereka bermula tarikh mereka dipecat - mereka tidak kerugian wang pun...
Fikir dalam-dalam... Jadi apakah mereka-mereka ini layak untuk dibersihkan namanya dan menerima Ex-Gratia itu? Jelas mereka mengingkari & melanggar peraturan juga arahan pentadbiran yg telah mereka sumpah kan sewaktu menjadi hakim dahulu... bahagian mana yang memerlukan nama mereka dibersihkan sebab memang mereka lakukan kesalahan... dan kesalahan harus menerima hukuman...
Jadi jawapannya tiada kerana mereka lah sebenarnnya yg menjadi punca masalah ini... Disebabkan mereka-mereka ini, timbul salah tanggapan rakyat dan dunia kononnya badan kehakiman tidak terlus yg merobek keyakinan terhadap negara kita... mereka-mereka ini berjuang demi kepentingan diri mereka sahaja... waktu dulu demi kekalkan jawatan-jawatan mereka... sekarang pula demi bersihkan nama... semua untuk diri mereka. Letih memikirkan kenapalah sikit punya ramai penasihat & pakar kerajaan masih JAHIL & BODOH dalam membuat keputusan demi kepentingan strategik negara... TAHNIAH KES EX-GRATIA NI MEMBUKTIKAN MEMANG PATUT & PADANLAH RAKYAT BERALIH ARAH DENGAN TIDAK MENYOKONG KERAJAAN BN... buat waktu ini
p/s : Kes ni org kuat yang usahakannya ialah Zaid Ibrahim a.k.a MYM (Melayu yg Murtad) - dialah punca kes ni jadi hangat dan hangus sampai rakyat silap membuat penilaiaan. Ni dah keluar dari melayu BILA ZAID IBRAHIM NAK KELUAR DARI UMNO??? Lagi baik keluar dari jadi "gunting dalam lipatan" bagi UMNO... boleh bekerjasama secara terbuka dengan PEMBANGKANG selepas tu tak payah sorok-sorok macam selalu...
Banyak nya... 10 juta tu... kalau baiki sekolah kat kampung aku lagi baik... lagi satu dak kes tu senyap aman ditutup naper nak buka... macam buka pekung didada dan beri ruang org aibkan kita..
ReplyDeleterasa-rasa zaid ibrahim ni tali barut Anwar dalam UMNO tu dia buat keje sabotaj tu