Friday, March 7, 2008

Pas Semakin Tidak Berprinsip!!!


Penulis sangat bersemangat menulis tentang pemimpin Pas yang semakin galak menipis maruah Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi dan terbukti bahawa pemimpin Pas kini sudah terpesong daripada prisip perjuangan Islam yang didukunginya.
Penulis hendak mempersoalkan dengan persoalan ‘apakah prinsip sebenar parti Pas’ dan persoalan sebeginilah yang mesti difikirkan oleh para pemimpin Pas yang kian terlanjur menggunakan muslihat kotor dalam politik dan berpura-pura kononnya pemimpin yang Islamik di mata masyarakat.

Kejahilan para pemimpin Pas dalam bab kemaafan dan tidak berdendam(artikel pembangkang) membuat penulis diterjal persoalan; dimana maruah pemimpin Pas yang dulunya berpegang pada prinsip mendidik dan membina individu-individu, masyarakat dan negara supaya menjalani kehidupan seharian berpaksikan tauhid.

Semenjak dari penubuhannya lagi, Pas telah mencanangkan penubuhan sebuah negara Islam. Kini, setelah hampir 50 tahun bergerak sebagai sebuah parti politik yang kononnya memperjuangkan Islam, konsep negara Islam ala Pas ini masih kabur dan fantasi semata-mata.
Terbukti para pemimpin Pas kini masih mempunyai pemikiran, perangai, perspeksi yang jahat terhadap kerajaan UMNO/BN dan Inilah mainan politik BA terutamanya Pas yang boleh menghancurkan negara. Cuba bayangkan sekiranya ditakdirkan Allah, pemerintahan negara jatuh ke tangan golongan-golongan 'haprak parpu' (BA) ini. Belum apa-apa sudah mula berebut pahaman yang harus dibawa.

Yang membezakan di antara kesemua itu hanyalah Ilmu dan hidayah kebenaran yang diberikan oleh Allah dan ternyata para pemimpin Pas tidak boleh menerima kenyataan dan tidak menerima kebenaran yang dibawa oleh dalil-dalil yang dikemukakan di dalam Al-Quran dan hadis yang hanya ‘jumud’ terhadap pandangan ‘golongan sendiri’.

Pas yang kononnya parti Islam tetapi sewenang-wenangnya menggunakan perkataan-perkataan yang menghina terhadap musuhnya seperti taghut, firaun dan sedikit demi sedikit mempengaruhi pemikiran anak-anak muda yang mudah terpengaruh dan tercetuslah apa yang dikatakan rusuhan.

Akibatnya, tokoh-tokoh agama, para ulama, para ustaz di bawah naungan Pas tanpa segan silu lagi membelakangkan prinsip hidup Islam dengan mengatakan orang ini tidak betul dan orang itu salah. Tidak salahlah kita menyalahkan parti Pas adalah pencetus sebenar isu rusuhan yang berlaku di Terengganu baru-baru ini.

Penulis berasa, di dalam Islam, jahat dalam politik sama sahaja jahat di luar politik. Malah jahat Pas dalam politik mengakibatkan bangsa rosak, negara kucar-kacir dan agama dipesongkan sesuka-hati sedangkan jahat di luar politik, paling memuncak jahat seseorang itu bersifat individu yang memberi kesan tidak menyeluruh seperti rompakan dll.

Tapi bagaimana dikatakan Pas jahat di dalam politik? Bukan sahaja rakyat menjadi mangsa Pas (tahun 2004 menyebabkan Kelantan mencatat kadar tertinggi kemiskinan) sebaliknya satu negara, tergadainya maruah bangsa, hinanya agama rasmi, rosaknya kedaulatan undang-undang, terlucutnya kuasa raja-raja dan lain-lain lagi.

Setelah pelbagai pembohongan Pas didedahkan oleh pemimpin, media dan penyokong kerajaan Barisan Nasional (BN), sedikit demi sedikit hasutan yang dipupuk oleh Pas telah terhakis dan masyarakat mula sedar akan penipuan besar yang cuba dibawa oleh Pas.

Hingga hari ini, Islam sebagai Ad-din hanyalah slogan politik Pas. Kalau perjanjian untuk menegakkan Islam sebagai Ad-din pun mereka enggan tandatangani, bayangkan pula perjanjian-perjanjian lain. Pas adalah parti yang memperalatkan Islam untuk kepentingan politik.

Terbukti rakyat negeri Kelantan sudah serik berada di bawah pemerintahan kerajaan Pas sejak hampir 17 tahun lalu dan penulis mendapat khabar rakyat negeri itu sendiri mengaku mereka tidak mahu lagi mengundi Pas sebaliknya ingin kembali ke pangkuan jalan dengan menyokong Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.

Al-Quran tidak melarang kita berbeza pendapat. Hadis juga tidak melarang, tetapi kedua-duanya melarang kita berpecah-belah. Tetapi Pas masih ingin menyalahkan kerajaan UMNO/BN dalam mentadbir kerajaan. Pas sentiasa mahu menegakkan benang basah seolah-olah suara mereka lebih lantang dari suara-suara ulama yang diiktiraf.

Kerajaan BN melalui UMNO telah menyediakan landasan yang lengkap untuk umat Islam mendalami ilmu agama Islam dan mengamalkannya tanpa sebarang halangan. Tidak akan ada kemenangan tanpa kekuatan. Tidak ada kekuatan tanpa kesatuan dan tidak ada kesatuan tanpa silaturrahim. Demikianlah yang dikatakan ‘Pas semakin tidak berprinsip’.

No comments:

Post a Comment