Tuesday, April 15, 2008

Pimpinan PAS Mempertahankan Keputusan Membela Babi (MB) Selangor - DAP



Sumber MYKMU.Net

Merujuk kenyataan HarakahDaily.Net semalam yang ditulis pengarangnya berkenaan projek "MEGA" ladang ternakan babi secara moden menunjukkan pendirian yang jelas pucuk pimpinan PAS cuba mempertahankan keputusan yang telah dibuat oleh MB Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.Kepimpinan PAS dilihat menyelar dan menuding jari kepada media serta pemimpin-pemimpin BN yang kononnya telah memanipulasikan isu tersebut dengan "menyerang" kerajaan Selangor pimpinan Pakatan Rakyat.

Mereka marah dengan sindiran "sinis" Dato' Seri Mohd Ali Rustam yang menganggap projek tersebut sebagai "HADIAH BESAR" kepada penyokong Pakatan Rakyat di atas kemenangan PRU12 yang lalu, melalui kenyataan yang dituliskan di laman blog Ketua Menteri Melaka itu. Sebaliknya PAS menempelak semula Ketua Menteri Melaka itu dengan merujuk keadaan yang pernah berlaku di Melaka pada tahun 2007 yang lepas, yang menyatakan Mohd Ali Rustam gagal menanganinya dengan baik sehingga membawa kepada rusuhan para penternak babi.


Pelbagai alasan digunakan oleh kepimpinan PAS dan para penyokong mereka untuk mempertahankan keputusan itu tanpa rasa "SEGAN SILU" dan tidak malu mengandaikan usaha itu sebagai "Fardhu Kifayah" daripada pucuk kepimpinan Islam kepada rakyat bukan Islam.Di dalam konteks ini, saya tampil untuk mengulas ringkas bahawa usaha PAS mempertahankan keputusan tersebut sebagai "LIDAH YANG BERCABANG" dan "TIADA BERPENDIRIAN" yang boleh dianggap sebagai "Menjilat Ludah Sendiri".Juga adalah keterlaluan untuk menganggapkannya sebagai "Fardhu Kifayah" kerana banyak lagi usaha-usaha lain yang boleh ditumpukan oleh kerajaan Pakatan Rakyat jika sekiranya mahu berbudi kepada golongan bukan Islam untuk memperolehi "Pahala Fardhu Kifayah".

Saya melihat alasan demi alasan yang diberikan oleh kepimpinan PAS dan para penyokong mereka untuk mempertahankan keputusan yang dibuat itu sebagai satu kepentingan politik semata-mata demi meraih sokongan daripada masyarakat bukan Islam atas dasar desakan daripada pihak dalaman (DAP) dan juga gagal berpandangan jauh untuk memikirkan kesan jangka panjang secara menyeluruh.Sepatutnya kejadian di Melaka tahun lalu harus diambil sebagai iktibar. Walau canggih sekalipun pelaksanaannya tetapi "PENCEMARAN UDARA" tetap akan berlaku. Tidak tahulah pula jika sekiranya mereka menternak secara tertutup di dalam "DEWAN BERHAWA DINGIN" adalah satu kemungkinan untuk mengelakkan pencemaran udara.Saya juga tidak hairan dengan kepimpinan PAS yang selama ini memang sering memperalatkan agama suci Islam ke arah mencapai matlamat politik mereka.


Mereka sanggup memutarbelitkan apa sahaja fakta demi kepentingan peribadi mereka. Secara tidak langsung dengan memperalatkan agama Islam, mereka "TIDAK MENGHORMATI ISLAM" dan mengajar sekutu mereka yang bukan Islam untuk turut tidak menghormati Islam.Dengan penggunaan nama parti politik sebagai "Parti Islam Se-Malaysia - PAS" itu sebenarnya telah banyak mencemarkan imej "ISLAM" di mata masyarakat bukan Islam di negara ini secara khususnya, kerana perjuangan PAS hari ini sudah jauh menyimpang dan tersasar daripada landasan sebenar perjuangan asal mereka ketika di zaman Dato' Asri suatu masa dahulu. Ini semua adalah angkara sebahagian besar pemimpin PAS hari ini yang tidak bertanggungjawab.

Saya tidak tujukan kepada semua pemimpin mereka tetapi sebahagian besarnya adalah sebagaimana apa yang saya maksudkan itu. Hanya segelintir sahaja pemimpin PAS yang masih boleh dihormati.Kepada pemimpin PAS yang membaca kenyataan ini, sila berikan jawapan kenapa kerajaan negeri harus memperuntukkan bajet sebegitu besar sehingga mencecah RM100Juta untuk ladang "MEGA" bagi ternakan babi? Apakah keberuntungannya kepada golongan masyarakat Melayu dan semua yang beragama Islam? Apakah yang "HARAM" itu boleh menjadi "HALAL" demi kepentingan politik? Untuk sekadar memenuhi keperluan golongan "Pemakan babi" yang hanya segelintir tersebut, cukuplah sekadar bantuan "BAKA TERNAKAN" sebagaimana yang dilakukan oleh Jabatan Haiwan kepada masyarakat Melayu di kampung, di samping keluasan tanah yang memadai dan mengelakkan pencemaran alam sekitar.

Sanggupkah mana-mana kerajaan negeri di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat meluluskan sejumlah yang sama atau lebih besar untuk tujuan penternakan lembu, kambing, biri-biri, ayam, itik dan sebagainya selain daripada babi kepada masyarakat bumiputera?Inilah kepimpinan "AKHIR ZAMAN" oleh pemimpin Islam yang mengakui diri sebagai "ALIM ULAMAK" yang sanggup "MENGHALALKAN" apa yang "HARAM" sewenang-wenangnya.Jika begitu, semua kerajaan negeri di bawah pentadbiran PAS tidak perlulah memansuhkan "LESEN PERJUDIAN" yang dikatakan haram. Sekurang-kurangnya perjudian itu tidak perlu "DISAMAK" sebagaimana najis babi. Tiada apa-apa perbezaan untuk memakan hasil pendapatan daripada "JUDI" jika dibandingkan dengan hasil "PENTERNAKAN BABI". Kedua-duanya datang daripada sumber yang haram. Oleh itu saya mohon pemimpin PAS tidak perlulah mempertahankannya atau memperjuangkan usaha tersebut. Di sebaliknya haruslah menasihati sekutu mereka dan bukan terus bersekongkol.

PAS haruslah bersikap "JUJUR, IKHLAS DAN LEBIH TELUS" di dalam perjuangan Islam mereka.BERPEGANGLAH PADA HAKIKAT KEBENARAN DAN CONTOHILAH KEPIMPINAN RASULULLAH SAW.Sila rujuk artikel sebelumnya di blog:PEMUDA PELAPIS - PEWARIS PERJUANGAN BANGSAbertajuk Projek "Mega" Ternakan Babi Sebagai Agenda Utama Ekonomi Kerajaan Barisan Rakyat PKR-PAS-DAP Di Selangor pada ruangan "Arkib".

2 comments:

  1. Salam!

    Terima kasih di atas sokongan anda untuk memaparkan artikel dan lakaran dialog ini di blog anda agar dapat dihebahkan kepada seluruh pejuang-pejuang hak kebenaran.

    Salam perjuangan!

    PEMUDA PELAPIS - PEWARIS PERJUANGAN BANGSA

    ReplyDelete
  2. Salam kepada penulis dan pembaca.. isi kandungan artikel ni bagi saya bagus. Cuma sy harap jgnlah di sebut golongan "Pemakan babi" sbb mereka juga penyumbang yg besar didalam sistem percukaian kita..selain org melayu kita harus juga memenangi hati mereka utk menikmati keharmonian hidup didlm satu negara. Sy yakin bukan ini yg PM kita mahu melalui words 1 Malaysia. Kita juga harus menggunakan cara yg bijaksana dan ilmiah utk menarik penyokong PR terutamanya PAS yg semakin kuat (Pendekatan PAS diperingkat akar umbi adalah sgt ilmiah, I know that. Harakah pun sebenarnya xlah membantu sgt pergerakan PAS, sbb Nik Aziz pun pernah menegur Harakah). At least biarlah PAS tidak bersama lagi dgn DAP. Sbb DAP tdk seperti MCA or MIC. Agenda mereka berbeza. Tp klu kita menggunakan cara cemuhan, dibimbangi penyokong MCA akan berpindah ke DAP. Salam..

    ReplyDelete