Wednesday, September 17, 2008

16 SEPTEMBER TUKAR KERAJAAN : KRONOLOGI PENIPUAN ANWAR & PAKATAN RAKYAT


Kronologi PEMBOHONGAN ANWAR & PAKATAN RAKYAT mengenai angan-angan kerajaan baru

SUMBER : Utusan 17 September Kronologi kenyataan Anwar Ibrahim mengenai angan-angan kerajaan baru

8 Mac
Dalam Pilihan Raya Umum Ke-12, PKR, Pas, DAP dan seorang Bebas memenangi 82 daripada 222 kerusi Parlimen. Pakatan pembangkang memerintah di lima negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor.

1 April
Anwar mengumumkan PKR, Pas dan DAP membentuk Pakatan Rakyat (PR) untuk menyatukan kerjasama antara mereka.


23 April
Di Kota Kinabalu, Anwar berkata, PR sudah bersedia untuk membentuk kerajaan dan mempunyai cukup Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang bersedia melompat parti.
Anwar juga menegaskan pertukaran kerajaan akan berlaku selewat-lewatnya pada 16 September iaitu hari pembentukan Malaysia.


24 April
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tiada seorang Ahli Parlimen BN akan melompat parti dan mendedahkan Anwar "sedang mengarah sebuah permainan politik".


25 April
Anwar mengulangi keyakinannya untuk memerintah negara dan mewujudkan kerajaan baru kemungkinan pada bulan Jun, Julai atau 31 Ogos namun tetap tidak melebihi tarikh 16 September.


28 Jun
Bekas pembantu Anwar, Mohd. Saiful Bukhari Azlan membuat laporan polis mendakwa dia telah diliwat majikannya.


3 Julai
Naib Presiden PKR, Azmin Ali berkata kemungkinan terdapat penangguhan pada rancangan mereka membentuk kerajaan baru tetapi ia tetap menyatakan 16 September sebagai tarikh Anwar menjadi Perdana Menteri.


10 Julai
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menyerahkan notis usul undi tidak percaya terhadap kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia di pejabatnya di bangunan Parlimen.


31 Julai
Dr. Wan Azizah meletak jawatan sebagai Anggota Parlimen Permatang Pauh berkuat kuasa serta-merta bagi memberi laluan kepada suaminya, Anwar untuk bertanding pada pilihan raya kecil Permatang Pauh.


26 Ogos
Anwar mengekalkan penguasaan PKR di kerusi Parlimen Permatang Pauh apabila memenangi pilihan raya kecil kawasan itu. Dia menyatakan kerajaan baru akan dibentuk menjelang 16 September.


8 September
Seramai 49 anggota Parlimen BN berlepas ke Taiwan bagi melakukan lawatan sambil belajar mengenai teknologi pertanian yang diamalkan di negara kepulauan itu namun didakwa pembangkang sebagai langkah untuk menyekat perubahan pemerintahan.


12 September
Pemimpin PKR berlepas ke Taiwan selepas anggota Parlimen BN dalam perjalanan pulang ke Malaysia.
PKR mendakwa memperoleh cukup ahli untuk membentuk kerajaan baru pada 16 September namun ia tidak berlaku walaupun ia tetap mendakwa proses itu akan terjadi dalam sedikit masa lagi.


15 September
Anwar yakin boleh menubuhkan kerajaan baru tetapi memberi tempoh dua minggu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk mengadakan rundingan.


16 September
Anwar yang mengadakan sidang akhbar di Petaling Jaya mendakwa mempunyai senarai 31 nama Ahli Parlimen BN yang akan melompat parti tetapi enggan mendedahkan nama-nama wakil rakyat terlibat.
KENAPA BIARKAN DIRI KITA TERUS DIPERBODOHKAN DAN MERELAKAN UNTUK DI TIPU SECARA TERANG-TERANG.
APAKAH ANWAR INGAT KITA TERLALU BODOH UNTUK BERFIKIR LANTAS AKAN TERUS MEMPERCAYAI CERITA BOHONG DARINYA...
BANGUNLAH SEMUA DARI DIBUAI MIMPI INDAH CIPTAAN ANWAR IBRAHIM... YANG TERBUKTI SEORANG MUNAFIK...
JANGAN BIAR DIRI KITA DIPENGARUHI UNTUK TERUS DIJADIKAN ALAT SANDIWARA POLITIK BELIAU...
KERANA BAGI ANWAR APA JUA CARA AKAN DIHALALKAN DEMI MENDAPATKAN KUASA... INILAH WAJAH SEBENAR ANWAR
JANGAN BIAR DIRI ANDA TERUS DIPERDAYAKAN

No comments:

Post a Comment