Tuesday, April 22, 2008

Muslihat Karpal Dan Pak Lah

Dipetik Dari blogs http://www.thoughtsintangents.blogspot.com

Apakah antara iktibar dari peristiwa Adam dan Hawa dijerat oleh syaitan sehingga dihukum keluar dari syurga ke alam fana ini? Antara iktibar yang paling berkait dengan tindak-tanduk Karpal Singh baru-baru ini adalah... jangan diterima nasihat musuh, nescaya niatnya tidak ikhlas semata-mata untuk membawa padah.

Karpal Singh kelihatan begitu menyokong Pak Lah dengan membidas Tun Dr M baru-baru ini. Ini adalah perbuatan yang agak pelik. Bukan sahaja tindak-tanduknya tidak selari dengan nalurinya sebagai pembangkang yang seharusnya dengan agresif menyerang Pak Lah, kata-kata dan ungkapan sejarahnya pun berbelit-belit! Contohnya:
  • Dimintanya Dr M berhenti menyerang Pak Lah kerana beliau sudah bersara dan patut kekal dalam persaraan. Namun beliau memetik kata-kata arwah Tun Hussein yang membidas kepimpinan Tun Dr M dari persaraan.
  • Dimintanya Dr M menjauhkan diri dari kemelut dalaman parti UMNO, padahal Karpal bukan ahli UMNO, tidak layak pun untuk memohon keahlian UMNO, malah merupakan musuh ketat UMNO sepanjang riwayat politiknya!
  • Karpal menuding jari ke arah Tun Dr M kerana merestui Operasi Lalang, namun tidak mengakui tanggungjawab beliau mengapi-apikan suasana sehingga keharmonian antara kaum begitu terancam sekali pada masa itu.
  • Karpal menuduh Tun Dr M sebagai orang yang mengharamkan pendaftaran UMNO pada tahun 1988. Tetapi beliau sebagai seorang peguam mesti tahu yang para hakim pimpinan Tun Salleh Abas-lah yang mengharamkan UMNO atas dorongan Radzi Sheikh Ahmad. Tun Dr M menghidupkannya semula.
  • Beliau juga berbelit-belit mengatakan pihak pembangkang tidak memerlukan Tun Dr M untuk 'membantu' pemantauan tindak-tanduk Pak Lah. Alah, mengaku sahajalah Karpal, pembangkang mahu Pak Lah kekal sebagai PM!
Tetapi kenapakah pembangkang mahu Pak Lah kekal? Tak mungkin demi kesejahteraan negara dan rakyat. Jelas suasana negara semakin merudum dari pelbagai segi semenjak 8 Mac, baik dari segi ekonomi, keselamatan mahupun kestabilan politik.

Pembangkang mahu Pak Lah kekal sebagai PM kerana mereka percaya dengan itu, lebih cerah peluang mereka untuk merebut kuasa dari BN dan UMNO menjelang pilihanraya ke 13 kelak. Inilah iktibar di sebalik tindak-tanduk Karpal. Tak kiralah walaupun negara ini hancur sekalipun di bawah kepimpinan berterusan Pak Lah dan Khairy, yang penting, Pakatan Rakyat mahu merebut kuasa 4-5 tahun lagi.

Pakatan Rakyat konon. Akhirnya bukan bagi rakyat, tetapi semata-mata berpakat, berputar-belit kata dan sejarah untuk merebut kuasa. Dan untuk siapa kuasa itu? Anak-pinak juga dalam PKR dan DAP... kerana ini juga mungkin Karpal begitu sayangkan Pak Lah?Tetapi kenapakah pembangkang mahu Pak Lah kekal? Tak mungkin demi kesejahteraan negara dan rakyat. Jelas suasana negara semakin merudum dari pelbagai segi semenjak 8 Mac, baik dari segi ekonomi, keselamatan mahupun kestabilan politik.Pakatan Rakyat konon. Akhirnya bukan bagi rakyat, tetapi semata-mata berpakat, berputar-belit kata dan sejarah untuk merebut kuasa. Dan untuk siapa kuasa itu? Anak-pinak juga dalam PKR dan DAP... kerana ini juga mungkin Karpal begitu sayangkan Pak Lah?

No comments:

Post a Comment