Thursday, February 28, 2008

Fakta Pendidikan Semasa

Bersyukurlah kita anak-anak kita tidak sukar untuk belajar seperti anak-anak di Afghanistan yang serba kekurangan seperti gambar ini.

FAKTA PENDIDIKAN NEGARA


Melancarkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 dan Pelan Strategik Pengajian Tinggi untuk meningkatkan mutu pendidikan

Meluaskan liputan Skim Pinjaman Buku Teks kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah

Memansuhkan yuran peperiksaan dan sekolah

Memperuntukkan RM3 bilion untuk biasiswa dan keperluan-keperluan bagi golongan pelajar dari keluarga berpendapatan rendah

Memperuntukkan RM12 bilion untuk menaiktaraf sekolah luar bandar

Menyediakan elaun khas untuk 12,000 orang guru dan pembantu guru yang berkhidmat di kawasan luar bandar

Memperuntukkan RM174 juta untuk SJK Cina berstatus bantuan penuh dan RM65 juta untuk SJK Tamil berstatus bantuan penuh di dalam Rancangan Malaysia Ke-9

Memperuntukkan RM100 juta untuk SJK Cina dan Tamil berstatus bantuan modal di dalam Rancangan Malaysia Ke-9

Memastikan sekurang-kurangnya satu universiti awam atau satu kampus cawangan UiTM di setiap negeri

Menambah bilangan kolej komuniti daripada 34 kepada 53 buah, dan menggandakan enrolmen kepada 115,000

Menambah jumlah pemegang biasiswa JPA peringkat ijazah di universiti tempatan dari 5,000 kepada 10,000 orang setahun; menaikkan elaun pelajar tajaan JPA di universiti luar negara

Meningkatkan pelaburan dalam penyelidikan dan pembangunan sains (R&D), termasuk menghantar angkasawan Malaysia yang pertama ke angkasa lepas

No comments:

Post a Comment