Thursday, May 31, 2012

LEBUH RAYA KE SYURGA MENJANJIKAN PERJALANAN LEBIH PANTAS!

Tahniah satu lagi projek sebagai jalan ke SYURGA kali ini lebih hebat lebih besar iaitu projek lebuhraya... masyaALLAH... betul jalan itu akan lebih pantas sekali dengan menggunakan lebuhraya ini... malah kepada dermawan boleh saja menyumbang wang sebagai tiket ke syurga kerana seperti janji PAS derma demi PAS janjinya SYURGA!

Sebelum terlebih syok... baik kerajaan KELANTAN cuba menunaikan janji bulan dan bintang yang dilaksanakan sebelum ini.... yang turut menggunakan mudus operanti serupa... berjanji dan akhirnya memperbodohkan RAKYAT KELANTAN...

Bandar perikanan di Tok Bali - RM800 juta
Projek agro tourism Pergau - RM250 juta
Bandar baru Pengkalan Kubur - RM1 bilion
Projek pelancongan di Danau Tok Uban - RM350 juta
Bandar peranginan Danau Tok Uban, Pasir Mas - RM885 juta
Pembinaan terminal bas sepadu di Kubang Kerian - RM328 juta
Projek industri petrokimia di Pantai Senok, Bachok - RM2 bilion
Pelabuhan di Tumpat - RM360 juta
Pusat peranginan Tasik Kwong,Rantau Panjang - 1.5 bilion

CUKUPLAH MARI BERHENTI SOKONG DAN UNDI PAS/PAKATAN RAKYAT!

image1 (Gambar) Kelantan Bina Lebuh Raya KB KK Hanya Menggunakan Wang Derma!!! Tahniah

Kerajaan Pas Kelantan telah melancarkan tabung wakaf untuk pembinaan Lebuh Raya Husam yang menghubungkan Kota Bharu ke Kuala Krai. Sesiapa yang berminat untuk menyumbang/ derma boleh berbuat demikian. Mana-mana rakyat jelata yang nak menyumbang sebagai wakaf diminta menyalurkan sumbangan mereka ke akaun seperti dibawah.

No akaun : 03036 01 000 3031
Bank : Bank Islam
Nama : Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd (dahulu dikenali ROWSTEAD SYSTEMS SDN BHD)





































Kesian Rakyat Negeri Kelantan. Pagi-pagi buka paip keluar air teh susu, lagi sedih buka keluar air kopi. Bertambah sedih bila buka paip keluar angin sahaja. Antara air dengan lebuhraya, mana satu yang lebih utama? Utamakanlah benda yang menjadi Keperluan Rakyat dan bukan Kehendak. Hendak mandi, hendak masak, hendak ambil air sembahyang, semuanya memerlukan air bersih. 22 tahun pemerintahan masih gagal memeberikan perkhidmatan asas kepada Rakyat. Sekarang sibuk berjanji untuk membina lebuhraya percuma dengan memerah hasil keringat Rakyat atas nama sumbangan dan derma untuk bekalan pahala ke syurga Nik Aziz.



Apalah diharap dengan janji-janji Kerajaan PAS Kelantan ini untuk membina lebuhraya percuma? Sedangkan banyak janji-janji terdahulu yang masih belum dikotakan oleh mereka. Sekadar memberikan beberapa contoh. Masih ingatkah lagi dengan batu asas di bawah sebagai penanda aras satu projek? Batu asas projek jambatan PAS (merentasi Sungai Kelantan yang menghubungkan Palekbang - Kota Bharu) yang diletakkan 16 tahun dulu disempurnakan oleh KDYMM Sultan Kelantan. Sampai sekarang tidak nampak tanda-tanda akan dibina. Batu Asas Jambatan Palekbang yang dijanjikan oleh Nik Aziz 16 tahun yang lalu, kini hanya tinggal batu. Jambatannya entah ke mana.

Mana pula Stadium yang kononnya ingin dibina oleh Kerajaan PAS Kelantan di Bukit Merbau, Pasir Puteh? Menteri Besar Kelantan telah mengeluarkan kenyataan ini yang dibaca semasa sidang media selepas mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Kelantan pada 18 Mei 2011. Sehingga sekarang jangan katakan stadium, batu asas pun tak nampak lagi.





AZMIN ALI MENGGELABAH CALL ANWAR IBRAHIM SAMPAI HENTAK MEJA





Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diminta membuka semula kes membabitkan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali susulan dakwaan laporan portal Malaysia Today, kendalian Raja Petra Raja Kamaruddin bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah mengarahkan agensi itu agar kes rasuah jutaan ringgit membabitkan beliau ditutup.

Arahan itu dikatakan diberikan 17 tahun lalu ketika Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri. Ketika itu agensi itu dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah (BPR).


Arahan supaya kes tersebut diteliti semula dikeluarkan oleh Panel Penilaian Operasi (IPO) SPRM hari ini.


Pengerusi IPO, Tan Sri Dr. Hadenan Abdul Jalil berkata, untuk melakukan siasatan semula kes Azmin, ia memerlukan bukti yang kukuh kerana maklumat sebelum ini masih tidak lengkap.


Semalam, Azmin berkata, beliau telah memberi kerjasama kepada BPR dan siasatan telah dijalankan terhadapnya ketika itu.


"Tuduhan Raja Petra ini memang sesuatu yang jahat dan tidak berasas.


"Saya rasa beliau sudah hilang pertimbangan dan mempunyai agenda tertentu untuk Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang," kata Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak.


Azmin juga berkata, sekiranya beliau dipanggil untuk disiasat semula itu, terpulang pada pihak berwajib

AZMIN ALI DI SENARAI HITAM DIKEHENDAKI TAK BAYAR SAMAN SEBAB TUNGGU KOMISYEN PROJEK

Sebelum mahu memimpin dan memerintah negara kenalah terlebih dahulu hebat dalam mengurus diri, keluarga, parti dan kerajaan negeri sedia ada serta JUJUR dan PATUH undang-undang. Berani buat berani tanggung akibatnya contoh memandu laju... bila kena saman bayarlah... aset, wang dan kemewahan ada tapi nak bayar saman pun BERTANGGUH dan TAK MAHU TUNAIKAN TANGGUNGJAWAB... inikah ciri pemimpin yang nak kita pilih sebagai pemimpin untuk mentakbir negara...

Diri tak terurus... keluarga sudah jadi keluarga 69...parti sudah caca marba... kerajaan negeri dikuasai juga lintang pukang... belum lagi mentakbir negara alamat negara jahanam di tangan mereka..


Ke AZMIN ALI tunggu projek baru dan guna komisyen untuk bayar saman... he he he




Sebagai wakil rakyat yang kaya raya http://www.agendadaily.com/Muka-Hadapan/panas-ni-jenuh-azmin-nak-jawab.html,  Azmin Ali pun tak mahu jugak bayar saman. Apa punya YB PKR? Kamu masih nak undi dia lagi ker cuba tengok kereta mewah YB Azmin Ali http://www.penembak-tepat.com/2011/05/persamaan-kereta-dalam-gambar-azmin-ali.html  dan http://mymassa.blogspot.com/2012/03/gempar-kereta-ferrari-azmin-ali.html.

Sebab itulah Azmin mempertahankan Projek Mewah di atas Padang Kelana Jaya kerana "wang kopi" yang akan diperolehinya daripada Projek tersebut bukan saja mampu membayar saman-saman di atas, malah boleh lebih dari itu. Azmin tetap membodohkan dirinya walau diasak kerana dia perlukan wang-wang kopi itu http://www.klpos.com/ekslusif/4575-penduduk-kelana-jaya-ss7-berang-azmin-ali-di-asak

Blog ini kata Azmin terima wang juga 
http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=37994#1204954

Kalau banyak masyuk...kenapa nak jual bini pada bang Nuar?...
http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=S-3HRavrOt8













Friday, May 25, 2012

UNIT AMAL PAS MENERIMA MURSHIDUL BARU


Unit Amal PAS bakal menerima MURSHIDUL AM baru bagi unit ini selepas PAS menerima kemasukan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM Datuk Fauzi Shaari ke dalam PAS. Ya betul sekali beliau adalah pegawai  rangking ke 3 perkhidmatan dalam PDRM. Syabas PAS kerana berjaya mendapatkan kemasukan beliau.

Sebagai Murshidul UNIT AMAL PAS yang baru dijangkakan Dato' Fauzi Shaari akan menumpukan bagi melatih ahli-ahli UNIT AMAL PAS agar lebih berani dan perkasa serta mampu berhadapan dengan penguatkuasa undang-undang. 

Berikut latihan yang akan dijalankan yang sedang dalam perancangan...


1. PERISAI MANUSIA













2. REMPUHAN HADANGAN

3. LUAHAN KEGANASAN

4. LONTARAN TANGAN

5. BARISAN HADAPAN PERUSUH
NONE











6. BARING ATAS JALAN BERANI MATI ALA MILITAN DAN PENGGANAS

Selamat meneruskan kerjaya kepada Datuk Fauzi Shaari di dalam PAS dan melatih UNIT AMAL PAS agar lebih efisyen dalam melanggar undnag-undang dan TAHNIAH kerana mengkhianati dan menghina seluruh anggota POLIS kerana bersekongkol dnegan pihak yang mencaci maki dan memburukkan POLIS dengan pelbagai fitnah dan tomahan malah menggelar POLIS ANJING!

RAKYAT SELANGOR KENA KENCING KERAJAAN PAKATAN SELANGOR AUTA JANJI RM 50 PELAJAR TADIKA

Janji sebenar Pakatan Rakyat dalam Manifesto Pilihanraya 2008 lalu untuk rakyat Selangor ialah Memberi bantuan RM50 sebulan seorang bagi pendidikan pra-sekolah (ATAU TADIKA). LIHAT MANIFESTO PAKATAN RAKYAT DI BAWAH. 



Kerana dah dekat pilihanraya ke 13 dan ditekan ketika isu Debat PTPTN Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor umum laksana Janji Manefesto bantuan tadika... tetapi kenapa hanya KEPADA PELAJAR TADIKA MISKIN SAHAJA... Janji Pakatan Rakyat kalau tawan Selangor adalah bantuan kepada semua... semua anak yang menuntut di tadika dalam Selangor!

Jangan sebut alasan dan auta soal kebajikan perlu utamakan golongan miskin dahulu... kerana semasa berjanji dulu kenapa TAK SEBUT ATAU NYATAKAN DENGAN JELAS perkara ini... bagi rakyat JANJI TETAP JANJI... semua harus dapat bantuan ini... jangan terus AUTA RAKYAT... ingat rakyat BODOH ke???

Itupun pada 1 Julai 2012... kenapa Julai sebab pilihanraya umum ke 13 dijangka dilaksanakan sekitar Jun atau Julai... so Pakatan Rakyat sekali lagi boleh AUTA RAKYAT SELANGOR konon terpaksa tangguh lagi untuk tunai janji sebab perlu bentuk kerajaan menerusi pilihanraya lantas TABUR LAGI PELBAGAI JANJI... kemudian AUTA RAKYAT lepas dah menang janji hanya tinggal janji...


Nak terus sokong dan undi Pakatan Rakyat???
Terbukti mereka opurtunis, pembohong dan tak mampu mentadbir...Cukuplah bagi mereka sekali peluang...



HENTIKAN SOKONGAN DAN BERI UNDI PADA PAKATAN RAKYAT!

KHAIRI JAMALUDIN HEBAT BERJAYA PAKSA KERAJAAN SELANGOR TUNAI JANJI LAMA

Pakatan Rakyat memang sah sebenarnya sekumpulan parti politik yang berpakat untuk memperdayakan rakyat menerusi siri penipuan, pembohongan, fitnah dan secara licik mempengaruhi rakyat agar menyokong mereka agar matlamat utama mereka demi berkuasa di Malaysia tercapai dengan apa jua cara sekalipun dengan falsafah matlamat menghalalkan cara.

Pakatan Rakyat berjanji dan terus berjanji... macam-macam yang nampak baik dan menyenangkan rakyat tetapi hakikatnya adalah ia merupakan sebuah janji yang tidak mungkin dapat ditunaikan... Lihat sahaja di Selangor, Penang, Kedah, Perak dan Kelantan... APA JANJI YANG PAKATAN RAKYAT DAH TUNAIKAN???

NAH! SEKARANG CUBA BANDINGKAN DENGAN KERAJAAN BARISAN NASIONAL...  
"KATA DI KOTA, JANJI DITEPATI"

Adakah anda mahu terus sokong atau beri undi untuk Pakatan Rakyat memerintah Malaysia??? 

Pakatan Rakyat inikah yang anda mau letakkan untuk menentukan nasib anda, keluarga anda dan masa depan keturunan anda???

FIKIR DALAM-DALAM DENGA RASIONAL!

Apapun tahniah KJ kerana berjaya MEMAKSA Kerajaan Selangor menunaikan janji mereka untuk memberikan RM 50.00 kepada pelajar tadika janji yang sudah 4 tahun tidak ditunaikan. Rakyat Selangor bukan bodoh dan akan menterjemahkan sokongan dan keinsafan dalam bentuk undi kelak!

Tapi percayalah janji ini juga mungkin akan tinggal janji... sebab pilihanraya mungkin berlangsung dalam masa terdekat ini, pendekatan terdesak konon Pakatan Rakyat nak menunaikan janji dilihat usaha untuk MEMPERBODOHKAN Rakyat. Kalau nak tunai kenapa tidak 4 tahun dulu... kenapa sekarang bila pihanraya nak dekat???


Selepas dimalukan oleh KJ dua malam lepas berhubung kegagalan Kerajaan Selangor memberikan wang bantuan murid tabika seperti yang dijanjikan dalam manifesto PRU 2008, untuk cover KEMALUAN yang amat sangat...Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor telah membuat pengumuman semalam untuk memberi bantuan itu bermula 1 Julai 2012.

SAH kini dalam Depat PTPTN di antara sdr. Khairy Jamaludin (KLJ) dengan Mohd Rafizi Ramli (LEMBU) dimenangi Khairy (KJ) sampai Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor TUNDUK MENGALAHmenunaikan janji kerana KETEPATAN dan SAHNYA FAKTA beliau...

Janji nak beri pendidikan tinggi percuma sedangkan nak beri bantuan pendidikan tabika pun tak terlaksana... MAHAL AYAT TU... Tapi hanya s
elepas 4 tahun Pakatan Rakyat membohongi rakyat Selangor dan hanya tunduk selepas dimalukan oleh KJ dan bahang pilihanraya sudah semakin dekat.

Jadi sekarang siapa yang menang debat tersebut ?

Siapa yang terpaksa tunduk kepada siapa ?

PIHAK MANA YANG SEBENARNYA PEMBELA DANMENJAGA KEBAJIKAN RAKYAT???

TAHNIAH KHAIRY (KJ)... MINTA BUAT DEBAT LAGI...


DEBAT PTPTN DENGAN KHAIRI JAMALUDIN SAH MULUT RAFIZI LEMBU BERBAU LONGKANG TIPU BOHONG PUTAR BELIT FAKTA



Satu demi satu hujah dan fakta yang digunapakai oleh Rafizi Lembu semasa program debatnya dengan KJ dua malam dipatahkan dan berjaya disahkan bohong. Dia bercakap ikut sedap keluar mulutnya kerana semata-mata nak tunjuk hebatnya dalam siaran langsung yang disiarkan.

Pada malam tersebut KJ berjaya dedahkan pembohongan Rafizi Lembu berhubung pendidikan percuma di Turki. Semalam pula ramai kawan-kawan kita yang berjaya bongkarkan satu persatu pembohongan dalam hujah Rafizi Lembu.

Rafizi Lembu ingat semua orang boleh dibodohkan seperti lembu-lembu PKR yang sering dibodohkan tuan-tuannya. Tidak.....jangan pandang kami sebelah mata. Kami mampu cari fakta yang sebenar dengan pantas menggunakan teknologi maklumat yang wujud hari ini.

Yang penting kami tidak sebodoh lembu-lembu PKR....Dah terang-terang dalam video pun ada lagi yang masih percaya itu bukan tuan mereka. Saya tidak tahu selepas ini samada masih ada penganjur yang hendak menjemput Rafizi Lembu atau tidak untuk program-program yang lain.

Lagi pembohongan Rafizi Lembu dibongkarkan.Kali ini oleh rakan FB, Helmi Effendy.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Sememangnya debat antara Saudara KJ dan Rafizi mengenai topik PTPTN sangat hangat dibualkan. Ada yang mendakwa bahawa KJ memenangi perdebatan itu, ada yang mendakwa Rafizi yang menang, dan sebagainya. Di sini, izinkan saya menulis analisis saya mengenai debat tersebut. InsyaALLAH, saya akan mendedahkan fakta-fakta yang tepat dan benar mengenai debat itu. 

1. Sikap Rafizi yang cuba mengubah topik yang tidak berkaitan dengan topik perdebatan itu sangat mendukacitakan. Pertanyaan yang tidak berkaitan dengan topik bagi saya tidak usahlah dijawab oleh saudara KJ. Kalau perlu pun, itu mungkin dalam perdebatan yang lain. 

2. Saudara Rafizi kelihatan memilih perbandingan yang langsung tidak munasabah untuk menyokong pendapatan beliau mengenai  pendidikan percuma.  Malah, beliau memberi fakta yang salah kepada umum dan KJ tidak berkesempatan untuk membidas fakta Rafizi. 

3.  Maka, tugas saya di sini untuk membidas saudara Rafizi. (Sebenarnya, saya sangat berkobar-kobar untuk duduk di tempat KJ kelmarin ). Rafizi mendakwa bahawa negara Finland yang lebih miskin daripada Malaysia dan hanya bersumberkan satu sahaja sumber ekonomi iaitu Nokia yang itu pun sedang mengalami masalah kerana penguasaan Blackberry mampu memberikan pendidikan percuma kepada rakyatnya, mengapa tidak Malaysia. Benarkah dakwaan itu?

4. Finland sebenarnya mempunyai banyak sumber ekonomi. Saya sertakan statistik sumber ekonomi Finland untuk tatapan umum:

A) Electronics (21.6 percent)

B) Machinery, Vehicles and other engineered metal products (21.1 percent)

C) Forest industry (13.1 percent)

D) Chemicals (10.9 percent).

E) Agriculture and forestry 4.5%,

F) Industry 18.3%

G) Construction 7.3%

H) Commerce 16%

I) Finance, Insurance, and Business services 14.5%,

J) Transport and communications 7%

K) Public services 32.4%

Sekarang ini, mana datangnya sumber dakwaan Rafizi yang mengatakan bahawa Finland hanya bersumberkan ekonomi daripada Nokia sahaja?

5. Benarkah Finland lebih miskin daripada Malaysia? Saya nak tergelak mendengarkan dakwaan saudara Rafizi itu. Hehehehe... (gelak malu). Menurut data daripada Bank Dunia, Malaysia jauh ketinggalan dalam ranking GDP. Finland menduduki tangga ke-17. Malaysia punya kekayaan menduduki ranking ke-68. Apa kejadahnya nak bandingkan Malaysia dengan Finland yang lebih kaya daripada Malaysia. Bahkan dengan kekayaan negara yang ke-17 terkaya di dunia, Finland hanya perlu menangung 5 Juta rakyat Mereka sedangkan Malaysia yang mempunyai kekayaan yang ke 68 dunia, perlu menanggung 30 Juta rakyat Malaysia. 

Sumber : Sila klik di sini
6. Perbandingan ini sangat tidak relevan. Anda cuba membandingkan epal dengan rambutan (bak kata saudara KJ).  Saudara Rafizi ni, awak kena adil tau. Jangan nak spin fakta macam ayahanda Anugerah Tuhan kamu itu. Hehehehe.. tak baik tau. Kita ambil epal kalau nak dibandingkan dengan Epal.

7. Apa kata kita ambil Brazil yang menduduki di tangga yang lebih kurang sama dengan kita. Brazil ialah salah satu daripada negara yang mendirikan pendidikan percuma. Ya, pendidikan percuma tetapi tahukah saudara Rafizi bahawa cukai di Negara Brazil ialah antara yang tertinggi di dunia? Tak..tak... saya tak buat spesikulasi saya sendiri tau Pak Fizi ya.

Sumber : sila klik di sini
"Brazil is known for charging a high tax burden from its citizens and companies established. We will provide an overview of the most common taxes in Brazil, dividing them into Federal, State and Municipal taxes."
8. Kenyataan itu dipetik daripada orang Brazil sendiri. Lihat betapa tingginya dan banyak cukai di negara mereka untuk menampung pendidikan percuma. Rafizi kena terima hakikat nothing is free  dalam dunia ini. Ada harga yang perlu dibayar sekiranya mahukan pendidikan percuma. Dan harga yang perlu dibayar untuk pendidikan percuma ialah CUKAI YANG TINGGI.

9. Tak puas hati lagi? Mari-mari menjelajah negara nombor satu dalam sukan bola sepak ini. Lagi artikel yang merungut mengenai hidup di Brazil yang sangat tinggi dengan cukai. Mereka memberi tajuk kepada artikel ini dengan ayat ini:

 Everyday taxes in Brazil: IPVA, IPTU and IPTR!"
 Sumber: sila klik di sini
10. Saudara Rafizi mengatakan bahawa pendidikan di Turki itu percuma. Heheheh, kaki kelentong betullah awak ni. Awak fizi yang comel, tak nampak ke apa yang berlaku di Turki? Kalau pengikut-pengikut kamu, bolehlah kamu tipu ye? Tapi, tidak saya.

 Sumber: Sila klik di sini

Eh, apa benda tu? Kata Turkey ni menyediakan pendidikan percuma kepada rakyat, tetapi kenapa sebaliknya?  Sampai kena tangkap tu Mahasiswa Turkey. Hehehehe... Abam Rafizi, udah-udahlah tu ya menjadi penipu ? 

11. Kalau kita lihat pada permulaan debat, kita dapat melihat statistik dan nombor yang dikeluarkan oleh KJ mengenai perbelanjaan yang sedang ditanggung dan bakal ditanggung oleh kerajaan sekiranya mahukan pendidikan percuma. Kemudian, Rafizi membidas bahawa fakta itu penipuan dan mereka membuat kiraan mereka sendiri lalu menampilkan nombor mereka sendiri. 

12. Sekarang, saya mahu bertanya kepada semua, anda percayakah fakta daripada Rafizi ini sedangkan dia sudah menipu kita dengan teori Finland dan Turkinya? Sekali menipu, dua kali menipu, tak mustahil dia akan menipu untuk sekian kalinya memandangkan penipuan itu ialah darah dagingnya.

13. Perkara lain, saya tak perlu saya ulas pajang lebar. Isu hutang dan sebagainya, saya rasa dah dijawab dengan kemas oleh saudara KJ. 

14. Oh ya, ada lagi yang saya nak perkatakan. Rafizi suruh sifu kamu tu tunaikan janji bulan bintangnya pada penduduk Selangor. Bukan satu dua ye, berbelas tau. Ini janjinya pada penduduk Selangor pada PRU  yang lepas pun tak habis ditunaikan, ada hati bercakap mengenai topik yang lebih besar.

15. Meh, saya senaraikan janji-janji puak anda yang tak tertunaikan sebelum nak menabur janji lain. 

  • Membuka tabung permulaan RM 100 bagi setiap anak kelahiran Selangor. 
  • Memberi bantaun RM 75.00 sebulan bagi setiap anak yang dihantar ke nuseri. 
  • Memberi bantuan RM 50 kepada seorang bagi pendidikan pra sekolah. 
  • Memberi hadiah tawaran RM 1000 kepada setiap anak selangor yang masuk ke universiti. 
  • Dan belasan lagi janji-janji2 yang terabai. 
Kesimpulannya ialah kebanyakan daripada fakta yang dibentangkan oleh Rafizi sebenarnya lebih kepada putar belit yang dipelajari daripada sifunya Anwar Ibrahim. Dan motif artikel ini ditulis untuk menjawab tuduhan tidak berasas Rafizi. Setakat ini sahaja yang mampu saya nukilkan, InsyaALLAH kalau ada kesempatan, saya akan kembali menyambung artikel ini, mungkin dengan analisis yang lebih padat dengan fakta. 

Akhir kata daripada saya, TAHNIAH SAUDARA KJ KERANA berani berdepan dengan orang seperti Rafizi Ramli yang suka lari daripada tajuk dan kaki spin ini. Hehehehe.... Assalamualaikum.

Itulah antara pembohongan-pembohongan Rafizi Lembu yang berjaya dikesan oleh rakan FB, Helmi Effendy.


RBF:Rafizi Lembu semasa berceramah pada malam tersebut dengan penuh bangganya memberitahu yang dia telah ke Kedutaan Finland untk mencari fakta-fakta mengenai Finland. Timbul persoalan dalam fikiran saya, jika dia telah ke sana , bagaimana fakta-fakta yang dikemukakannya pada malam tersebut tidak betul ?

Tak mungkin kakitangan Kedutaan Finland boleh memberi makumat yang salah kepadanya tentang negara mereka.

Antara dua sahaja,
1) Benar Rafizi Lembu pergi ke sana dan kakitangan kedutaan telah memberi fakta yang benar, kemudiannya ditukar oleh Rafizi Lembu untuk menyedapkan ceramahnya.

2) Rafizi Lembu tidak pernah pergi ke Kedutaan Finland.

Jika sesiapa yang ada kaki atau ada jalan yang boleh menyemak dengan Kedutaaan Finland samada benar atau tidak Rafizi Lembu kesana, tolonglah lakukannya. 

Sebab jenis puak-puak ini mereka sanggup berbohong apa-apa sahaja asalkan nafsu politik mereka puas. Kalau yang lain dia boleh bohong, setakat kehadirannya ke Kedutaan Finland, itu kecil punya bohong sahaja. 
 

AZMIN ALI DI BELASAH PENDUDUK PROTES KERAJAAN PAKATAN SELANGOR MUSNAH PADANG BOLA PKNS DEMI KEKAYAAN KRONI


KELANA JAYA, 24 Mei 2012 - Sesi dialog diantara penduduk Kelana Jaya, PKNS dan pemaju yang diadakan di Kompleks Sukan Kelana Jaya, malam semalam, 23 Mei, menjadi agak tegang apabila rata-rata penduduk yang hadir dengan lantang menolak pelan pembangunan di tapak Kompleks Sukan dan Padang PKNS Kelana Jaya.
 
Walau bagaimanapun, wakil penduduk Tuan Haji Hashim berjaya bertindak untuk menenangkan keadaan . Namun sesekali masih terdapat suara-suara yang mencelah menyatakan ketidak puasan hati mereka semasa sesi penerangan dilakukan.

  alt

Pada mulanya penganjur bertindak agak tegas dengan hanya membenarkan nama-nama penduduk tertentu untuk masuk ke dalam dewan. Namun penganjur dialog akhirnya terpaksa akur apabila keadaan semakin tak terkawal dan ada desakan daripada wakil penduduk yang berada di dalam dewan untuk membenarkan pihak media yang berada di luar turut sama berada dalam majlis sesi dialog itu.

alt
 
Wakil PKNS yang hadir ialah YB Azmin Ali dan Pengurus Besar PKNS itu sendiri Othman Omar , ahli Dewan Undangan Negeri (Seri Setia) , YB Nik Nazmi yang juga bertindak sebagai pengerusi majlis, manakala yang lain yang turut hadir ialah konsultan-konsultan dan peguam yang terlibat dalam projek pembangunan di dalam kawasan padang PKNS Kelana Jaya.
 
Penduduk yang hadir dalam sesi dialog mendakwa tujuan sebenar dialog diadakan adalah usaha PKNS dan pemaju untuk berkompromi dengan penduduk bagi menerima cadangan pembangunan yang diubahsuai bagi kepentingan penduduk setempat.
 
Namun kehendak majoiriti penduduk ialah untuk mengekalkan padang bola dan Kompleks Sukan PKNS Kelana Jaya tanpa ada apa-apa lagi pembangunan lain.
 
Pembinaan bangunan Paradigm Mall sahaja telah memburukkan lagi keadaan trafik di kawasan itu. Sekiranya pembangunan dilaksanakan di Kompleks Sukan dan padang bola PKNS Kelana Jaya , masalah trafik akan menjadi lebih teruk .
 
Hal ini diakui sendiri oleh salah seorang konsultan yang bertanggungjawab mengenai trafik di kawasan itu. Menurut beliau, buat masa sekarang tiada penyelesaian untuk masalah trafik di kawasan itu.
alt
 
Sesi dialog besama penduduk menjadi semakin panas apabila penduduk meluahkan masalah yang mereka hadapi sekarang dan apa yang mereka jangkakan apabila pembangunan di kawasan itu diteruskan.
 
Rata-rata penduduk di sekitar kawasan itu berpendapat padang bola SS7 Kelana Jaya itu merupakan sebahagian dari hidup mereka . Kewujudan padang bola dan kawasan hijau disekitarnya antara faktor mereka membeli rumah di kawasan itu dan kualiti hidup yang mereka impikan semasa ia mula dibangunkan sekitar tahun 80-an.
 
Penduduk meluahkan rasa kekecewaan mereka apabila PKNS hanya berdialog dengan mereka selepas projek ini dimuktamadkan. Dua isu yang timbul ialah
keadaan trafik yang teruk pada waktu puncak dan pembinaan pencakar langit di kawasan yang berhampiran dengan perumahan yang bakal mengundang pelbagai permasalahan yang lain.

alt
 
YB Azmin Ali yang berada dalam Lembaga Pengarah PKNS menjelaskan bahawa , kerisauan penduduk ini telah dibawa kepada pengetahuan Menteri Besar dan mereka dalam usaha untuk menyelesaikan permasalahan ini . Mengakui bahawa keadaan kesesakan trafik yang sedia ada tidak ada penyelesaian, YB Azmin Ali memaklumkan projek akan ditangguhkan sehingga ada penyelesaian.
 
Beberapa orang penduduk mencelah dengan memberitahu apa yang mereka mahu amat mudah iaitu hentikan terus projek pembangunan ini atau pindahkan saja pembangunan ini di tanah yang lain.
 
Tiba pada satu ketika , salah seorang penduduk meninggikan suara meminta kepastian dari YB Azmin Ali untuk hanya menjawab ‘ya’ atau ‘tidak’ mengenai status pembangunan projek di kawasan itu tanpa perlu berdolak-dalih lagi dengan pelbagai alasan.
 
YB Azmin Ali sebaliknya menjawab bahawa penjelasan beliau telah selesai dan terus mengambil tempat duduk.

alt
 
Sesi dialog berakhir tanpa ada apa-apa kata putus . Beberapa orang di luar dewan kelihatan menggantungkan kain rentang menunjukkan bantahan mereka terhadap pembangunan projek di padang bola PKNS Kelana Jaya.

Tuesday, May 22, 2012

DASAR STRATEGIK DAP PINGGIR DAN SINGKIR MELAYU DAN ISLAM

Kepada MELAYU kalau anda undi dan sokong Pakatan Rakyat bermakna anda menyokong PENINDASAN, PENGANIAYAAN DAN PENYINGKIRAN Bangsa Melayu dan ISLAM oleh Parti RASIS anti ISLAM dan MELAYU DAP!

Kepada BUKAN MELAYU kalau anda undi dan sokong Pakatan Rakyat bermakna anda MEROSAKKAN keharmonian kaum dengan menyokong PENGANIAYAAN, SIFAT RASIS dan POLITIK SEMPIT oleh Parti RASIS anti ISLAM dan MELAYU DAP yang akhirnya MEMAKAN DIRI kaum BUKAN MELAYU!




MENGENANG SAMY VELLU DAN MASYARAKAT INDIA

Samy Vellu merupakan tokoh kaum india yang menambah rencam warna-warni masyarakat 1Malaysia dan kadangkala rasanya sudah begitu lama beliau menyepi namun kadang kala ucapan beliau lekat diminda kita he he he...


Samy Vellu akhirnya dan rasminya meletakkan jawatan presiden MIC yang paling lama dipegang sepanjang hayatnya, iaitu hampir 31 tahun.

Malaysian Insider ada ceritanya, di sini.Berterus terang, saya akan merinduinya terutamanya kenyataan- kenyataan lawaknya yang dibuat sepanjang tahun. 

Seperti Perdana Menteri kita sebut dalam persidangan BN 2010, “Kita akan rindu pada Samy Vellu kerana beliau menambah banyak warna,kadang- kadang terlalu banyak warna”. Oleh itu, sebagai penghargaan, saya hanya ingin berkongsi kenyataan kenyataan terkenal yang hanya dibuat oleh hanya seorang, Samy Vellu.

1. Samy Velu menyebut berkenaan Pos Laju:
“Besoh kirim, hari ini juga sampai”

2. Dalam berita TV apabila beliau cuba untuk memberitahu dia berasa amat malu:
“Ini prekara sangat memalukan saya dan kemaluan saya sangat-sangat la besar”

3. Samy berkata dalam salah satu ceramah:
“Kita akan bina satu jambatan wuntuk worang2 kampong di sini.” Kemudian seorang pakcik bertanya, “Datuk, sini takde sungai, buat apa bina jambatan?” Dan kemudian Samy dengan megahnya menjawab, “Kalao takde sungai, kita bina sungai”

4. Kenyataan paling digemari oleh Samy dalam berita abad ini:
“Toll naik sikit, banyak marah saya. You worang ingat semua ini toll saya punyer bapah punya kah!”

5. Ketika krisis air:
“Semua worang diminta jangan membuang aiyerr!”

6. Berkenaan masalah sosial:
“Worang2 muda sekarang banyak suka hisap dade”

7. Ketika program derma darah di Sungai Siput:
“Marilah kita semua menderma dare”

8. Ucapan selamat datang dalam kebanyakan majlis beliau:
“Selamat datang saudara-mara semua” (Ia sepatutnya “saudara-saudari”)

9. Ketika isu Al Arqam hangat diperkatakan, beliau berkata dalam satu sidang akhbar:
“Saya gumbira bahawa didapati tiada pemuda MIC terlibat dalam kes Arqam”

10. Di satu majlis pembukaan sebuah bangunan baru:
“Mempersilakan Datin Paduka Rafidah Aziz naik dari pentas wuntuk membuka kain”

Dan tentunya yang paling kelakar di dunia sepanjang zaman ialah:
“Kita akan bina roket pigi matahari.” Salah seorang wartawan berkata, “Tapi Datuk, matahari terlalu panas untuk didekati.” Samy menjawab, “Itu tade masalah. Kita hantar waktu malam”

Itu saja setakat ini. Anugerah pemimpin paling kelakar untuk diingati di dunia dimenangi oleh Mr. Samy Vellu. Kami berharap segala yang terbaik untuk anda...

Walaupun beliau ramah dan diingati dengan lawak bicara nya namun Mr. Samy Velly seorang yang patriotik... 

Buktinya beliau dan Mr. Khaled berjaya "menawan" kedutaan Indonesia bersama ribuan pemuda pelbagai bangsa tidak kira melayu, india cina bersatu hati ketika itu...

Peristiwa ini berlaku sewaktu kemuncak konfrontasi Malaysia-Indonesia, sekumpulan anak muda pada 17 September 1963 telah pergi ke bangunan Kedutaan Indonesia di Jalan Ampang dan menurunkan simbol Pancasila negara Indonesia lalu menggantikannya dengan bendera Malaysia.


Bagaimana dengan anda??? 
cintakah anda kepada negara ini???

Tidak kira anda Melayu, Cina dan India jika cintakan negara ini kita perlu tolak kumpulan yang gemar menghuru-hara dan merosakkan nama baik negara...


Berhentilah menyokong pakatan rakyat!



Friday, May 18, 2012

PAS DAN SYAITAN MARAH ISLAM SEBENARNYA SEBAHAGIAN PERJUANGAN UMNO

UMNO KAFIR dan tidak memperjuangkan ISLAM hanya PAS parti ISLAM yang maha hebat pejuang WAHID agama ALLAH sokong PAS SYURGA balasannya jika sokong UMNO KAFIR malah perjuangan menetang UMNO adalah JIHAD dan HARAM bersama-sama UMNO... 
Itulah antara intipati perjuangan PAS dan dakyah yang dimainkan menggunakan sentimen Agama ISLAM demi meraih sokongan seterusnya memburukkan dan memfitnah UMNO...
UMNO tidak perlu menjerit, melolong dan mendabik dada agar satu dunia tahu UMNO lah HERO nombor satu... UMNO memahami usaha dakwah di negara berbilang bangsa memerulukan kita menjaga hati dan menghormati agama dan bangsa lain... itulah UMNO... 
Dari DASAR PENERAPAN NILAI ISLAM dalam negara, penubuhan JAKIM, Tabung HAJI, usaha tingkat ekonomi UMAT ISLAM, sistem zakat, mahkamah syariah  dan 1001 lagi jasa untuk ISLAM dan MELAYU...
Inilah sebuah PERJUANGAN SUCI... yang menjalan DAKWAH BIL HIKMAH demi mencari keredhaan ALLAH agar mencapai HUSNUL KHATIMAH... insyaALLAH!

Lihat sahaja artikel dan gambar di bawah ini siapakan sebenarnya PEJUANG ISLAM TULEN malahan bukan sahaja berjuang demi ISLAM malahan MELAYU... 
CUKUP SEKALI UNDI PAS & PAKATAN RAKYAT...
BERHENTI SOKONG PAS & PAKATAN RAKYAT...

 YAB Menteri Besar Perak menyempurnakan bacaan SYAHADAH 161 saudara baru di Ipoh...
YAB Ketua Menteri Melaka juga menyempurnakan lafaz SYAHADAH beberapa saudara baru di Bukit Katil baru-baru ini...
BANDINGKAN SEKARANG APA PARTI ISLAM MALAYSIA (PAS) BUAT!
1. PAS Pecat HASAN ALI kerana lantang berjuang DEMI ISLAM!
2. PAS SOKONG KRISTIAN GUNA KALIMAH MAHA SUCI ALLAH!
3. PAS Pertahankan pula USAHA MEMURTADKAN UMAT ISLAM
4. PAS LEMAHKAN BADAN PENGUATKUASA ISLAM dan melumpuhkan usaha BADAN ini memelihara AKIDAH UMAT ISLAM
5. PAS TIDAK PELIHARA AKIDAH ummah walau ada kuasa sebaliknya memilih akur kepada KAFIR HARBI
6. PAS TUNDUK KEPADA KAFIR walau undang-undang jelas memberikan kuasa demi memelihara SYIAR ISLAM
Ronnie Liu arah pulangkan arak yang dirampas
7. PAS IKTIRAF INDUSTRI IBU SEGALA MAKSIAT - ARAK!
8. PAS SANGGUP BERSEKONGKOL DENGAN KAFIR HARBI YANG TERANG-TERANG MENOLAK ISLAM dari bersama UMNO demi penyatuan UMMAT ISLAM
 
9. PAS SANGGUP BERSEKONGKOL DENGAN SYAITAN DEMI MENDAPAT BANTUAN BERKUASA... ISLAM KAH INI SAUDARA/I SEMUA?
“Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahlah DAP, Syaitan pun saya boleh terima,” – YAB Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat, Mursyidul Am PAS dan Menteri Besar Kelantan, 23 Januari 1999.
10. KEMUNCAKNYA - PAS GADAIKAN MARUAH PRINSIP DAN TERAS PEJUANGAN ISLAMNYA dengan tunduk kepada KAFIR HARBI (DAP) DAN GOLONGAN MUNAFIKUN (PKR) redha HUDUD dan ISLAM tiada lagi tempat dalam perjuangan PAS.
PARTI ISLAM SE-MALAYSIA (PAS) SUDAH MATI... Roh dan Minda telah MENINGGALKAN JASAD... Yang tinggal kini HANYA JASAD yang terus bergerak umpama MAYAT HIDUP dengan dikawal seumpama BONEKA oleh KAFIR HARBI (DAP) DAN GOLONGAN MUNAFIKUN (PKR) 
Mari kita sedekahkan Al-Fatihah untuk seluruh pemimpin PAS hinggalah kepada ahli dan penyokong serta pengundi mereka... seterusnya BACAAN TALKIN kepada mereka...
Moga ALLAH SWT mencucuri rahmat buat ROH PAS dan semua mereka... Al-Fatihah....

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.