Thursday, September 4, 2008

BUJET 2009 - Kerajaan Syok Sendiri

Salam Perjuangan buat semua....

Apa sudah jadi... Apakah Panel pemikir BN dan penasihat PM merasakan budget inilah yg terbaik buat rakyat dengan mengambil kira keadaan sekarang dengan faktor politik, ekonomi, emosi rakyat dsb... Rakyat tengah derita ni... itu sahaja ke???

Adakah mereka masih bermimpi yg kerajaan sekarang begitu kukuh dan utuh serta mendapat sokongan padu yg tidak berbelah bahagi daripada rakyat... walhal kerajaan sekarang wujud dgn majoriti 1/2 shj dan berdepan dengan ancaman bahaya DSAI yg menyebabkan kepercayaan rakyat pada kerajaan BN dan UMNO begitu merudum teruk sekali...

Dah tak ada yg cerdik pandai ke yg mampu mendatangkan satu budget yg berupa serapang 2 mata - memenangi hati rakyat kembali (popular) & disamping memperkukuh landasan ekonomi... bagi saya budget yg dibentangkan ini tidak mencukupi langsung bagi memenangi hati rakyat dan bagi merangsang ekonomi...

Saya amat setuju dengan DSKT... apa punya budget kalau kononnya usaha mengurangkan beban tak dirasai oleh majoriti hanya minoriti... rasa-rasa rakyat nak sokong BN balik ke??? apa punya starategilah kerajaan BN ni... tengok sambutan rakyat pada bujet yg di bentangkan dingin... bantahan adalah... lembab betullah kerajaan...
Isu ni tolong selesaikan

1. Minyak kasi turun harga balik macam dulu RM 1.50 ke...
2. Tambah senarai barang terkawal yg perlu untuk keluarga berserta harga yg jauh lebih murah bukan harga kawalan lagi mahal dari pasaran tu nama pegawai KPDN HEP tak buat kerja...
3. Tol kasi kurangkan 40% ke bukan naikkan
4. Bonus oklah tapi elaun kolar tu naikkan 300% atau lebih ke bagi tempat2 yg tinggi kos hidup...
5. Dari bagi free pengguna elektrik RM 20 ke bawah. Daripada itu baik turunkan tarif elektrik dan air... ingat rakyat budak kecil yg tak boleh fikir tu strategi kerajaan je nak bg nampak "GRAND" tp tak ada apa2 pun sbnrnya... bodoh siapa yg bagi cadangan tu kepada PM.
6. haraga barang turunkan... inflasi turunkan... mekanisma jgn la tanya kerajaan buatjelah macam mana pun bagi rakyat rasa penurunan harga barang...

Serta langkah-langkah lain yg dapat memenangi hati rakyat disamping pakej rangsangan ekonomi yg mantap... bagi DSAI terkucil dan terkebil-kebil... Dalam masa yg sama jentera penerangan kerajaan basuh cukup2 rakyat dan bagi penerangan isu-isu semasa... bg mereka faham realiti sebenar... tp cara kenalah pandai gunalah kaedah Psi-War jgn direct je tu yg org makin benci kerajaan jgn buat provokasi kat media TV... kursus BTN ke ceramah umum ke... fikirla sendiri.... studi modus operanti PKR dan Pakatan Rakyat... BELAJAR, jangan syok sendiri buat kajian

Jangan biarkan DSAI buat langkah politik terlebih dahulu sampai kita terikut-ikut... biar kerajaan buat langkah awal dan keep control permainan jgn bagi DSAI... Gunalah segala jentera yg ada... takkan dah jadi PMLah dah ketandusan idea... minda jadi beku...ni keadaan genting skrg... tak larat baik turun je jgn duduk lama-lama makin menyampah pulak org dari sokong terus jadi benci... APA NAK JADI kat PMLAH ni... & penasihat-penasihat belaannya...

No comments:

Post a Comment