Monday, March 10, 2008

Insaf LAH... Insaf LAH....


Salam Perjuangan,
Segalanya telah jelas terungkai kini... apa lagi isyarat yg Pak Lah tunggu...? sebagai pemimpin yg kononnya bermaruah dan berintegriti (PIN) kenalah bertanggungjawab diatas kekalahan BN dan UMNO khususnya.

Perpecahan rakyat terutamanya org melayu adalah disebabkan oleh kesilapan cara, gaya dan kelembutan corak pimpinan paklah... berundurlah dan jadilah insan yg hadhari dengan berundur dengan bermaruah...

Atau pak lah mahu terang-terangan dicabar dalam PERGONG akan datang... atau dia rela kerajaan BN runtuh sepenuhnya dalam PRU13 nanti...
adakah pak lah mahu menerima nasihat penasihat-penasihat cetek pemikiran disekelilingnya lagi... atau penasihat no 1 pak lah anuar zaini sudah memikirkan strategi baru untuk keluarga abdullah.

mungkin juga pak lah belum kebah dari demam hadhari... atau demam pengantin baru...
mungkin juga pak lah masih lena bermimpi sbg mr clean... imam hadhari... atau insan mulia kerana membela anwar...

mungkin juga pak lah masih gila koridor... atau gila pangkat... atau gila kuasa....

mungkin juga pak lah bimbang menantunya disisihkan... keluarganya hilang kekuasaan... kroninya hilang projek... pak lah tersisih seperti dia disisihkan dahulu...

tetapi bimbanglah pak lah lagi....dengan amanah dan tanggungjawab yg Allah telah berikan... jelas pak lah tak mampu memikulnya..isyarat telah jelas mahukan paklah berundur .
Apa tunggu lagi... berundurlah dengan terhormat jgn sampai digulingkan...

Jangan disebabkan kepentingan diri dan keseronokan yang di mahukan...
jangan kerana harta dan kekuasaan yang di impikan...
jangan kerana nama dan keluarga yang di dahulukan...

akan menyebabkan agama, bangsa dan negara tergadai...
mahukah kau pak lah menjadi org itu... keluarga kau dikenang dalam sejarah sebagai keluarga perosak negara...

Mungkin pak lah tidak pernah terfikir semua ini...
Mungkin pak lah lena mimipi-mimpi yg indah kerana di sogok laporan yg sgt baik dan sgt menyenangkan oleh penasihat-penasihatnya...
kini sedarlah... rakyat tidak lagi mahukan kamu...
ingat sajak kau dulu pak lah...apa kau kata?

Aku cari bukan harta bertimbun-timbun,
Untuk hidup kaya
Aku cari bukan wang berjuta-juta
Untuk hidup bergaya
Aku cari bukan kawan-kawan
Untuk hidup sekadar berfoya-foya
Aku cari mana dia Al-GhazaliAku cari mana dia Al-Shafie
Kita bongkar rahsia kitab suci
Cari pedoman
Kita bongkar rahsia sunnah Nabi
Cari panduanAku hidup kerana Dia Rabbi
Dialah teman Dialah wali Dia mencukupi
Aku hidup berertiMenikmati damai abadi…” - Abdullah Badawi

muhasabah lah diri tu kembali wahai pak lah...
Allah SWT telah memberikan ujian ini khusus kepada pak lah agar memikirkan semula kedudukan diri sebagai pemimpin... sedar dan insaflah... berundurlah negara ini lebih baik tanpa anda...

Terlalu banyak kesilapan, kesalahan mengurus negara dan tindak tanduk paklah, keluarga, penasihat2, kroni2 paklah yg menyakitkan hati... org melayu terluka, org UMNO terluka, rakyat keseluruhannya terluka... telah kami terjemahkan dalam PRU12 ini...
berundur lah...
berundur lah...
berundur lah...
Jadi LAH insan yg bermaruah... PAK LAH...

renung-renungkan pak lah

No comments:

Post a Comment